KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR KALI 2 ?
Mahu tidak mahu saya terpaksa menulis hakikatnya yang berlaku dlm keluarga PH bahawa konspirasi untuk menidakkan Anwar menjadi PM ke 8 benar-benar berlaku di kalangan pasukan PH sendiri.
Mulanya saya hairan, kenapa sebahagian mereka terutama di kalangan ahli-ahli Amanah yang lahir atas sokongan Rafizi beralih arah. Menyokong Azmin Ali yg tidak mahukan mereka? Malah keceluparan mulut Rafizi... dosa tersebut dilemparkan kpd Anwar yg selama ini duduk di dlm penjara.
Selain ahli Bersatu...ramai ahli2 Amanah tidak mahukan Anwar menjadi PM. Alasan mereka Anwar tidak boleh dipercayai. Saya tanya tak boleh percaya kerana apa? Tiada jawapan. Bila tiada dalil atau fakta...bagi saya mereka hanya terikut ikut dengan emosi... jika ada hujah senang dihujahkan tapi ramai ahli 'anti Anwar' bicara dengan saya sekadar memberitahu....'tidak boleh dipercayai'.
Hingga baru-baru ini saya berbicara dgn seorang rakan FB ( bukan ahli sekadar pengundi ), dia memberitahu dia tidak mahu Anwar menjadi PM... kononnya Anwar akan memberi hak sama rata kpd mana-mana agama yang ingin dianuti oleh rakyat Malaysia. Maksudnya org Melayu boleh menjadi menjadi Kristian dan sebagainya.
Wah, saya kata dasyat sungguh konspirasi utk menjatuhkan Anwar buat kali kedua ini. Macam Anwar ini tidak beragama dibuat mereka. Sedangkan jika bicara soal peribadi dibandingkan keluarga Tun dan Anwar...saya lebih yakin pegangan agama keluarga Anwar. Saya berjanji dgn rakan tersebut suatu hari nanti saya akn bawa dia bertemu Anwar Ibrahim sendiri utk bertanya sendiri dan hanya dgr kata-kata dari konspirator.
Saya hairan bila Azmin Ali yg beberapa kali 'curang' kpd perintah Presiden tiba-tiba menjadi insan yg diimpikan menjadi PM negara. Sedangkan ahli-ahli Amanah tahu... Azmin tidak mesra dgn pemimpin-pemimpin Amanah malah lebih mahukan PAS berbanding Amanah dlm PH. Dendam apa yg sebilangan ahli Amanah beria ria mahukan Azmin sebagai calon PM.. saya tidak mengerti? Kita semua tahu hubungan Anwar dgn pemimpin luar negara sgt baik... jauh ketokohan berbanding Azmin.
Di laman sosial saya sgt hairan apabila netizen menghentam Anwar Ibrahim selepas PH memerintah. Anwar mungkir janji, kata hari ini menang tol hapus, kata hari ini menang minyak turun... itu kata-kata Anwar pada PRU ke 13 ( 2013 ). Cuma saya ingin bertanya yg jadi PM sekarang siapa? Kalian suruh dia gugurkan Moorthy pun dia tidak peduli...
Saya sendiri sewaktu ke pejabat TPM dapatkan pengesahan berbunyi... " Pak Sheikh takkan lawan Mahathir. Kita tunggu 2 tahun. Biar Mahathir tadbir ikut cara dia. Kita hormati beliau. Itu kata Pak Sheikh..". Kadang-kadang saya kesian dgn Anwar... dia diam dia dipersalahkan tentang janji2 PH.... bila dia bersuara netizen suruh dia diam sebab Anwar bukan PM.
Apa yang menjadi PM skg ini Mahathir. Tapi yg dicemuh Anwar. Seolah olah Anwar yg menguruskan negara. Tiada langsung pujian utk Anwar yg meminta Menteri Pendidikan lakukan sesuatu kpd bayaran PTPTN kerana ia antara janji kerajaan.
Dlm Anwar mengambil pendirian tidak mahu menganggu pentadbiran Tun... dia semakin teruk dihentam seolah olah ada konspirasi dari luar PKR dan dlm PKR utk menolak Anwar sebagai PM ke 8.
Tun sibuk mencanangkan Najib bersalah. Sedangkan dendam peribadinya utk menjatuhkan Najib telah ditunaikan oleh rakyat Malaysia. Tun patut move on utk memastikan Malaysia Baru seperti dikatakan Lim Kit Siang ( maksud LKS bukan Malaysia Malaysian ) dpt berjalan dgn lancar.
Selepas itu Tun sibuk membina kekuatannya sendiri ( yg ahli Amanah tidak faham kelicikkan Tun ) dgn menerima dan mengampunkan musuh2 politiknya dgn membawa selagi boleh ahli Parlimen UMNO ke dlm Bersatu.
Untuk apa? Sedangkan pemimpin2 yg dibawa masuk itu 200 hari yg lalu menyerang PH sebagai musuh mereka. Kini tanpa bersusah payah dosa2 mereka ( terutama salah laku ) diampunkan dan diangkat menjadi pemimpin.
Lebih teruk daripada itu saya hairan mengapa 'peminat Azmin' samada dari PKR atau Amanah tidak menyerang Tun seperti menyerang Anwar kerana kedegilan Tun utk terus mempertahankan Moorthy sebagai Menteri Kabinetnya.
Sedangkan Moorthy telah mengguris hati ramai org Melayu. Tun dgn angkuh mengatakan " Rakyat berhak bersuara tetapi dia yg menentukan...". Sdgkan yg menaikkan dia semula sebagai PM adalah rakyat.
Inilah isu yg menghairankan saya. Yg menjadi PM adalah Tun. Yg dimaki Anwar Ibrahim. Bagi saya yg menghina Anwar itu kebanyakkan hanya ikut ikutan sahaja. Sebab '50 dalil' kedua belum dibuktikan kpd saya utk saya mempercayainya.
Sedangkan ramai yg sangsi tentang benarkah kekayaan Tun seperti diumumkan. Kerana Tun selepas menjadi PM ke 4... masih bermewah mewahan ke sana sini dgn jet peribadi. Anak2 Tun pula semuanya jutawan dan billionaire.
Bercerita mengenai jet peribadi... di sini saya melihat ketidak adilan dan konspirasi kedua itu benar-benar berlaku. Ketika Anwar mengikuti Wan Azizah dgn menaiki jet kerajaan... dia dicemuh begitu teruk. Tapi bila Tun menggunakan jet kerajaan ke Sarawak atas urusan parti... tiada siapa mahu bersuara.
Saya bukan mencari salah Tun tetapi sebagai penulis dan pemerhati politik... apa yg ingin saya rungkaikan konspirasi menidakkan Anwar menjadi PM ke 8 sudah berlaku dgn begitu agresif. Jika tidak masakan 'kelembapan' ekonomi negara, Anwar yg hanya Ahli Parlimen Port Dickson disalahkan. Sedangkan PM Negara Tun Mahathir dan Menteri Ekonomi adalah Azmin Ali.
Populariti Anwar dilemahkan. Konon tanpa Tun PH tidak menang. Sedangkan jika kita dpt menghalusi politik... bagi saya Anwar dipergunakan. Hakikatnya Tun menghadap Anwar di mahkamah utk melahirkan cita2 utk bergabung bagi menumbangkan BN. Kita mesti ingat ketika Anwar di luar penjara PR menawan 5 negeri. Malah PRU 13 undian secara keseluruhan 51% rakyat Malaysia memilih PR ketika itu.
Kini populariti Tun sedang dicipta. Saya seperti dlm penulisan yg lalu mengakui kehebatan atau kelicikkan Tun berpolitik. Cuma akhir2 ini seolah ada konspirasi terancang sdg berjalan dgn membina populariti Tun dan melemahkan populariti Anwar.
Tular di laman sosial buku Rick Smolan menyifatkan Tun Mahathir sebagai 'the most political savvy on earth' atau "seorang yang amat celik politik di atas muka bumi ini!". Buku Prof. Kisho The Philosophy of Symbiosis menyifatkan Tun M sebagai "arkitek terhebat yang LEBIH HEBAT daripada dirinya!". Ini semua bagi membina populariti semata mata.
Saya percaya teori Azmin Ali PM dan Timbalan PM Mukhriz ia bukan khayalan tetapi ia adalah impian. Apabila Tun menghimpunkan bekas ahli dan pemimpin UMNO bersamanya... saya melihat Tun sudah tidak memperdulikan nasib PH. Sedangkan penambahan ahli PKR dan DAP agak perlahan. Parti Amanah adalah antara parti komponen PH yg sgt perlahan penyertaan ahlinya. Berbanding Bersatu yg beribu ribu memohon keahlian.
Kata hati saya... Tun sedang membina empayar baru. PH akan kembali berdepan soal-soal korupsi dan ekstrimis Melayu. Malaysia Baru yg kita impikan hanya tinggal mimpi.