MEMANG GUAN ENG TIDAK TAHU MALU

1. MEMANG GUAN ENG TIDAK TAHU MALU SEBAB SETIAP PROJEK YANG DILAKSANAKAN KERAJAAN NEGERI TIDAK AKAN ADA DUIT BAWAH MEJA.

2. ADAKAH KERAJAAN AMERIKA TIDAK TAHU DIMANAKAH LOKASI YANG SESUAI UNTUK MEREKA MELABUR?

3. ADAKAH KERANA MUKRIZ GAGAL MENJALANKAN TUGAS BELIAU KERANA TIDAK MELABUR DI NEGERI-NEGERI KAYA RAYA SEPERTI DI SELANGOR DAN SHAH ALAM DAN PULAU PINANG?

4. ADAKAH KERANA KEGAGALAN MUKRIZ AKIBAT TIDAK MELABUR DI JOHOR??

JERLUN 27 Jan. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak tahu malu apabila 'mengambil kredit' atas usaha Kerajaan Pusat membawa masuk 99 peratus pelaburan asing ke Pulau Mutiara tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Guan Eng membuat kenyataan tidak berasas apabila secara khusus menamakan dua syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang membuat pelaburan di Pulau Pinang adalah atas usahanya sendiri.

Sedangkan, kata beliau, inisiatif menarik syarikat berkenaan untuk melabur di mana-mana negeri di Malaysia dilakukan oleh Kerajaan Pusat termasuk menerusi usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan mereka.

Katanya, usaha menarik keyakinan pelabur itu bukan satu kerja mudah dan mengambil masa yang lama untuk dijayakan iaitu sewaktu Pulau Pinang masih berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) beberapa tahun lalu.

"Apabila mereka (pakatan pembangkang) mengambil alih Pulau Pinang dalam hanya dua tahun dan pelaburan ini baru nak masuk, tiba-tiba dia (Guan Eng) ambil nama mengaku buat kerja dapatkan pelaburan khususnya dari dua syarikat berkenaan.

"Itu satu kenyataan yang tidak berasas dan menunjukkan dia seorang pemimpin yang tak malu mengaku sesuatu yang dia tak buat. Mungkin benar dia pernah pergi ke AS, (tetapi) jumpa sekali sahaja. Takkan jumpa sekali berbanding kita jumpa sejak tiga, empat tahun dulu, yang dia jumpa sekali itu yang menjadi (tarik pelaburan).

"Walhal insentif, pelepasan cukai, geran latihan untuk pekerja semuanya dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat khususnya kementerian," katanya selepas mengedarkan buah limau mandarin kepada masyarakat Cina di Parlimen Jerlun di sini hari ini.

Kelmarin, sebuah akhbar melaporkan Guan Eng menganggap komen Mukhriz bahawa kejayaan Pulau Pinang mendapat pelaburan asing tertinggi tahun lalu adalah usaha Kerajaan Persekutuan sebagai kenyataan bersifat keanak-anakan.

Sebelum itu, Mukhriz dilaporkan berkata, sebanyak 99 peratus pelaburan asing di Pulau Pinang pada tahun lalu adalah hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan Guan Eng yang mengatakan ia usaha kerajaan negeri adalah tidak berasas.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, Kerajaan Persekutuan tidak minta dipuji atau meminta supaya pakatan pembangkang berterima kasih tetapi jangan sampai menidakkan segala usaha yang telah dilakukan.

"Kalau tak rela berterima kasih atau tidak kenang budi pun sekurang-kurangnya jangan keluarkan kenyataan yang semata-mata hendak mengelirukan rakyat kononnya dia seorang yang buat kerja.

"Sebab itu saya cakap 99 peratus daripada hasil usaha kita yang bawa kejayaan. Yang dia buat mungkin satu peratus sahaja," katanya.