Kes ARM RM1.1 Bilion: Siasatan Terhadap Rafizi, James Chai Hampir Selesai

 


James Chai Jin Shern (berdiri, dua dari kanan), bersama Rafizi membantu siasatan SPRM berhubung satu kes membabitkan mereka pada 4 Mac 2026.

PUTRAJAYA, 6 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, siasatan terhadap bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan bekas pembantunya, James Chai kini di peringkat akhir sebelum siasatan dilengkapkan.

Ini berikutan hanya dua individu lagi masih belum dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan setakat ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, seorang daripada saksi terbabit berada di Taiwan manakala seorang lagi dalam negara.

Rafizi Ramli ketika keluar dari bangunan SPRM selepas lebih 9 jam memberi keterangan pada hari kedua rakaman percakapan pada 5 Mei 2026.

Mengulas lanjut, Azam memaklumkan, kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) sebaik sahaja rakaman percakapan terakhir selesai diperoleh.

“Siasatan ini hampir ke penghujungnya dan hanya tinggal dua lagi saksi untuk dirakam percakapan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Terdahulu, Rafizi hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion melibatkan Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK berkaitan kerjasama strategik industri semikonduktor.

Rakaman percakapan tersebut berlangsung hampir sembilan jam bermula kira-kira pukul 10 pagi, manakala hari pertama selama lapan jam.

Para penyokongnya hadir pada hari pertama namun kelibat mereka terus merosot semalam dengan hanya beberapa individu sahaja kelihatan.

PALA BAPAK HANG


 

ANTARA PH, BN DAN PN

 

Che Ibrahim Mohamed



Siapa bakal membentuk kerajaan selepas PRU 16 jika PH dan BN masing masing bergerak solo?
Tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, BN sebenarnya telah hilang kuasa tahun 2008 lagi. PH dari semenjak zaman PR telah mendominasi kawasan bandar dan pinggir bandar.
BN hampir pasti tidak ada kerusi di Sarawak yang dikuasai GPS dan bakal hilang banyak kerusi kepada GRS di Sabah dalam PRU 16 nanti.
PH lebih berpotensi membentuk kerajaan dengan sokongan GPS dan GRS jika BN memilih untuk tidak bersama DSAI sebagai bakal PM selepas PRU 16 nanti.
PN tak payah banyak cakap, bakal kekal sebagai pembangkang. Mustahil BN akan bersama PN. Adapun GPS dan GRS tidak memerlukan PN.
Parti parti lain termasuk parti baru yang bakal ditubohkan oleh Hamzah dan Rafizi??... Mereka bakal memeriahkan suasana tanpa apa apa yg boleh diharapkan.




APA YANG HARUS DIBUAT BILA ADA KUASA


 

Lepas ni, panggilan Haji tak ikut siapa yang register awal. Tetapi....





 Zahiruddin Saruji

 
Lepas ni, panggilan Haji tak ikut siapa yang register awal. Tetapi....
.... based on siapa yang dah cukup syarat dan sedia nak pergi.
Kalau sebelum ni, TH buat giliran panggilan haji berdasarkan "first come, first serve", lepas ni dah tak macam tu.
Berdasarkan artikel, banyak kuota terbazir bila yang dipanggil menolak sebab tak cukup duit.
3 ciri diperkenalkan untuk panggilan haji
- minimum simpanan dalam TH 15,000
- sihat
- bersedia untuk pergi
Makna kata... Kalau dah register awaaaalllll dulu, tapi dalam akaun masih 1,300, maka kebarangkalian dipilih akan rendah berbanding yang register lewat tapi duit simpanan dalam akaun dah lebih 15,000.
Tetapi..........
Ia belum lagi muktamad semuktamadnya.
TH juga masih meneliti mekanisme yang terbaik untuk mengimbangi faktor pemilihan supaya yang dah register awal tidak diketepikan apabila sistem penggiliran ini dilaksanakan.
Jadi, bagi kita yang dah tahu ni, simpanlah siap-siap amaun lebih 15,000 dalam TH. Doalah supaya kita terpilih.



FARHASH NAFI


 

SELEPAS WAL HASIL BALIK ASAL, CERAMAH PERDANA PH MALAM INI HANYA MAJLIS MERAYAKAN KEKALNYA AMINUDDIN





6 Mei 2026
Keputusan mesyuarat antara UMNO dan PH petang semalam bolehlah diibaratkan seperti wal hasil balik asal.
Tiada apa-apa yang berubah di Negeri Sembilan antara sebelum tercetusnya isu penarikan sokongan 14 Adun UMNO terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun dengan selepas kedua-dua parti bertemu semalam.
Ini berikutan UMNO dan PH mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi.
“Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH menghormati pendirian yang telah diputuskan oleh kedua-dua Biro Politik masing-masing dalam menyentuh isu di Negeri Sembilan,” menurut kenyataan bersama itu lagi.
Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memastikan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan terus dikekalkan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Selain itu, mereka menetapkan bahawa sebarang keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang boleh mencetuskan sensitiviti atau membuka ruang perselisihan perlu segera dirujuk kepada majlis perundingan tersebut.
Langkah itu dilihat sebagai usaha memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara di bawah kerangka Kerajaan Perpaduan.
Dalam kenyataan media itu, tidak dinyatakan langsung berkaitan isu penarikan sokongan 14 Adun UMNO Negeri Sembilan terhadap Aminuddin, meskipun Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan ia akan dibawa ke dalam mesyuarat UMNO dan PH.
Entahlah sama ada ia dibincangkan dengan serius atau tidak dalam mesyuarat semalam, hanya mereka berkenaan saja yang tahu.
Jalaluddin Alias, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan yang mengetuai kumpulan menarik sokongan itu juga tidak tahu mengenainya kerana beliau bukan ahli mesyuarat dan tidak menghadirinya.
Tetapi, dengan keputusan melalui kenyataan media bersama oleh Saifuddin dan Asyraf Wajdi itu, semuanya wal hasil balik asal, tak ada apa-apa hasil dan keadaan balik kepada asal.
Dengan keputusan tersebut juga, ceramah perdana PH malam ini di Tempat Letak Kereta Stadium Paroi, Seremban sudah tiada apa-apa makna lagi.
Ia bahkan sepatutnya sudah tidak perlu diadakan lagi.
Ia barangkali tetap diteruskan untuk PH bergembira merayakan kemenangan Aminuddin kekal lagi sebagai Menteri Besar dan tewasnya cubaan UMNO Negeri Sembilan dalam sebuah perjuangan yang tak kesampaian. - ShahbudinHusin 06Mei2026.

DIA NI HANGPA TAK KENAI LAGI


 

N9 BUKAN LAGI KERAJAAN MINORITI


 

TAMAK TAPI SATU PUN TAK MENANG, BERSATU JUGA KIOK


 

OTAK TAK DA...


 

aktifkan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah

 

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kini aktifkan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah untuk membantu seluruh Rakyat Kedah yang memerlukan bantuan.

Gambar bersama Pegawai Kanan ICU JPM/Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah
Lepas ni semua agensi persekutuan di Kedah akan dipanggil.
Jalan terus. Reform!



PM paling teruk ialah PMX kerana : JOM BACA

 


Cahaya AF

PM paling teruk ialah PMX kerana :
🟢 1. Subsidi lebih bersasar & kawalan kos sara hidup
Pendekatan subsidi bersasar (contoh diesel & elektrik) untuk kurangkan ketirisan.
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diperluas → lebih ramai B40 & M40 terima bantuan.
Inisiatif Payung Rahmah:
Menu Rahmah (makanan murah)
Bakul Rahmah (barangan asas lebih murah)
👉 Impak: bantu rakyat hadapi inflasi walaupun belum sempurna.
🟢 2. Reformasi fiskal & pengurusan kewangan
Fokus kurangkan defisit negara secara berperingkat.
Lebih ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan.
Pengawalan hutang supaya tidak terlalu membebankan masa depan.
👉 Impak: keyakinan pelabur meningkat.
🟢 3. Kemasukan pelaburan (FDI) meningkat
Pelaburan besar dalam sektor:
Elektronik (E&E)
Data center
Tenaga hijau
Syarikat global masuk Malaysia (contoh sektor semikonduktor & AI).
👉 Impak: peluang pekerjaan & ekonomi berkembang.
🟢 4. Fokus ekonomi masa depan (digital & tenaga hijau)
Pelaksanaan pelan seperti Ekonomi Madani
Fokus:
Digitalisasi
AI & teknologi tinggi
Renewable energy
👉 Impak: Malaysia cuba naik taraf ke ekonomi berpendapatan tinggi.
🟢 5. Usaha tangani rasuah & tadbir urus
Penekanan kepada integriti & akauntabiliti.
Sokongan kepada badan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Beberapa kes berprofil tinggi diteruskan di mahkamah.
👉 Impak: persepsi anti-rasuah bertambah baik (walaupun masih diperdebatkan).
🟢 6. Kestabilan politik (berbanding sebelum ini)
Kerajaan perpaduan → kurang pertukaran PM secara kerap.
Memberi ruang untuk dasar jangka panjang dilaksanakan.
👉 Impak: keyakinan pasaran & pelabur lebih stabil.
🟢 7. Reformasi sektor perkhidmatan awam & gaji
Kajian semula skim gaji penjawat awam.
Usaha naikkan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
👉 Impak: motivasi penjawat awam dijangka meningkat.
🟢 8. Hubungan antarabangsa lebih aktif
Penglibatan aktif dengan:
China
Timur Tengah
Barat
Tarik pelaburan & kerjasama strategik.
👉 Impak: Malaysia lebih relevan di peringkat global.
⚖️ Realiti (balance view)
Walaupun ada improvement:
Kos sara hidup masih jadi isu besar.
Subsidi bersasar ada cabaran pelaksanaan.
Rakyat rasa kesan belum menyeluruh.
🔍 Ringkas (easy faham)
Yang nampak positif:
Bantuan rakyat lebih fokus
Pelaburan meningkat
Ekonomi mula stabil
Politik lebih tenang


Kahar Kuantan

Kesalahan PMX :
1. Anjur perhimpunan di Padang Merbuk.
2. Tak tunai janji melaksana hudud.
3. Memfitnah dan bayar saman RM830k kpd LGE.
4. Hadir parlimen 2 kali drpd 20 sidang parlimen.
5. Anjur perhimpunan rempit ke Terengganu dan airport KB.
6. Selalu sebut nama2 binatang dlm parlimen.
7. Karaoke live dgn gadis pukul 2 pagi.

Abcede Ab
jambatn runtuh pmx buatkn
airport kecik pmx besarkan
air tadok pmx bg berbilion peruntukkn
pasar besar usang pmx baikpulihkn
terusan banjir pmx juga siapkn
dan mana yg lebai buat klu semua nya pmx yg selesaikn.