PAS TOLAK MN BERERTI MEREKA TIDAK SUDI KERUSI PM JATUH KEPADA UMNO

 

Apa yang sebahagian besar daripada kita faham ialah sebab utama Pas menolak Muafakat Nasional atau MN adalah semata-mata kerana UMNO enggan menerima Bersatu menyertai gabungan itu.

Difahami juga pendirian Pas itu bukan saja kerana parti Islam itu mahu penyatuan ummah yang lebih besar dan agar kemenangan dalam PRU15 benar-benar pasti dapat digenggam, bahkan juga disebabkan rasa cinta Pas kepada Bersatu melebihi nilai perasaannya terhadap UMNO.

Sekali imbas, memang itulah gambarannya.

Tetapi, jika diteliti berkali-berkali beserta hujah demi hujah oleh Presiden Pas, Hadi Awang, penolakan Pas kepada MN yang keanggotaannya hanya terhad kepada Pas dan UMNO semata-mata sebenarnya mempunyai maksud yang lebih mendalam lagi.

Ternampak bahawa matlamat Pas mahu membawa Bersatu sekali ke dalam MN, selain untuk membuka ruang kepada kemenangan yang lebih terjamin, sebab utama di sebalik tindakan itu ialah untuk menghalang UMNO menjadi dominan dalam PRU15 dan seterusnya berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri.

Jika Pas sedia dan mahu melihat pemimpin UMNO menjadi Perdana Menteri melalui pilihan pengundi dalam PRU akan datang, pastilah Pas akan memilih bersama parti itu sambil terus mengukuhkan MN.

Meski sekarang Ismail Sabri Yaakob yang menjadi Perdana Menteri adalah daripada UMNO, namun sokongan Pas dilihat terhad kerana beliau adalah pilihan yang dipersetujui oleh Mahiaddin serta kedudukan Pas yang sudah sedia berada dalam kerajaan.

Untuk masa depan selepas PRU15, pendirian Pas menolak bersama MN tidak ialah kerana tidak mahu UMNO terus menduduki lagi kerusi Perdana Menteri itu.

Sudah barang tentu Pas lebih menolak calon Perdana Menteri daripada UMNO itu jika calonnya nanti adalah daripada kalangan kluster mahkamah yang sedang menghadapi perbicaraan sekarang ini.

Walau secara logiknya jika Pas memilih bersama UMNO dan kekal dalam MN, peluang untuk menang PRU15 adalah lebih cerah berbanding bersama PN yang disertainya kini, Pas juga sebenarnya sedar kemenangan itu nanti akhirnya akan lebih memberi ruang untuk dimegah-megahkan oleh UMNO semata-mata.

Lantaran enggan melihat UMNO kembali mendominasi kuasa dan memperolehi kerusi Perdana Menteri, Pas lebih rela bersama Bersatu dan PN, meski hakikatnya kemenangan dalam PRU15 masih kabur bagi gabungan tersebut.

Yang penting bagi Pas, sementara mereka juga belum pasti beroleh kemenangan bersama Bersatu dan PN, yang lebih penting ialah agar UMNO dan pemimpinnya tidak harus diberi laluan mudah untuk menduduki semula kerusi Perdana Menteri.

Barangkali sejarah permusuhan berpuluh tahun dengan UMNO serta kerakusan parti itu dalam berkuasa selama lebih 60 tahun sebelum ini masih lagi menghantui Pas dan mereka mengambil keputusan untuk tidak semudah itu memberi ruang kepada parti tersebut berkuasa semula.

Sebab itu, Pas dipercayai akan terus meletakkan syarat agar Bersatu diterima bersama dalam MN jika UMNO inginkan mereka kembali kepada gabungan tersebut.

Tujuan agar Bersatu diterima menyertai MN tidak lain supaya sekali lagi Pas dapat menghalang hasrat UMNO mendominasi kuasa secara sewenang-wenangnya selepas PRU nanti atau setidak-tidaknya tidak diberi laluan yang begitu mudah.

Sebagaimana tujuan Pas bersama dalam PN ialah untuk memastikan Mahiaddin dapat kembali sebagai Perdana Menteri, hasrat membawa Bersatu ke dalam MN juga adalah dengan maksud yang sama.

Dengan tiga parti ada dalam MN – UMNO, Pas dan Bersatu – jika dua parti memihak kepada Mahiaddin, pastilah apa yang dihasratkan itu lebih mudah untuk dicapai.

Bermakna, selagi UMNO enggan menerima Bersatu, selagi itulah Pas akan terus menolak MN dan UMNO usah bermimpi dapat melembutkan hati Hadi.

Matlamat besar Pas dan Hadi tidak sekadar mahu kerusi Perdana Menteri dapat kembali kepada Mahiaddin, tetapi juga mereka sebenarnya tidak sudi sama sekali kerusi Perdana Menteri itu jatuh kepada UMNO.

Apakah di mata Pas, UMNO lebih kurang sehina DAP? – ShahbudinHusin 06/12/2021.





HANGPA KELUAQ BUAT APA...DULU MASA PH ..HANGPA DOK DENGAQ WALAUNCAI DAN ANNUAR MUSA NAK BAGI SAMPAI RIBU RIBAN KAKI PERSEGI..DOK BADANRAYA PUN KENA PEMBOHONG LAGI DENGAN UMNO..APA LA PUNYA LECE...

 


Pengambilan tanah di Kampung Bharu dibuat melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.

Isu Kampong Bharu kembali, nama Khalid Samad dan PH dipetik


Isu Kampong Bharu hari ini hangat diperkatakan semula apabila kira-kira 20 penduduk Kampung Sungai Baru, Kampong Bharu diarahkan untuk mengosongkan unit mereka.

Penduduk Kampung Bharu yang terlibat mula berkumpul dan keluar ke jalan-jalan raya bagi membincangkan nasib mereka.

Apatah lagi mereka meminta kerajaan campur tangan kerana pampasan yang diberikan sebanyak RM250,000 atau RM400 sekaki persegi terlalu rendah.

Dengan pampasan sebanyak itu didakwa sukar untuk penduduk mendapatkan rumah berharga RM250,000 di Kuala Lumpur, apatah lagi ramai yang menganggap tindakan itu membebankan kerana usia mereka selain tidak bekerja untuk memulakan hidup baharu.

Penduduk diarah mengosongkan unit mereka bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula kawasan itu menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dihantar kepada mereka serta notis di dinding-dinding rumah.

Pembangunan semula yang dirancang itu melibatkan kawasan penduduk yang menetap di dua jenis kediaman, iaitu Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan rumah di tanah persendirian.

Berikutan itu, para netizen mula bertanya di mana para pejuang Kampung Baru, malah ada yang membangkitkan propaganda Umno BN semasa zaman Pakatan Harapan di mana wang pampasan penduduk perlu ikut harga pasaran.

Mereka juga mula berkumpul di tepi-tepi jalan bagi membincangkan nasib mereka.

“Hari ni, penduduk Kampung Baru dapat tawaran terlampau jauh daripada yang dijanjikan. Daripada RM3,000 bak kata Najib Razak, Kerajaan BN hari ini hanya tawarkan lebih kurang RM400 skp.

“Jauh lebih rendah dari tawaran Kerajaan PH dulu iaitu RM1000.

Notis yang ditampal di dinding-dinding rumah penduduk dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960.

“Lagi teruk lagi, penduduk diberi notis singkat untuk berpindah hingga mereka buat bantahan. Demikianlah pejuangan pemimpin-pemimpin kuat spin sebegini.

“Katanya pejuang bangsa. Patutlah rizab tanah Melayu hanya tinggal 12% sahaja. Dulu semua dijadikan modal, sekarang nampak belang hidungnya terlondeh jua,” kata Liyana Marzuki.

Malah ada yang membangkitkan usaha Menteri Wilayah Persekutuan Kerajaan PH Khalid Samad bagi menyelesaikan isu Kampung Baru dengan menawarkan RM1000 kaki persegi.

Namun, ketika itu Annuar Musa dan Najib Razak yang mengatakan jumlah itu terlalu rendah, sepatutnya RM3000 kaki persegi sehingga mendakwa Khalid adalah broker.

Bagaimanapun setelah kerajaan bertukar pejuang ini dilantik menjadi menteri pula mengatakan kerajaan tidak mempunyai wang untuk membayar RM3000 kaki persegi.

“Begitu laa rakyat kena tipu berulang kali. Abe Jal xfaham dengan sesetengah orang Melayu ni, yang kau orang masih percaya pada manusia-manusia yang telah pun lama diberi peluang ni kenapa?

“Kalau betul mereka nak tolong, peluang ruang, masa dah lama mereka dapat. Tapi Kg Baru macam tu laa jugak,” kata Shahrizal Kamal di Facebooknya.

Ramai dalam kalangan netizen mula berkongsi kronologi bagaimana Pakatan Harapan berusaha menyelesaikan isu Kampung Baru KL selepas mengambil alih kerajaan pada 2019.

● Jan 2019 : Kerajaan PH tawarkan RM850 Kaki persegi , BN bantah kata rendah .Hasut Penduduk Kata Sepatutnya RM3000 kaki persegi .

● Mei 2019 : Kerajaan PH up lagi belian RM1000 kaki persegi. BN Pas bantah kata masih rendah. Konon itu tanah melayu.

● Jun 2019 : BN kata harga tersebut sepatutnya RM3000 bukan RM1000 kaki persegi .

● Mac 2020 : Pertukaran Kerajaan Lompat Parti Langkah Sheraton. PN ambik alih bersama BN .

● Ogos 2020 : BN kata tiada pembelian RM1000 kaki persegi seperti tawaran PH atas sebab-sebab tidak dinyatakan.

● Sept 2020 : Penduduk Kg Baru terkejut PN BN tak tawarkan RM3000 seperti dicanangkan sebelum ini .

● Dis 2021 : Penduduk Kg Baru Berdemo Bantah arahan perpindahan dan pengambilan tanah dengan harga murah sekitar RM400 kaki persegi.

 


Bangunan tertinggi di dunia...FRM TOWER! Please share More cartoons @ www.zunar.my

 


Perpecahan pembangkang ‘tambah rencah’ dalam PRN Sarawak


Seorang penganalisis berkata, Gabungan Parti Sarawak, yang menikmati sokongan padu di kerusi pedalaman sebelum ini dijangka memenangi pilihan raya negeri Sarawak. (Gambar Bernama)

KUCHING: Pilihan raya negeri (PRN) Sarawak bermula hari ini dan walaupun dua daripada gabungan parti politik terbesar negara tidak menyertainya, ia masih dijangka menyaksikan ramai calon yang bertanding.

Kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memilih untuk tidak bertanding bagi memastikan sekutu mereka, Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang memerintah, mengekalkan kedudukan di atas negeri paling besar itu.

GPS, yang lahir daripada BN Sarawak selepas pilihan raya umum 2018, dijangka akan menang besar, walaupun persoalannya adalah berapa banyak kerusi yang boleh mereka menangi.

Keputusan itu juga akan menunjukkan sokongan kepada Ketua Menteri Abang Johari Openg, yang mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Adenan Satem, salah seorang Ketua Menteri paling disayangi di negeri itu yang mengetuai BN Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi dalam pilihan raya negeri terakhir sebelum ini.

Menentang GPS kali ini ialah Pakatan Harapan (PH) yang bertanding 55 kerusi, serta parti tempatan termasuk Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).

Semua mata, bagaimanapun akan tertumpu pada PSB, tidak dinafikan sebuah parti pembangkang terkuat di Sarawak yang membuat penampilan pilihan raya pertamanya kali ini selepas penjenamaan semula pada Dis 2018. Presiden parti yang juga bekas menteri negeri Wong Soon Koh mengetuai barisan yang turut disertai bekas duo PKR Baru Bian dan See Chee How, serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen.

Pecahan dalam rundingan kerusi antara PSB dan PH — khususnya, DAP — pasti akan menambahkan sedikit keterujaan dengan parti pembangkang bersedia untuk bersaing di lebih separuh daripada kerusi yang dipertandingkan.

Perselisihan berlaku terutamanya antara PSB dan DAP, dengan Wong dilaporkan memberitahu Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen supaya tidak bercakap “sangat tinggi tentang dirinya”.

Sementara itu, Chong menuduh PSB mempunyai “sokongan kewangan yang mencurigakan dan boleh dipersoalkan”, dan parti itu mempunyai ideologi serta modus operandi yang sama seperti GPS.

PSB bertanding di 70 kerusi, manakala PH bertanding di 55 kerusi.

PKR akan berusaha untuk bangkit semula selepas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini, di mana parti pimpinan Anwar Ibrahim tewas di semua 11 kerusi yang dipertandingkan.

Terdapat kebimbangan dalam kalangan penyokong PH selepas Anwar menyatakan rasa tidak puas hati dengan kerusi yang diperuntukkan untuk partinya, mendakwa PKR diberi kawasan “kategori F” semasa rundingan kerusi dengan sekutunya DAP dan Amanah.

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir bagaimanapun percaya bahawa ia tidak penting kerana peluang PKR untuk menang adalah sangat tipis tanpa mengira soal bilangan kerusi.

“Mereka (PKR) tidak memiliki akar umbi yang kuat di Sarawak. Pada 2016, mereka hanya memenangi tiga kerusi. Walaupun begitu, ia bergantung kepada pemimpin seperti Baru, See dan Ali Biju. Ketiga-tiga mereka meninggalkan parti.

“Perlawanan sebenar dalam pilihan raya ini adalah antara GPS, PSB dan DAP. Itu yang sebenarnya,” katanya yang menambah isu pilihan raya negeri yang utama ialah politik pembangunan dan kebimbangan masyarakat tempatan seperti tanah hak adat (NCR), kos sara hidup serta ekonomi.

Jeniri berkata, kerusi yang menjadi perhatian ialah Ba Kelalan di mana Baru daripada PSB akan mempertahankan kerusinya; Bawang Assan, yang akan menyaksikan wakil rakyat enam penggal Wong Soon Koh bertanding menentang Penolong Bendahari SUPP Robert Lau, serta Batu Kawah yang akan menyaksikan Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian mempertahankan kawasannya menentang calon DAP Dr Kelvin Yii.

Beliau menambah GPS berkemungkinan memenangi pilihan raya dan memperoleh banyak kerusi luar bandar yang terdiri daripada dua pertiga daripada 82 kerusi.

“GPS telah mengukuhkan sokongannya dalam perkara ini (sokongan luar bandar). Kerajaan negeri telah membentangkan belanjawan lebih RM10 bilion sejak empat tahun lalu dan 65% daripadanya dibelanjakan untuk kawasan luar bandar.

“Bagaimanapun, walaupun pembangkang yang tidak bersatu memudahkan GPS, ia tidak semestinya bukan laluan mudah kerana pembangkang juga mempunyai beberapa calon yang kuat.”

Pengundi di Sarawak akan keluar mengundi pada 18 Dis, dengan penamaan calon berlangsung hari ini dan pengundian awal dijadualkan pada 14 Dis.



*PAS BUAT PILIHAN SALAH TIDAK BERSAMA MN?*



Ada yang kata PAS buat pilihan yang salah kerana tidak bersama MN dalam PRN Melaka. 


PAS ini parti Islam. Kita harus menilai sesuatu perkara dari sudut betul atau salah, bukan dari sudut menang atau kalah semata-mata. Menang atau kalah penting, tapi mesti berasaskan betul atau salah.


Jika memilih bersama MN itu salah dari segi syarak maka kita tolak, jika tidak kita terima. Begitu juga keputusan untuk bersama PN. Ia boleh dinilai secara berterusan.


Sebelum PRU14 sebahagian 'akar umbi' PAS mahu PAS bersama PH-DAP sehingga mereka keluar tubuhkan PAN. Kemudian PAS kalah teruk di negeri-negeri Pantai Barat.


Adakah masa itu kita berkata bahawa strategi kita menolak PH-DAP silap? Dan jika 'akar umbi' PAS menuntut agar PAS perlu bersama PH-DAP agar PAS menang adakah kita akan  bersama-bersama dengan PH-DAP?


Nampaknya ramai juga orang PAS yang mula menganut fahaman betul atau salah ditentukan oleh menang atau kalah. Mungkin kerana banyak berkawan dengan rakan-rakan berfahaman sekular sehingga ada antara kita disekularkan mereka. Kembali kepada semangat asal PAS.


*Allah bersama PAS*

30 ISU : BERITA AWAL KERANA RUANG TERHAD- SELAMAT MEMBACA

 

LETUSAN AWAL GUNUNG BERAPI INDON


 

RAKAMAN GUNUNG MELETUS DI INDON


 

UMNO, PAS HARUS BERHENTI MENEGAKKAN BENANG BASAH, UMUM SAJA KEMATIAN MN SECARA RASMI


 Meskipun sudah jelas dan tidak sukar memahami tentang pendirian Pas yang tidak mahu lagi bersama UMNO melalui Muafakat Nasional, masih terdapat segelintir pihak daripada kedua-dua parti yang mahu permuafakatan itu dikekalkan atau setidak-tidaknya cuba diselamatkan.

Tetapi berdasarkan pendirian berterusan Hadi Awang yang kekal menolak MN, malah terbaru mendakwa UMNO melanggar piagamnya, maka terlihat hampir mustahil untuk gabungan longgar dan tidak berdaftar itu dapat diselamatkan lagi.

Jika diperhalusi, pendirian Hadi Awang selaku Presiden Pas itu tidaklah banyak berbeza dengan pendirian Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang turut sama menolak untuk terus bekerjasama dengan Pas.

Bagi Zahid Hamidi, UMNO tidak mahu terus dikhianati oleh Pas.

Sementara Pas, walaupun macam-macam alasan diberikan untuk menolak bersama MN, kesimpulan yang paling mudah difahami ialah mereka hanya mahu satu perkara – bawa Bersatu sekali dalam permuafakatan itu.

Oleh kerana syarat atau permintaan Pas itu terlalu sukar, bahkan mustahil untuk dipenuhi oleh UMNO, tambahan lagi keputusan menolak Bersatu adalah ketetapan PAU2020, maka sebenarnya tidak perlu lagi pemimpin kedua-dua parti berhujah menegakkan benang basah masing-masing.

Dakwaan bahawa UMNO melanggar piagam MN tidak harus sama sekali dijawab untuk mempertahankan diri kerana ia hanya membuang masa saja.

Juga tidak perlu ada pemimpin Pas yang berkata, MN adalah muafakat politik paling sempurna dan perlu dikekalkan di negara ini.

Sama tidak perlu ialah bila ada pemimpin UMNO Selangor yang mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama dengan Pas adalah diperlukan untuk menawan semula negeri itu daripada PH.

Realitinya sekarang, meskipun Pas lebih dulu bersama UMNO dalam MN, parti itu kini ternyata lebih mencintai Bersatu berbanding UMNO.

Lalu, apa juga kenyataan sama ada untuk menegakkan benang basah masing-masing, berbalas hujah atau memberikan pelbagai logik tentang perlunya MN dikekalkan, semuanya tidak lebih hanya menunjukkan keegoaan dan tidak mahu menerima realiti yang sebenar, walhal hakikat sebenarnya MN itu sudah pun tidak bernyawa lagi.

Kalau pendirian UMNO ialah enggan menerima Bersatu, sedangkan itulah satu syarat tunggal yang diletakkan Pas, kenyataan berkali-kali Hadi Awang menolak MN jika hanya ada UMNO dan Pas di dalamnya, ia sebenarnya lebih daripada cukup untuk memahami kematian MN itu sudah pun lama berlaku.

Ditambah dengan pendirian nyata Pas yang memilih bersama PN dalam PRN Melaka dan kemudian meneruskan gerakan politik bersama gabungan itu untuk menghadapi PRU15 akan datang, adalah membuang masa saja jika ada pemimpin kedua-dua parti masih lagi bercakap mengenai MN.

UMNO dan Pas harus berhenti bercakap, mengenang dan membayangkan logik yang bukan-bukan tentang MN kerana tindakan itu tidak ubah seperti mengenang kekasih yang sudah berada di alam kubur.

Apa yang harus UMNO dan Pas lakukan sekarang – barangkali buat kali terakhir mereka harus duduk semeja – ialah mengumumkan secara rasmi kematian MN untuk pengetahuan semua.

Menerima realiti kematian lebih mudah untuk masing-masing meneruskan kehidupan berbanding jika masih terkenang-kenang nostalgia silam. – ShahbudinHusin 05/12/2021.



MELAYU BANDARAYA PUN ENA TIPU DENGAN UMNO- AKHIRNYA 300 KPS..PH TAWAR 1000KPS...MANA PEJUANG WALAUNCAI ?

 

Kesian pada bangsa aku...asyik kena tipu je dengan pemimpin Melayu....

Dulu bergaduh sesama Melayu kerana di tipu konon nya politik satu lagi kapir dan tak boleh ikut...
Bijak lah sikit wahai bangsa ku... apa kan daya bila bab bangsa dan agama cukup mudah nak tipu melayu.....


May be an image of 1 person and text that says "Farhan Zulkefly @farhanzulke... 19m Dulu Khalid Samad kena bantai sebab: 1) Tawar RM1,000 kaki persegi untuk penduduk Kampung Baru 2) Uruskan isu ni antara rakyat dengan pemaju Tadi Menteri Wilayah dari UMNO kata: 1) Mana kami nak dapat dana untuk bayar RM1,000 2) Penduduk kena deal sendiri dengan pemaju Tanah Kg Baru: Jangan terpedaya dengan Khalid Samad, kata Najib FMT Reporters September 21, 2019 4:44 PM 1.3k Shares"

DIMANA SITI AISYAH "SERIKANDI" SEKARANG? BENARKAH BELIAU "KARTEL"?



Seorang tokoh muda di kalangan wanita yang hebat berdiri diwaktu parti tengah susah. Dilabel penyokong kartel, tetapi apakah beliau pengkhianat? Kredit: Sdr Norman Radzuan/Siti Aisyah
SHOW LESS


✴️ Politikopi : HARGA BARANG TAK AKAN TURUN?


✴️ Politikopi : HARGA BARANG TAK AKAN TURUN? bersama panelis : 🔊 DATIN PADUKA DR FATIMAH MOHAMED ARSHAD Ketua Kluster Pertanian & Sekuriti Makanan, Akademi Profesor Malaysia 🔊 AKHRAMSYAH MU SANUSI Ketua Biro Penyelidikan, Pejuang 💡 Kemudi : LIYANA MARZUKI 🗓️ Tarikh : 03 DIS 2021 (JUMAAT)

Flashmob AMK Johor tuntut harga barang turun

 


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor menuntut kerajaan BN bertindak lebih agreasif dan segera dalam menurunkan harga barang.

Menurut Ketua AMK Johor, R Yuneswaran, kerajaan BN hanya pandai memberi seribu satu alasan namun realitinya harga barang tidak sedikit pun berganjak daripada sebelumnya.

"Kerajaan memberi seribu alasan tapi tidak memberi apakah kaedah dan langkah-langkah untuk mengatasi isu ini.

"Kami hari ini dengan rakan-rakan menzahirkan solidariti bersama rakyat berkenaan isu kenaikan harga barang dan juga kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya.

Menurut Yuneswaran, AMK Johor menyokong penuh tindakan AMK Malaysia yang akan menyerahkan satu memorandum kepada Menteri KPDNHEP di Putrajaya esok pada jam 11 pagi.

Selain itu, AMK Johor juga menghargai kerjasama pihak polis dalam flashmob yang dianjurkan di bandar Johor Bahru itu, pagi tadi.