Parti Sarawak Bersatu senaraikan 69 calon hadapi PRN12 Sarawak

 




Parti Sarawak Bersatu (PSB) telah menyenaraikan seramai 69 calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN)) Ke-12 Sarawak dengan Hari Penamaan Calon yang akan diadakan esok.

Presidennya Dato Sri Wong Soon Koh telahpun mengumumkan senarai nama 69 calon termasuk 10 calon wanita pada sidang media di Kuching hari ini.

Katanya, pada PRN12 kali, PSB bakal menampilkan calon termuda iaitu Intanurazean Wan Sapuan Daid, 26 yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.

“Satu atau dua calon akan diumumkan esok disebabkan masalah teknikal,” jelas beliau.

Pada masa sama, beliau yang merupakan penyandang DUN Bawang Assan turut mengumumkan lima ahli pasukan berwawasan Sibu yang diketuainya.

“Pasukan berwawasan Sibu akan disertai Wong Hie Ping (Dudong), Dr Low Chong Nguan (Pelawan), Andrew Ting (Bukit Assek) dan Intanurazean Wan Sapuan Daud (Nangka).

” Kini sudah tiba masanya untuk rakyat Sarawak mengubah kerajaan yang telah memerintah negeri ini sejak 58 tahun lepas.

“Justeru, berilah peluang kepada PSB yang merupakan parti bebas dan pelbagai kaum berasal dari Sarawak, yang tidak bergabung atau memihak kepada mana-mana pihak,” tambah Wong.


No comments: