PILIH PEGAWAI YANG CERDIK

 

Aku baca berita seorang guru yang dipanggil Jabatan Integriti (tak silap aku) Kementerian Pendidikan hanya kerana isu beg berat.

Aku tak pasti apa itu Jabatan Integriti. Tapi daripada posting guru itu, rasanya ia bukan perkara yang seronok seperti diberi kebaikan gaji.
Ini hanyalah usaha untuk memandulkan minda rakyat!
Aku tak faham kena pendedahan sebegini, yang sebenarnya baik untuk jangka panjang, enggan diterima oleh pihak kementerian. Ego melambung!
Lebih aku tidak gembira kerana yang berusaha dimandulkan mindanya itu adalah seorang guru. Orang yang kita harapkan mendidik anak-anak kita.
Memang sekian lama para guru ditekan oleh pihak kementerian. Bermula daripada kementerian terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri hinggalah ke PPD.
Kalau ada guru yang cuba bersuara, hukuman akan diberikan termasuklah ditukarkan mengajar ke kawasan yang sukar.
Disebabkan itu, tak ramai guru yang berani bersuara. Mereka lebih rela diperbodohkan daripada dipersusah di masa akan datang.
Maka apa akan berlaku kepada generasi kita? Maka lahirlah anak-anak yang tidak cakna kesan diajar oleh mereka yang tidak dibenarkan cakna.
Institusi perguruan kita perlukan perubahan. Kita sebenarnya hanya merosakkan generasi akan datang jika biarkan kejadian guru ditekan ini dibiarkan berterusan.
Biarlah kementerian ini ditadbir oleh orang yang cerdik dan berintegriti. Bukan pengkhianat yang pentingkan diri.