MY BIG WHY

 




By Kak Ida Abdullah

MY BIG WHY
Saya menyokong Reformasi kerana yakin apabila institusi kerajaan yang dicemari Mahathir akan kembali berfungsi memberi manfaat kepada rakyat setelah sekian lama dibuli.
Sekarang terma lawan tetap lawan digunapakai oleh pemimpin BN, Najib. Perkataan reform juga diguna mereka. Bezanya mereka menyalahguna sesuatu yang murni yang dicetus oleh Anwar Ibrahim dan mengolah ikut acuan penuh pembohongan dan tipu daya.
Mahathir telah melenyapkan banyak 'brainchild' Anwar dan mengambil kredit menjadikan haknya. Nama Anwar dipadam di UIA, Bank Islam dan banyak lagi.
Rakyat Malaysia langsung tidak menyedari, almaklum senantiasa dibuai bantuan kilat jangka pendek oleh BN sehingga negara ketinggalan jauh dari negara-negara jiran! Rakyat Malaysia memang suka dibuli. Suka derita dipukul dan mudah memaaf tatkala ubat-ubatan dihulur.
Usaha Anwar tidak mudah, laluan beliau begitu payah menyekolah rakyat bebal tiada halatuju. Namun beliau bukan jenis mudah mengalah atau cepat melatah. Tiba masanya beliau bertegas dengan manusia yang kurang waras yang menjadi penghalang Malaysia berubah.
Tiba masanya Anwar mengetuk minda rakyat supaya betul2 sedar daripada mengetuk otak beku menteri-menteri yang tidak punya hati! Rakyat marah sekejap saja, mari gula pilihanraya, habis lupa semua! Tiba masa Anwar mengubah kaedah mendidik rakyat agar berprinsip dan tolak BN walaumacammana manisnya janji mereka. Jangan tergoda! Termakan budi BN, tergadai seluruh keturunan! Ingat tu!

No comments: