*PAS BUAT PILIHAN SALAH TIDAK BERSAMA MN?*



Ada yang kata PAS buat pilihan yang salah kerana tidak bersama MN dalam PRN Melaka. 


PAS ini parti Islam. Kita harus menilai sesuatu perkara dari sudut betul atau salah, bukan dari sudut menang atau kalah semata-mata. Menang atau kalah penting, tapi mesti berasaskan betul atau salah.


Jika memilih bersama MN itu salah dari segi syarak maka kita tolak, jika tidak kita terima. Begitu juga keputusan untuk bersama PN. Ia boleh dinilai secara berterusan.


Sebelum PRU14 sebahagian 'akar umbi' PAS mahu PAS bersama PH-DAP sehingga mereka keluar tubuhkan PAN. Kemudian PAS kalah teruk di negeri-negeri Pantai Barat.


Adakah masa itu kita berkata bahawa strategi kita menolak PH-DAP silap? Dan jika 'akar umbi' PAS menuntut agar PAS perlu bersama PH-DAP agar PAS menang adakah kita akan  bersama-bersama dengan PH-DAP?


Nampaknya ramai juga orang PAS yang mula menganut fahaman betul atau salah ditentukan oleh menang atau kalah. Mungkin kerana banyak berkawan dengan rakan-rakan berfahaman sekular sehingga ada antara kita disekularkan mereka. Kembali kepada semangat asal PAS.


*Allah bersama PAS*

No comments: