Dua laporan polis telah dibuat petang tadi oleh Mohd Ashraf Mustaqim dan Mohamad Shafiq Abdul Halim ke atas Rosmah Mansor yang menghina perintah mahkamah dan membisunya peguam negara.
Pada 2 Disember media melaporkan kegagalan Rosmah Mansor untuk hadir ke Mahkamah. Kehadiran Rosmah wajib tetapi malangnya walaupun tidak hadir dan sengaja berada di luar negara tapi mahkamah tidak keluarkan waran tangkap atau sebarang tindakan malah pendakwa raya tidak mendesak tindakan diambil. Nampak seperti sesuatu yang tidak kena dengan pendakwa raya.
Rosmah yang sedang hadapi tuduhan rasuah melibatkan projek 369 buah sekolah di Sarawak bernilai Rm1.25 billion.
Jelas jika dirujuk https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/10/876310/mahkamah-pulangkan-pasport-rosmah-untuk-ke-singapura Berita Harian 15 Oktober melaporkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan semasa membenarkan permohonan pemulangan sementara pasport Rosmaj secara tegas menetapkan syarat bahawa pasport perlu dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.
Mohamed Zaini, berkata pemohon (Rosmah) hanya boleh keluar Singapura dari 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021. Itu direkodkan di mahkamah malangnya Rosmah buat keputusan sendiri tidak pulang.
Jelas tindakan Rosmah sengaja tidak balik dan tinggal lebih masa dibenarkan di luar negara serta tidak hadir mahkamah itu menghina mahkamah.
Laporan polis ini mendesak pasport Rosmah dibatalkan segera dan dia perlu diekstradisi pulang ke Malaysia dan hadapi kesnya sehingga selesai. Kedua perlu siasat pejabat peguam negara kenapa tidak ada desakan seolah Rosmah punya keistimewaan.
Jika orang lain pasti bukan sahaja pasport dibatal, waran tangkap dikeluarkan malah wang jaminan juga akan dirampas. Laporan polis mendesak Rosmah dilayan sama seperti tertuduh lain.
Mahkamah Malaysia tidak boleh double standard.
Kerajaan hari ini juga harus menjawab adakah wujud campur tangan dalam kes mahkamah ini. Dengan senyap tanpa bantahan oleh Pejabat Peguam Negara jelas ada sesuatu yang tidak kena.