Pemuda Harapan gesa siasat segera kes serangan anak Rafizi




Angkatan Muda Harapan (AMH) menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarga susulan insiden yang dilaporkan melibatkan anak beliau di Putrajaya, tengah hari semalam

Dalam kenyataan Ketua Penerangannya, Ammar Atan, beliau menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan segera untuk membawa pelaku ke muka pengadilan

Katanya, perbuatan ini adalah membimbangkan kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan, malah meninggalkan kesan trauma emosi kepada mangsa dan keluarga.

“Lebih menyedihkan, kanak-kanak yang tidak sepatutnya menjadi mangsa keganasan terlibat dalam insiden ini.

“Tindakan tegas diperlukan bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang dan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa keselamatan mereka terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau menyeru semua pihak untuk tidak mempolitikkan insiden ini sehingga siasatan selesai.


Ujarnya, fokus utama ketika ini adalah memastikan keselamatan mangsa, mendapatkan rawatan dan sokongan yang diperlukan, serta menegakkan keadilan.

Terdahulu bekas Menteri Ekonomi itu mendakwa anaknyadiserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang.

Rafizi berkata anaknya telah diheret oleh seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum suntikan selain beliau mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya siasatan telus dijalankan terhadap kes membabitkan anak bekas Rafizi.




JAWAPAN UNTUK HADI AWANG- BACUL SEMASA PMQT DIA HILANG...LAIN KALI HADAP LA DEPAN DEPAN


 

Pantun balas untuk Haji Hadi

OLEH AHMAD MURSI



Dah beberapa tahun, ucapan Haji Hadi di Parlimen ulangi poin sama. Setiap kali diulang, disorak seolah-olah ada idea baru dan sangat bernas oleh MP Pas di Parlimen.

Dah boleh teka apa yang nak diucap, begitulah juga ceramahnya.

Jika ahli Pas benar-benar sayang padanya, mereka wajar rehatkannya apabila nampak pemikiran politiknya tidak lagi tajam mencerna hal-hal semasa.

Agar dia kekal diingati dengan nostalgia pidatonya yang berapi-api di zaman muda.

Itu lumrah hidup, ketajaman fikiran kita semakin susut seiring dengan usia yang semakin meningkat ditambah lagi jika kesihatan semakin merosot.


Samalah seperti komen Hj Hadi terhadap Qaradawi yang mengkritiknya, dia (Qaradawi) “sudah uzur, penglihatan tak berapa nampak, telinga tak berapa dengar”.


Atau dengan makna lain, Hj Hadi nak bagitau, Qaradawi tidak lagi setajam dulu, kenyataannya boleh dipertikaikan.



Malangnya, sikap ahli parlimen Pas dalam Parlimen semakin radikal apabila ucapan presidennya dikritik hingga ada yang cuba serang secara fizikal, mujurlah dihalang oleh bentara.


Tiada lain yang saya fikirkan, kultus personaliti semakin membarah dalam Pas.

Asasnya, jika tidak mahu dikritik, tidak perlulah jadi ahli Parlimen, dibayar gaji oleh rakyat dan buat ucapan mengkritik orang lain.

Saya tak nampak lagi ada yang diugut nak dipukul kerana mengkritik PMX sehingga tahap melampau dan sehingga mengqazaf beliau.



Jadi, saya nak balas pantun Hj Hadi:

Dari Rusila menuju ke kota;
Candat sotong di tengah lautan;
Daripada ponteng makan gaji buta;
Lebih baik berundur serah jawatan.




PMQT: PM Anwar Jamin Siasatan Kes Anak Rafizi Telus, Pantas

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan ke atas insiden serangan fizikal ke atas anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akan dilakukan secara telus dan rapi.

Jaminan itu disuarakan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

“Apa dibangkitkan (mengenai insiden serangan ke atas anak Rafizi)… dukacita kerana sudah ada budaya agak melampau daripada buli hingga kematian dan kini anak Ahli Parlimen Pandan (Rafizi).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 5 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) dan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Mohd Khalid Ismail) untuk teruskan siasatan telus dan rapi kerana budaya ini membimbangkan.

“Saya beri beri jaminan apa disebut Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bahawa mereka akan bertindak segera, pantas dan telus… bukan saja ambil tindakan tetapi juga menghentikan budaya jahat ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian sebelum menjawab soalan asal dikemukakan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset PETRONAS dan apakah strategi PETRONAS menghadapi ketidaktentuan pasaran global melibatkan penjualan aset seperti di Kanada dan Brazil.

Semalam polis mengesahkan anak seorang bekas menteri diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang semalam di kawasan mengambil dan menurun penumpang.

Katanya, mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki dan kini masih dalam pemeriksaan lanjut di sebuah hospital di Selangor.



PMQT: Tiada Campur Tangan Politik Rasionalisasi Portfolio Aset PETRONAS – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dibuat tanpa campur tangan politik.

Perdana Menteri berkata, penilaian aset huluan PETRONAS dilakukan secara berterusan mengikut kebijaksanaan dan pertimbangan komersial syarikat minyak dan gas multinasional itu sendiri.

Memberi contoh, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pengembangan operasi PETRONAS di Kanada dilaksanakan berikutan potensi besar sumber gas sebanyak 50 trilion kaki padu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Harus kita faham keputusan dan kebijaksanaan seperti mana berlaku di Kanada, ini kerana operasi (di Kanada) menjadikan pasarannya strategik.

“Kekuatan rezab gas asli itu besar sekitar 50 trilion kaki padu (TCF) dan mula mengeksport, tetapi ia harus dilakukan bersama syarikat gergasi lain.

“Penilaian aset huluan seperti mana berlaku di Brazil penting dilakukan terus menerus, mengikut pengalaman. Kita serahkan kebijaksaaan dan pertimbangan komersial itu dan pelaburan kepada PETRONAS tanpa campur tangan politik. Mereka hanya melaporkan (kepada kerajaan),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang ingin tahu rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset PETRONAS.

– Oleh Latifah Arifin



PMQT: ‘Saya Tunggu Siasatan MCMC Dakwaan Terhadap Muhyiddin’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak keberatan untuk memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan penafian terkait dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata adalah penting untuk menunggu hasil siasatan MCMC terlebih dahulu.

“Memang kalau kesilapan sesiapa saja, berdasarkan sumber digunakan itu, kalau disahkan oleh MCMC, saya akan jelaskan dan minta maaf kepada Pagoh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Tapi tunggulah dulu, tiada masalah. Tapi saya belum pernah dengar ketua pembangkang dan rakan-rakan sana, yang memfitnah berhari-hari, minta maaf sepatah pun,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) sama ada Perdana Menteri bersedia meminta maaf kepada Muhyiddin berhubung dakwaan berkenaan.

Minggu lalu Muhyiddin menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataan yang mendakwa beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Muhyiddin dilaporkan berkata, jika Perdana Menteri tidak meminta maaf, beliau akan membuat usul kepada Dewan Rakyat untuk merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menerima laporan ada Ahli Parlimen pembangkang mempertahankan hak warga asing dalam mendapat manfaat penyelarasan subsidi.

Mengulas lanjut, Anwar turut menafikan beliau mengarahkan MCMC untuk menyiasat Muhyiddin, selain menyatakan wujudnya salah faham mengenai perkara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya, arahan yang dibuatnya kepada MCMC adalah untuk menyiasat sumber asal berkenaan.

“Ada yang salah faham kata MCMC siasat Pagoh. Tidak. Saya nak jelaskan, saya kata sumber ini daripada 1,2,3. Tolong siasat 1,2,3 ini apakah sahih.

“Kalau tidak sahih, maka memang kenyataan itu tidak benar. Tapi biar tunggu keputusan daripada MCMC dahulu,” katanya.



SAYA ULANG:


Che Ibrahim



SURAT TERBUKA KPD YAB DATO' MOHD AMAR ABDULLAH, PEMANGKU MENTERI BESAR KELANTAN BERHUBUNG ISU PELAJAR MAAHAD TAHFIZ SAINS NURUL AMAN, KOK LANAS YG MATI DIBUNUH.


YAB Dato',


Adalah saya merujuk kpd laporan media dan kenyataan Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan dlm status facebooknya bertarikh 10 Jun 2016, jam 11.49 pagi berhubung keputusan Mahkamah Koroner Kelantan oleh Koroner  Adli Abd Ghalib dlm prosiding inkues berhubung kematian Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman, 17 tahun, Pelajar Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas 2 thn yg lalu.


Sebagaimana yg YAB Dato' tahu, Mahkamah Koroner atas permohonan inkues oleh bapa mangsa, Wan Abdul Rahman Wan Yaakob, 70 thn pada 9 Jun 2016 telah memutuskan kematian pelajar tersebut ada kebarangkalian dibuat oleh orang lain yg menyebabkan kematiannya, tidak menunjukkan si mati telah mengambil nyawanya sendiri.


YAB Dato',


Saya terpanggil untuk memberi cadangan penyelesaian mengikut Islam dlm isu ini kerana sepanjang pengamatan saya, hampir semua isu isu dan polimik yg berbangkit berhubung Kerajaan Kelantan telah gagal diselesaikan secara telus dan adil mengikut kacamata perundangan dan syariah Islam. 


Hampir semua penyelesaian yg dibuat kpd kes kes terdahulu semakin menimbulkan kontroversi dan gagal menampakkan prinsip prinsip keadilan dlm Islam spt yg diperjuang oleh Parti dan Kerajaan YAB Dato'. Pemecatan saya yg dibuat secara tergesa gesa oleh Lembaga Pengarah Kias Darulnaim yg di pengerusikan oleh Dato' dan penyingkiran  Dato' Husam Musa sbg Ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan dan jawatan2nya dlm GLC serta pemecatannya sebagai ahli Pas tanpa dipanggil membela diri di hadapan Lembaga Tertib Pas adalah bukti yg nyata Parti dan kerajaan YAB Dato' sering bertindak secara membelakangkan prinsip keadilan yg telah digariskan dlm Islam. Saya tidak mahu peristiwa ini berulang dlm isu kematian pelajar di sebuah sekolah agama/tahfiz yg menjadi kebanggaan Kerajaan Kelantan.


Semua orang tahu dan berbangga dgn kesungguhan YAB Dato' untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan sbg sebahagian drp pelaksanaan syariah Islam. Saya yakin YAB Dato' amat tahu berhubung hukum Qasamah dalam undang undang Islam yg juga sebahagian drp Kanun Jenayah Syariah wpun ianya tidak diperuntukkan dlm Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015 Negeri Kelantan.


YAB Dato',


Selaras dgn kesungguhan Kerajaan Kelantan utk melaksanakan hukum jenayah Islam berkaitan hudud dan qisas, saya ingin mencadangkan sbg permulaan amat wajar kes kematian pelajar tahfiz di atas diselesaikan secara undang undang Islam. Saya yakin kaedah Qasamah yg saya akan sebutkan di bawah ini tidak melibatkan apa apa halangan perundangan atau sekatan teknikal drp Kerajaan Pusat atau parti parti pembangkang yg lain.


Qasamah adalah suatu hukuman bagi kes pembunuhan yg tidak diketahui identiti pembunuhnya, namun ada sebab yg menasabah utk dipercayai kematian tersebut adalah disebabkan ianya dibunuh. Jumhur Ulama' berpendapat Qasamah wajib dilakukan ke atas penduduk sekitar utk menafikan mereka terlibat dlm pembunuhan tersebut dan mereka tidak tahu siapa pembunuhnya yg sebenar.


Dlm kes ini, oleh kerana Mahkamah Koroner telah memutuskan kematiannya adalah disebabkan dibunuh oleh orang lain yg belum dikenali identitinya, memandangkan pembunuhan tersebut telah berlaku dalam kawasan sekolah berkenaan, maka Kerajaan Kelantan boleh dgn kerjasama Yayasan Islam Kelantan (YIK), Polis dan Pengurusan Sekolah melakukan sumpah Qasamah.


Kaedah ini boleh dilakukan, atas permintaan dan persetujuan bapa mangsa memanggil 50 orang pelajar dan guru guru Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas utk melakukan sumpah Qasamah mengaku mereka tidak terlibat dgn pembunuhan tersebut dan mereka tidak tahu siapa pembunuhnya. 


Jika mereka enggan bersumpah, maka YIK sbg majikannya hendaklah menyebabkan dibayar kpd keluarga si mati bayaran Diyat sebagaimana yg disebut dlm Seksyen 3(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah II(1993) 2015 yg telah diwartakan kuatkuasanya, iaitu sejumlah wang atau harta yg sama nilainya dgn harga emas semasa seberat 4450 gram atau satu kadar lain yg ditetapkan oleh KDYMM Al Sultan. Jika berlaku kesamaran, maka Kerajaan Negeri Kelantan hendaklah bertanggungjawab membayar diyat tersebut kpd keluarga si mati.


Itulah hukum yg telah ditetapkan oleh  Islam mengikut pandangan jumhur ulama' dlm kes pembunuhan dlm satu kawasan tertentu, namun pembunuhnya tidak diketahui yg dipanggil sebagai Hukum Qasamah ( القسامة).


YAB Dato',


Sebagai sebuah Kerajaan Islam, apalagi disaat kesungguhan Kerajaan utk melaksanakan hukum hudud, saya berpandangan amat wajar Kerajaan Kelantan menyelesaikan isu pembunuhan ini berdasarkan prinsip keadilan dan perundangan Islam, ianya boleh dilakukan oleh Kerajaan tanpa meminda apa apa akta atau undang undang. Saya cukup yakin Dap dan pihak2 lain tidak akan membantah pelaksanaan hukum Qasamah ini.


Cukuplah hampir 2 thn maruah keluarga diaibkan dgn keputusan awal pihak polis yg mengklafikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut dan tidak ada unsur jenayah. Betapa deritanya keluarga mangsa mananggung aib apabila anak sulung mereka yg dididik dan diasuh dgn agama, sudah hampir bergelar hafiz al Quran, sedangkan mereka sudah melangkaui usia tua, tiba2 dianggap telah mengambil nyawanya sendiri kerana tertekan atau gangguan emosi. Kerajaan Negeri dan institusi pengajian agama turut terkesan dgn anggapan salah ini.


Berilah keadilan menurut Islam kpd mangsa dan keluarganya. Saya yakin Kerajaan Kelantan mampu melakukannya dan terlalu sedar dan tahu kewajaran untuk melakukannya. Saya bersedia membantu melaksanakan sumpah Qasamah ini jika Kerajaan berhasrat utk melaksanakannya.


Pencinta Keadilan,


Che Ibrahim Mohamed,

Naib Pengerusi, 

Parti Amanah Negara Negeri Kelantan.


11 Jun 2016.



Tindakan Lucut Anwar Sebagai PM Tak Boleh Diteruskan!

 


Fakta kronologi proses pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU 14 pada 9 Mei 2018.

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Ahli Parlimen DAP RSN Rayer hari ini berkata bahawa saman peguam P Waytha Moorthy memohon pengisytiharan bahawa Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dipilih sebagai Ahli Parlimen Tambun dan dilantik sebagai perdana menteri, tidak boleh diteruskan.

Rayer, yang juga seorang peguam bela, berkata sebarang cabaran undang-undang kepada wakil rakyat melalui petisyen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mesti difailkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

“Oleh itu, tempoh masa tindakan undang-undang Waytha untuk melucutkan kelayakan perdana menteri sebagai Ahli Parlimen Tambun yang dipilih dengan sewajarnya telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan.

RSN Rayer berkata sebarang cabaran undang-undang kepada wakil rakyat melalui petisyen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mesti difailkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan. Foto Bernama

Ahli Parlimen Jelutong itu juga berkata Waytha sepatutnya mendapatkan dokumen berkaitan pengampunan diraja Anwar sebelum memfailkan saman itu.

“Adalah salah untuk memfailkan saman dan kemudian meminta perdana menteri membekalkan dokumen berkaitan pengampunan diraja baginda,” katanya.

Waytha, presiden Parti Kemajuan Malaysia, telah mencabar Anwar, menuntut beliau mengeluarkan dokumen penuh petisyen pengampunan dirajanya dalam masa 24 jam.

Hipokrasi Waytha Moorthy terserlah kerana pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Integrasi) di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto China Press

Beliau memfailkan saman itu bertujuan melucutkan kelayakan Anwar atas alasan pengampunan diraja yang diberikan kepada Presiden KEADILAN pada 2018 tidak menyatakan beliau dikecualikan daripada tempoh hilang kelayakan lima tahun untuk bertanding dalam pilihan raya selepas dibebaskan dari penjara.

Waytha, yang berkhidmat sebagai menteri dalam Jemaah Menteri Dr Mahathir Mohamad dari 2018 hingga 2020, mahu Mahkamah Tinggi mengisytiharkan pemilihan Anwar sebagai Ahli Parlimen Tambun pada 19 November 2022 dan pelantikannya sebagai perdana menteri lima hari kemudian terbatal dan tidak sah.

R Sivarasa dari KEADILAN telah menolak hujah Waytha sebagai tidak berasas, dengan mengatakan ia menunjukkan ketidakupayaan untuk menghayati maksud yang sepatutnya dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, yang menggariskan syarat di mana seseorang Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan.

Beliau berkata ia adalah fakta umum bahawa pada 2018, Anwar menerima pengampunan penuh tanpa syarat daripada Agong pada masa itu, yang berpandangan sabitan itu adalah salah laku keadilan.

Beliau berkata perkataan ‘dan siapa yang tidak menerima pengampunan penuh tanpa syarat” dalam Perkara 48 menjelaskan bahawa dalam menerima pengampunan, isu sabitan terdahulu sebagai faktor hilang kelayakan tidak timbul.

Sivarasa berkata Waytha sebaliknya perlu bertanya mengapa calon yang menentang Anwar untuk kerusi Tambun tidak membangkitkan isu itu semasa kempen.

Isu itu juga tidak dibangkitkan apabila Anwar dilantik sebagai perdana menteri pada 24 November 2022.




Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (14.08.25)

HRC LIVE!! - SEKALI MUNCUL PUN KECOH - LAGI MAU TURUN PMX KA? | Hadi Awa...


Presiden PAS Abdul Hadi Awang menutup perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dengan menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya meletakkan jawatan sebelum tersungkur. Ahli Parlimen Marang itu mendakwa di bawah kerajaan Madani banyak jenayah berlaku bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Sabah. Rafizi Ramli mendedahkan anaknya dicucuk dengan jarum dalam di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya, tengah hari ini. “Sekitar jam 1.45 petang ini, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki datang saya dan dengan jarum ,” HATI HATI RAFIZI - ADA TAK PUAS HATI NI


Video ‘Standoff’ Tentera Laut Filipina-Malaysia Maklumat Palsu

 


Angkatan Tentera Filipina (AFP) memberitahu 'standoff' antara pasukan tentera laut Filipina dan Malaysia adalah maklumat palsu.

MANILA, 13 Ogos – Angkatan Tentera Filipina (AFP) menyifatkan sebuah video yang tular di YouTube kononnya berlaku ‘standoff’ antara pasukan tentera laut Filipina dan Malaysia adalah maklumat palsu, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

“Ini adalah rekaan sepenuhnya. Tiada insiden sedemikian berlaku. Ia bertujuan menjejaskan hubungan diplomatik 60 tahun dengan Malaysia, menghakis kepercayaan rakyat terhadap AFP, dan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu,” menurut kenyataannya, semalam.

Video berdurasi 12 minit itu menggambarkan kononnya berlaku ‘standoff’ antara pasukan tentera laut kedua-dua negara berhubung tuntutan wilayah yang bertindih.

Angkatan Tentera Filipina (AFP) memberitahu ‘standoff’ antara pasukan tentera laut Filipina dan Malaysia adalah maklumat palsu.

AFP berkata. maklumat palsu seperti itu mengancam keamanan dan kestabilan serantau, “hanya menguntungkan agenda politik atau strategik pihak tertentu.”

“AFP teguh dengan komitmen terhadap ketelusan, kebenaran, dan perlindungan kepentingan negara. Kebenaran adalah pertahanan paling kukuh kami,” katanya.



PM Anwar Tekankan Keperluan Koordinasi Mantap Bangunkan Usahawan Bumiputera

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional Mohd Azamanizam Baharon di Putrajaya pada 13 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata koordinasi yang lebih mantap antara pelaksana inisiatif pembangunan usahawan Bumiputera amat penting, bagi memastikan setiap usaha dilaksanakan secara berfokus, saling melengkapi dan memanfaatkan kekuatan masing-masing.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata perkara itu ditekankan ketika menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional Mohd Azamanizam Baharon dan delegasi, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional Mohd Azamanizam Baharon di Putrajaya pada 13 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam pertemuan ini, saya menegaskan rasional dan ketetapan kerajaan berhubung agenda pembangunan Bumiputera yang perlu difahami dan dihayati oleh semua persatuan, termasuk PERDASAMA.

“Kerajaan menyambut baik cadangan inisiatif yang diutarakan PERDASAMA, dan saya yakin kerjasama strategik ini akan memberikan impak yang lebih besar dalam memperkukuh ekosistem perniagaan Bumiputera serta memperluas peluang ekonomi negara,” ujar Anwar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional Mohd Azamanizam Baharon di Putrajaya pada 13 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah persatuan yang menghimpunkan 27,263 syarikat Bumiputera, PERDASAMA telah memainkan peranan penting dalam menggembleng tenaga, kepakaran dan jaringan dalam kalangan ahlinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Nasional Mohd Azamanizam Baharon di Putrajaya pada 13 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim



Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (14.08.25)

ORANG KEDAH KATA SERUPA PELAQ OOO


 

PEEGEDAH


 

KEH KEH KEH