PMX sedang melakar Malaysia di peta dunia yang disokong



Oleh TANAKA MUSTAFA


Seperti biasa, PMX adalah pemidato yang hebat dan ada skill yang bagus selain ucapan beliau yang merupakan manifestasi kepada banyak membaca dan berinteraksi dengan dunia.

Dia punya skill English penguasaan sama seperti cara dia berucap dalam bahasa Melayu. Lancar, petah, intonasi yang tepat, ada humor, jelas etc.

Orang putih dengar pun ternganga dan terpersona sebagaimana orang Malaysia terkagum dengan ucapannya dalam bahasa Melayu.

PMX menggunakan kemahiran yang beliau ada untuk memposisikan Malaysia dalam menjadi suara neutral bagi blok-blok dunia yang berkonflik.

Salah satu bentuk pemasaran jenama Malaysia ke pentas dunia, yang perlu diakui – tak ada pemimpin negara hari ini sama ada dalam kerajaan mahupun pembangkang yang boleh setara dengan beliau pada sudut ini.




PMX memberi syarahan umum dan merasmikan auditorium Malaysia di London School of Economics di London, United Kingdom pada 17 Januari lalu.


Soalan-soalan berat kepada beliau dijawab dengan baik dan tegas berprinsip, pada masa yang sama secara halus membuka minda audiens terhadap kejahatan dunia Barat yang menindas dan menjajah negara lain.

Sikap hipokrit dunia Barat dihiris dan dilapah secara halus dalam cebisan humor ketika menjawab.

Gerak catur geopolitik dunia yang mencabar hari ini memerlukan orang seperti beliau. Yang beliau perlukan adalah sokongan padu rakyat Malaysia dalam progres beliau memposisikan Malaysia. Beliau sedang membawa suara kita ke peringkat dunia.

Kebencian yang keterlaluan terhadap beliau pada sesetengah orang, akan menutup mata hati untuk melihat the bigger picture dalam cerita Malaysia di pentas kemelut dunia yang semakin berkembang secara tidak sihat.


Selalunya dua blok besar bertembung tanpa memandang kepada blok neutral. PMX sedang membesarkan blok neutral ini supaya menjadi besar setara dengan dua blok yang bertembung itu.

Jangan kerana kebencian keterlaluan, kita nafikan usaha baik dan betul yang dia buat.

Andai diletakkan pemimpin lain yang kita anggap boleh jadi PM, berada di pentas gelora geopolitik dan ekonomi dunia sekarang ini, adakah pemimpin itu akan perform dan suaranya didengari?



DUDUK DALAM PAS NI , TAK USAH CERDIK ADA PHD BAGAI LAH- MEMANG TETAP TAK PANDAI KALAAU BAB PENTADBIRAN NNEGERI


 

Hanya lulus RM120,000 cegah hakisan pantai, beli kereta baharu Exco mampu pula

Kerajaan negeri Terengganu dikritik apabila hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi mencegah hakisan pantai serta membaik pulih kerosakan di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus.

Sebelum ini, tular dakwaan pembelian sejumlah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda untuk ahli Exco yang mengundang pertikaian berhubung keperluan utama kerajaan negeri dikuasai Pas itu.

Menerusi laman Facebook, Suara Rakyat, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM70 juta pada 3 Januari tahun lalu untuk pemulihan pantai terhakis termasuk pembinaan 16 pemecah ombak luar pesisir.




Gambar deretan kereta Mazda ini tular pada Disember 2023 ketika kerajaan negeri Terengganu berdepan dengan pelbagai isu kewangan.


Walau bagaimanapun, kemajuan projek pembaikan bermula dari Pantai Mengabang Telipot hingga ke Pantai Batu Rakit tersebut setakat ini hanya siap 20 peratus.

“Apa dah terjadi dengan RM70 juta? Kalau untuk keperluan rakyat MB hanya luluskan RM120,000.

“Tapi belanja beli 10 biji kereta mewah Mazda untuk dia dan geng-geng exconya sehingga jutaan ringgit mampu pula?” menurut laman itu yang meraih lebih 400 komentar setk ini.


Pada 15 Januari lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi menyelesaikan beberapa perkara semasa yang sedang berlaku di Batu Rakit.

Sebelum itu, Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Hanafiah Mat dilapor berkata, kerajaan Terengganu telah menghantar permohonan peruntukan bagi membina tembok penahan ombak atau struktur ‘rock revetment’.

Hanafiah berkata, projek membina tembok sejauh 400 meter dengan lebar 1.5 meter dari bahu jalan itu sebagai pelindung pantai daripada hakisan.

Jelasnya, peruntukan sebanyak RM600,000 itu meliputi kerja-kerja baik pulih jalan runtuh di Kampung Tanjung, Batu Rakit.




Agenda ASEAN 2025 Jadi Fokus Utama PM Anwar Di WEF 2025 Davos

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada 20 hingga 24 Januari ini.

DAVOS, 20 Jan – Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengetengahkan suara kolektif negara anggota blok itu di pentas dunia ketika bakal menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2025 (WEF 2025) di sini yang bermula pada Isnin.

Menurut Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Datuk Nadzirah Osman, kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan hingga Jumaat ini di WEF 2025 juga penting dalam usaha menarik peluang perdagangan dan pelaburan baharu seiring dengan sasaran ekonomi jangka panjang negara.

Pada masa sama, beliau turut menekankan penyertaan Perdana Menteri dalam WEF 2025 akan melonjakkan profil dan kepimpinan negara ini seiring dengan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.

“Kehadiran Perdana Menteri di Davos akan mengetengahkan keutamaan, inisiatif dan cabaran dihadapi ASEAN serta rantau ini, termasuk isu bersama seperti perubahan iklim, tenaga boleh baharu, transformasi digital dan pembangunan mampan.

“Ini turut membuka peluang bagi kerjasama strategik antara ASEAN dan komuniti antarabangsa, termasuk peluang pelaburan serta pembiayaan teknologi bagi rantau itu,” katanya pada sidang media menjelang kehadiran Perdana Menteri di WEF 2025.

Anwar dijadual tiba di Davos pada lewat malam ini selepas menamatkan lawatan kerja beliau ke Brussels, Belgium.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada 20 hingga 24 Januari ini. Foto LinkedIn WEF

Davos juga merupakan destinasi terakhir lawatan kerja Perdana Menteri yang bermula di Abu Dhabi (Emiriah Arab Bersatu atau UAE), London (United Kingdom) dan kini di Brussels, Belgium.

WEF 2025 merupakan penyertaan pertama Anwar sejak menyandang tugas Perdana Menteri dan akan menghadiri persidangan itu selama dua hari, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Tambah Nadzirah, antara program berimpak tinggi yang akan disertai Anwar adalah Dialog Strategi Negara dengan kalangan pemimpin perniagaan syarikat global yang menyaksikan Perdana Menteri berkongsi keutamaan dan inisiatif Malaysia dalam perdagangan dan pelaburan, selain meneroka peluang kerjasama bagi memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi Forum Ekonomi Sedunia (WEF) diketuai Pengerusi Eksekutif Prof Klaus Schwab pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 10 Oktober 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri akan turut menerajui sesi taklimat dengan media antarabangsa yang bertemakan “Unlocking ASEAN’s Digital Future: Driving Inclusive Growth and Global Competitiveness,” dengan tumpuan terhadap Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) dan peluang dalam transformasi digital.

“Selain itu, Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada Sesi Awam Peringkat Tinggi : Pleno ASEAN yang bertajuk ‘Even Stronger Together.’

“Beliau juga akan mengetengahkan keutamaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia bagi 2025 dan peranan penting ASEAN dalam membentuk landskap ekonomi global,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat delegasi Forum Ekonomi Sedunia (WEF) diketuai Pengerusi Eksekutif Prof Klaus Schwab pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 10 Oktober 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jadual padat Anwar juga dijangka menyaksikan beliau mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan pemimpin dari negara dan syarikat tertentu dalam usaha mengukuhkan kerjasama membabitkan kepentingan bersama.

Agenda itu termasuk mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Libya dan Belanda, selain perbincangan bersama pemimpin perniagaan mewakili AstraZeneca, DP World, Medtronic, Nestlé dan Google.

Perdana Menteri akan turut menerima kunjungan hormat Pengasas WEF dan Pengerusi Lembaga Amanah, Klaus Schwab.

Bertemakan “Collaboration for the Intelligent Age” Mesyuarat Tahunan WEF 2025 bermula hari ini hingga 24 Januari ini akan menumpukan peranan teknologi baharu dan inovasi dalam menangani cabaran ekonomi global.

Topik perbincangan itu akan menyentuh lima keutamaan iaitu Industri Dalam Era Pintar; Membangunkan Semula Kepercayaan; Penciptaan Baharu Pertumbuhan; Pelaburan bagi Manusia dan Melindungi Planet.


PATUT LA GUA MUSANG TAK MEMBANGUN SAMPAI LE NIM..

 


PETALING JAYA, JAN 20 - Hari ini, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fahmi Zainol menggesa veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) memohon maaf kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di atas kenyataannya yang bersifat menuduh secara melulu dan tidak berasas sama sekali.



Beliau berkata Ketua UMNO Gua Musang perlu lebih peka, tambahan isu adendum sudah dijelaskan Anwar dengan sempurna.


Semalam, UMNO Gua Musang berpendirian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menterinya boleh disabitkan dengan kesalahan mengelirukan dan membohongi anggota Dewan Rakyat kerana tidak mendedahkan titah adendum.


Ku Li berkata, mereka yang turut terlibat menyembunyikan titah berkenaan juga wajar dikenakan tindakan ke atas kesalahan menyembunyikan fakta dan dokumen penting kerajaan dan juga dengan segaja menghalang keadilan.


Tambah Ku Li, Kerajaan Madani pimpinan Anwar sengaja menyembunyikan titah adendum dan mengkhianati prinsip berterus-terang (Candor Principle) yang sepatutnya dijunjung kerajaan.


#BeritaKS



Keh.. Keh.. Keh... Apa punya lekeh.. 32-0

Iswardy


 Orang buat pelaburan dengan tambak laut, dia tambah laut 😂😅




KEH.. KEH.. KEH... PATUT TANYA LA SOALAN BAGI BIJAK SIKIT... BUKAN PERLI.. KENA TAHU BAB EKONOMI NI.


 

AGAK AGAK SAPA YANG LAYAK JADI PM DARI PIHAK PEMBANGKANG NI.

 


MEMANG DAH... PERANGAI DOK MINTA DERMA.


 

Aaaaauuuuummmmmm.....

 

RMS


Dah tu kenapa PAS tak hantar Hadi kerumah  kebajikan..merapu rapu walaupun bukan OKU. 




KITA ADA KELEBIHAN

 

Setuju dan kelebihan kita di Malaysia, kita ada adendum....!




Keh.. Keh.. Keh..

 RMS. 


Lepas ni jual online saja lah..hihi

Tukar nama Mee Kuari Panas.. 😇😇




LAMA CUTI NIAGA JUAL MEE

 

Lama ke cuti berniaga bro..?? teringin nak makan Mi...sedaappp.

.



NEGARA INI PERLU DISELAMATKAN

Che Ibrahim


Alhamdulillah, masih ramai yang bersimpati berbanding manusia yang ego dan cuba berhukum sendiri. Ambo setuju negara ini perlu diselamatkan agar keberkatannya tidak hilang.


Kadangkala ambo rasa dengki juga... 




Apabila Adib terbunuh dalam satu rusuhan oleh kaum tertentu, ramai yang bangkit membela kematian Adib. 


Apabila seorang OKU dibelasah dengan kejam di khalayak ramai (barangkali mengambil model sebat di khalayak ramai), ramai yang bangkit membela. 


Apabila ada kaum lain cuma mencemar kesucian agama Islam, mereka bangkit menentang.


Tetapi waris ambo yang mati dibunuh di sebuah pusat pengajian tahfiz, tempat berkumpulnya para pelajar untuk menghafal Al Quran, tergamaknya mereka kata mati bunuh diri.

Walaupun selepas Mahkamah Koroner mengesahkan si mati dibunuh oleh seeeorang yang masih bebas, tidak ramai yang bersimpati, bahkan mengambil sikap terus diam seolah olah menyorok kebenaran yang sebenarnya mereka tahu.


Titah Addendum yang masih tidak jelas statusnya, mereka bangkit menuntut kononnya ada keadilan yang dinafikan, ada titah yang disembunyikan, tetapi kematian seorang pelajar yang sedang menghafal Al Quran, mereka mahu sembunyikan kebenarannya, mungkin kerana ianya berlaku dalam rumah mereka.



KHAZANAH NATIONAL AMBILALIH MAHB

 

KUALA LUMPUR, JAN 20 - Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA), konsortium yang diterajui oleh Khazanah Nasional, berjaya mengambil alih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selepas menurunkan syarat penerimaan kepada 85% daripada jumlah saham terbitan. 



Konsortium itu telah memperoleh 86.51% saham, membolehkannya mencapai matlamat untuk menswastakan syarikat tersebut.


AmInvestment Bank, mewakili pihak penawar, mengumumkan bahawa tarikh tutup penerimaan tawaran dilanjutkan sekali lagi, daripada 24 Januari 2025 kepada 4 Februari 2025. Ini merupakan lanjutan kali ketiga selepas konsortium gagal memenuhi syarat asal sebanyak 90%. Walau bagaimanapun, harga tawaran sebanyak RM11 sesaham MAHB kekal tidak berubah.


Selepas pengambilalihan selesai, Khazanah Nasional akan memegang 40% pegangan dalam konsortium, menjadikannya pemegang saham terbesar. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memiliki 30%, sementara baki 30% lagi akan dipegang oleh usaha sama antara Global Infrastructure Partners dan Abu Dhabi Investment Authority.


Saham MAHB digantung dagangan antara jam 9 pagi hingga 10 pagi. Selepas dagangan disambung, saham MAHB meningkat empat sen kepada RM10.94 sesaham pada jam 11.15 pagi, dengan 378,500 saham bertukar tangan.


 #BeritaKS



PMX BERTEMU MASYARAKAT MUSLIM BELGIUM. TAK PI MAIN GOLF BAGAI

 

Usai majlis bersama diaspora, saya terus bertemu dengan President of the Belgian Muslim Council, Esma Ucan sempena kunjungan dua hari ke Brussels ini.









Ruang yang ada ini saya gunakan untuk bertukar pandangan dan berkongsi peranan dimainkan Malaysia terkait mempromosikan keamanan, keharmonian sejagat, ekstremis dan juga isu serantau termasuk situasi di Gaza.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIBekerja



LAAAA.... PATUT LAH...


Pak Ya Siam


 Teguh Pertahan Mee Goreng !!


Rupanya satu keluarga walaun !! Celaka betoi patut perangai macam YAHADI !!!






PM Anwar Santuni Rakyat Malaysia Di Belgium, Luxemborg

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto Bernama

BRUSSELS, 19 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri pertemuan dengan kira-kira 200 rakyat Malaysia yang menetap di Belgium dan Luxembourg pada majlis jamuan minum petang di sini pada Ahad.

Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani disambut Presiden Persatuan Malaysia di Belgium Sarala Shambulingam.

Pada majlis itu Anwar yang juga Menteri Kewangan beramah mesra dengan rakyat pelbagai kaum bagi bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan semasa yang teruja dengan kehadiran sulung beliau sejak menjawat jawatan pada November 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bagi menghadiri majlis minum petang dan beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto Bernama

Beliau kemudiannya dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Islam Belgium, satu-satunya badan pertubuhan rasmi Islam di negara itu bagi bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan semasa dunia Islam di benua Eropah termasuk di Belgium.

Dalam lawatan sulung beliau ke Belgium, Perdana Menteri dijangka membincangkan isu perdagangan, krisis Timur Tengah dan Rusia–Ukraine, semasa pertemuan dengan pemimpin Belgium dan EU.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto Bernama

Pertemuan julung kali itu amat bermakna kerana Malaysia merupakan antara negara pengeksport terbesar ke EU yang dianggotai 28 buah negara bagi tempoh Januari hingga November 2024, perdagangan dua hala Malaysia dengan EU, termasuk Belgium, berjumlah RM200 bilion (AS$43.71 bilion).

Pada Isnin, Anwar dijadualkan bertemu Perdana Menteri sementara Belgium Alexander De Croo untuk membincangkan mengenai hubungan dua hala Malaysia–Belgium dan meningkatkan kerjasama serta bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Pesawat membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Brussels bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Belgium pada Ahad. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau kemudian akan bertemu pegawai tertinggi EU, bermula dengan Kaja Kallas, Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan/Naib Presiden Suruhanjaya Eropah (HR/VP).

Ia disusuli dengan pertemuan empat mata antara Perdana Menteri dengan Pengerusi Majlis Eropah Antonio Costa untuk membincangkan kaedah mengeratkan hubungan Malaysia–EU dan kerjasama serantau.

Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Perdana Menteri akan mengambil peluang melalui lawatan kerja ini untuk mengetengahkan keutamaan Malaysia dalam hala tuju Kepengerusian Malaysia yang bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Pesawat membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Brussels bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Belgium pada Ahad. Foto Facebook Anwar Ibrahim


Rakyat Malaysia Di Luar Negara Perlu Punyai Hak Sama Untuk Mengundi – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto Bernama

BRUSSELS, 20 Jan – Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu mempunyai hak yang sama untuk mengundi dalam pilihan raya, sama seperti mereka yang berada di tanah air, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata beliau telah pun membangkitkan mengenai isu undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“SPR sebuah badan bebas…namun saya telah membangkitkan perkara ini kepada mereka. Mereka perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi,” kata beliau pada majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama kira-kira 200 diaspora Malaysia, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto Bernama

Anwar yang tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium berkata demikian ketika ditanya mengenai kesukaran yang dihadapi rakyat Malaysia di luar negara, setiap kali pilihan raya berlangsung di Malaysia.

“Malah, saya beritahu untuk jangan lakukannya menerusi kedutaan (untuk proses pengundian). Gunakan beberapa mekanisme supaya orang ramai boleh datang dan mengundi, walaupun ini bermakna ia akan menyebabkan pertambahan dana untuk ini,” kata beliau sambil menambah bahawa SPR telah menerima cadangannya itu.

Ketika ditanya mengenai adakah Kerajaan Malaysia memberikan keutamaan terhadap teknologi hijau dan penghutanan, Anwar berkata perkara itu merupakan antara agenda utama pentadbiran sekarang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto Bernama

“Eropah telah memusnahkan semua hutan, jangan beritahu kami supaya belajar daripada mereka. Hutan kita kini berada pada 54 peratus sekarang, malah paru-paru hijau kita bertambah, tahun lepas kita tanam sejuta pokok sebagai sebahagian daripada kempen penghutanan kita,” kata beliau.

Beliau berkata Malaysia dan rakan kongsi ASEAN memberi tumpuan kepada grid ASEAN yang bukan sahaja menjana kuasa hidro tetapi juga daripada tenaga solar dan tenaga boleh diperbaharui yang lain.

“Kita ada 140,000 pelajar asing di universiti kita. Saya telah banyak melawat banyak negara membangun dan pemimpin mereka mahu menghantar pelajar dan pegawai mereka untuk belajar daripada kita, dalam bidang seperti semi konduktor,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Belgium dan Luxemborg semasa majlis minum petang bersama Perdana Menteri di Brussels pada Ahad. Foto Bernama

Perdana Menteri berkata bagi mempertingkatkan taraf pendidikan di Malaysia kerajaan bekerjasama dengan industri dan ini bermakna disiplin dan teknologi baharu perlu diperoleh. – Bernama



TIDAK SETUJU KAITKAN DENGAN POLITIK KEPARTIAN.


 

HARUN SHAH MOHON MAAF KAITKAN KES PUKUL DAN POLITIK KEPARTIAN

 


LIVE : BERSATU TOLAK HADI AWANG SEBAGAI CALON PM, STANDARD PAS TAKAT JAD...

BERSATU BERKECAI? PAS DAN DAP BERGABUNG? MARI TONTON PENCERAHAN PADU BRO...

LOKMAN ADAM RAMAL!! - UMNO AKAN PUPUS PRU16 | SELAGI BERSEKONGKOL NAJIB ...

"MELAYU MANA YG KAMU BANTU" ! PMX JAWAB HAMZAH !

KAK WAN - YANG KAMI KENALI*







19 Januari 2025

19 Rajab 1446H


Seawal jam 11.00 pagi saya bersama isteri telah sampai di majlis walimah anakanda *Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi* mantan ADUN Batu Burok.


Tengah-tengah makan kami diminta untuk menyambut *Dato' Seri Dr. Hajah Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail*, kerana saya paling “senior” seawal pagi itu. 


Sebaik sahaja sampai di meja VIP, Kak Wan bertanya di mana isteri saya, saya jawab di meja lain kerana kami telah mula makan sebelum beliau sampai tadi.


Kak Wan meninggalkan meja VIP dan meminta saya mengiringi beliau untuk duduk bersama kami di meja biasa.


Itulah Kak Wan mantan Timbalan Perdana Menteri dan isteri *YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim*.


Banyak tausiah, nasihat dan harapan beliau buat YADIM terutama mengangkat darjat dan peranan para isteri dan ibu serta kaum wanita secara amnya, tetapi kekal mengutamakan kepentingan *KELUARGA* masing-masing.


Ketika mengiringi kenderaan beliau untuk bergerak balik, tiba-tiba Kak Wan turun dari kenderaannya, mengejar tetamu yang dulu pernah melatih beliau buat kali pertama berjaya menjadi Ahli Parlimen.


Sungguh mengharukan kami semua; budi pekerti seorang yang terdidik dalam *Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)*.


#MalaysiaMADANI

#MelestariGerakanDakwah

#QuranSunnahHikmahUlama’


https://www.facebook.com/share/p/1F4SzCtMtk/?


*DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS*

Yang Dipertua

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)



NAK MUNDUR UNDI PAS

 

Aman Muhamad


Harap pengundi Terengganu tidak tertipu dan ditipu lagi oleh PAS. 

Sebelum ini di bawah BN, Terengganu adalah Darul Iman.

Kini di bawah PAS, Terengganu jadi Darul Setang.


Semoga rakyat Terengganu buat perubahan dan kembalikan Terengganu menjadi Darul Iman.


:)




PI LA TANYA BAB BENDANG KA APA KA....TANAM BIAQ DOK SAJA MEMANG LA TAK JADI.....


Najib bakaq


 Hampa geng Kedah jemput la mai ke Sesi Madani Mendengar bersama Menteri Ekonomi, esok jam 2 petang di Hotel Grand Alora, Alor Star Kedah.



Boleh ja tanya soalan apa-apa, insya Allah akan dilayan sebaiknya oleh YB Rafizi.


Aku pun akan ada situ esok. Jemputla noh?


"Tanya terus Menteri jawab."



INI YANG BERLAKU


 

DAPAT JA KE PAS.. MEMANG MELINGKUP LA APA PUN

 Zuwairi Md Yusof


Apa Kau Buat Samsuri,PAS Dan EXCO2



Tahukah anda bila tengok gambar jalan pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit ini tahun 2018 vs 2025, sekarang ni jalannya dah terputus kena makan dengan hakisan.Hakisan mula berlaku seawal 2021 dan rakyat tanya kenapa Kerajaan Terengganu tak amik langkah awal cegah hakisan?


Bila MB Terengganu ambil langkah populis tak mahu kenakan cukai pintu & tanah sejak 2019, pendapatan negeri pun makin menyusut malah peruntukan untuk infra tebatan hakisan, pemecah ombak, pelebaran parit dah takde.Langkah populis memang syok untuk pilihanraya tapi bila projek infra dah kena catu kesannya akan kena pada rakyat.


MB MACAM NI YANG DI CANANG NAK JADI PM11?


Jaga satu negeri pun dah gagal ada hati nak Tebuk Atap 2.0 supaya dapat jadi PM.