Hanya lulus RM120,000 cegah hakisan pantai, beli kereta baharu Exco mampu pula
Kerajaan negeri Terengganu dikritik apabila hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi mencegah hakisan pantai serta membaik pulih kerosakan di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus.
Sebelum ini, tular dakwaan pembelian sejumlah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda untuk ahli Exco yang mengundang pertikaian berhubung keperluan utama kerajaan negeri dikuasai Pas itu.
Menerusi laman Facebook, Suara Rakyat, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM70 juta pada 3 Januari tahun lalu untuk pemulihan pantai terhakis termasuk pembinaan 16 pemecah ombak luar pesisir.
Walau bagaimanapun, kemajuan projek pembaikan bermula dari Pantai Mengabang Telipot hingga ke Pantai Batu Rakit tersebut setakat ini hanya siap 20 peratus.
“Apa dah terjadi dengan RM70 juta? Kalau untuk keperluan rakyat MB hanya luluskan RM120,000.
“Tapi belanja beli 10 biji kereta mewah Mazda untuk dia dan geng-geng exconya sehingga jutaan ringgit mampu pula?” menurut laman itu yang meraih lebih 400 komentar setk ini.
Pada 15 Januari lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi menyelesaikan beberapa perkara semasa yang sedang berlaku di Batu Rakit.
Sebelum itu, Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Hanafiah Mat dilapor berkata, kerajaan Terengganu telah menghantar permohonan peruntukan bagi membina tembok penahan ombak atau struktur ‘rock revetment’.
Hanafiah berkata, projek membina tembok sejauh 400 meter dengan lebar 1.5 meter dari bahu jalan itu sebagai pelindung pantai daripada hakisan.
Jelasnya, peruntukan sebanyak RM600,000 itu meliputi kerja-kerja baik pulih jalan runtuh di Kampung Tanjung, Batu Rakit.
No comments:
Post a Comment