Che Ibrahim
Alhamdulillah, masih ramai yang bersimpati berbanding manusia yang ego dan cuba berhukum sendiri. Ambo setuju negara ini perlu diselamatkan agar keberkatannya tidak hilang.
Kadangkala ambo rasa dengki juga...
Apabila Adib terbunuh dalam satu rusuhan oleh kaum tertentu, ramai yang bangkit membela kematian Adib.
Apabila seorang OKU dibelasah dengan kejam di khalayak ramai (barangkali mengambil model sebat di khalayak ramai), ramai yang bangkit membela.
Apabila ada kaum lain cuma mencemar kesucian agama Islam, mereka bangkit menentang.
Tetapi waris ambo yang mati dibunuh di sebuah pusat pengajian tahfiz, tempat berkumpulnya para pelajar untuk menghafal Al Quran, tergamaknya mereka kata mati bunuh diri.
Walaupun selepas Mahkamah Koroner mengesahkan si mati dibunuh oleh seeeorang yang masih bebas, tidak ramai yang bersimpati, bahkan mengambil sikap terus diam seolah olah menyorok kebenaran yang sebenarnya mereka tahu.
Titah Addendum yang masih tidak jelas statusnya, mereka bangkit menuntut kononnya ada keadilan yang dinafikan, ada titah yang disembunyikan, tetapi kematian seorang pelajar yang sedang menghafal Al Quran, mereka mahu sembunyikan kebenarannya, mungkin kerana ianya berlaku dalam rumah mereka.
No comments:
Post a Comment