Oleh TANAKA MUSTAFA
Seperti biasa, PMX adalah pemidato yang hebat dan ada skill yang bagus selain ucapan beliau yang merupakan manifestasi kepada banyak membaca dan berinteraksi dengan dunia.
Dia punya skill English penguasaan sama seperti cara dia berucap dalam bahasa Melayu. Lancar, petah, intonasi yang tepat, ada humor, jelas etc.
Orang putih dengar pun ternganga dan terpersona sebagaimana orang Malaysia terkagum dengan ucapannya dalam bahasa Melayu.
PMX menggunakan kemahiran yang beliau ada untuk memposisikan Malaysia dalam menjadi suara neutral bagi blok-blok dunia yang berkonflik.
Salah satu bentuk pemasaran jenama Malaysia ke pentas dunia, yang perlu diakui – tak ada pemimpin negara hari ini sama ada dalam kerajaan mahupun pembangkang yang boleh setara dengan beliau pada sudut ini.
PMX memberi syarahan umum dan merasmikan auditorium Malaysia di London School of Economics di London, United Kingdom pada 17 Januari lalu.
Soalan-soalan berat kepada beliau dijawab dengan baik dan tegas berprinsip, pada masa yang sama secara halus membuka minda audiens terhadap kejahatan dunia Barat yang menindas dan menjajah negara lain.
Sikap hipokrit dunia Barat dihiris dan dilapah secara halus dalam cebisan humor ketika menjawab.
Gerak catur geopolitik dunia yang mencabar hari ini memerlukan orang seperti beliau. Yang beliau perlukan adalah sokongan padu rakyat Malaysia dalam progres beliau memposisikan Malaysia. Beliau sedang membawa suara kita ke peringkat dunia.
Kebencian yang keterlaluan terhadap beliau pada sesetengah orang, akan menutup mata hati untuk melihat the bigger picture dalam cerita Malaysia di pentas kemelut dunia yang semakin berkembang secara tidak sihat.
Selalunya dua blok besar bertembung tanpa memandang kepada blok neutral. PMX sedang membesarkan blok neutral ini supaya menjadi besar setara dengan dua blok yang bertembung itu.
Jangan kerana kebencian keterlaluan, kita nafikan usaha baik dan betul yang dia buat.
Andai diletakkan pemimpin lain yang kita anggap boleh jadi PM, berada di pentas gelora geopolitik dan ekonomi dunia sekarang ini, adakah pemimpin itu akan perform dan suaranya didengari?
No comments:
Post a Comment