PETALING JAYA, JAN 20 - Hari ini, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fahmi Zainol menggesa veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) memohon maaf kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di atas kenyataannya yang bersifat menuduh secara melulu dan tidak berasas sama sekali.
Beliau berkata Ketua UMNO Gua Musang perlu lebih peka, tambahan isu adendum sudah dijelaskan Anwar dengan sempurna.
Semalam, UMNO Gua Musang berpendirian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menterinya boleh disabitkan dengan kesalahan mengelirukan dan membohongi anggota Dewan Rakyat kerana tidak mendedahkan titah adendum.
Ku Li berkata, mereka yang turut terlibat menyembunyikan titah berkenaan juga wajar dikenakan tindakan ke atas kesalahan menyembunyikan fakta dan dokumen penting kerajaan dan juga dengan segaja menghalang keadilan.
Tambah Ku Li, Kerajaan Madani pimpinan Anwar sengaja menyembunyikan titah adendum dan mengkhianati prinsip berterus-terang (Candor Principle) yang sepatutnya dijunjung kerajaan.
#BeritaKS
No comments:
Post a Comment