𝗪𝗔𝗥𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗔𝗟𝗠𝗔𝗥𝗛𝗨𝗠 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗔𝗭𝗜𝗭𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗡𝘂𝗖


************


https://www.facebook.com/share/p/3TAZTamCWGh5jUN8/?mibextid=oFDknk



WARKAH UNTUK YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR KEDAH


Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji-pujian untuk Allah selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Assalamualaikum W.B.T saya ucapkan kepada Y.A.B Menteri Besar.


1. Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri saya memandangkan Y.A.B MB sudah terlupa siapa saya, nama saya Ahmad Faiq bin Azizan iaitu anak ketujuh daripada Isteri Pertama Arwah Ustaz Azizan.


2. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk memberi teguran dan peringatan khususnya kepada Y.A.B dan pimpinan PAS Kedah amnya. Sebelum saya membuat teguran saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli dan pendukung-pendukung PAS serta penyokong-penyokong arwah ayah saya sejak beliau mula mengaktifkan diri dalam bidang politik bermula dari tahun 1978 sehinggalah kematian beliau pada tahun 2013.


3. Y.A.B MB, suka saya ingatkan disini selepas Y.A.B MB menjadi Menteri Besar hasil rampasan kuasa kerajaan PN di negeri Kedah, ramai pihak-pihak dan individu-individu menghubungi saya dan juga ibu saya dan memohon kami membantu mereka untuk berjumpa dengan Y.A.B MB. Perkara ini disebabkan, selepas kematian Arwah ayah saya, Y.A.B MB telah menjaja dan menjual diri Y.A.B sebagai anak didik Ustaz Azizan. Malah, tagline “Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua” adalah tagline yang sama digunakan semasa Arwah ayah saya menjadi Menteri Besar.


4. Malangnya, pihak-pihak dan individu-individu tersebut tidak mengetahui bahawa keluarga kami hanya mengenali Y.A.B MB selama lima tahun semasa arwah ayah saya menjadi Menteri Besar. Malangnya mereka juga tidak mengetahui bahawa selepas kematian arwah ayah saya pada tahun 2013, dan selepas Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau, kami sekeluarga telah diabaikan sepenuhnya oleh pihak Y.A.B MB. Walaupun kami sekeluarga telah memberikan sokongan penuh kepada calon PAS sehingga beliau memenangi Pilihanraya Kecil tersebut. Malah ibu tiri dan adik-beradik sebapa saya sanggup keluar dari rumah yang disewa oleh arwah ayah saya sejak tahun 1995 kerana pihak Y.A.B MB ingin menjadikan rumah tersebut sebagai markas untuk menempatkan petugas-petugas pilihanraya walaupun pada ketika itu, ibu tiri saya masih di dalam tempoh Iddah ketika itu.


5. Pada bulan Jun 2020, pihak Y.A.B MB telah bersetuju untuk bertemu ibu saya di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, pihak Y.A.B MB bertemu kami di lobi dan kami menyampaikan ucapan tahniah dan memaklumkan bahawa ramai pihak telah bertemu dengan kami dan memohon bantuan kami untuk mengaturkan perjumpaan dengan Y.A.B MB. Pada masa itu, saya tidak pasti samada Y.A.B MB dengan sengaja ataupun tidak sengaja telah menghina keluarga kami.


6. Pada bulan September 2020, satu program wawancara telah dianjurkan oleh The Ummah Talk dengan kerjasama Sinar Harian untuk memperingati Arwah ayah saya. Di mana panel jemputan pihak penganjur adalah Dato’ Seri Mukhriz, Dato’ Taulan Rasul (bekas ADUN PAS dari tahun 1999-2013) dan diri saya sendiri. 

Saya telah menghadiri program tersebut, dan malangnya saya telah dimaklumkan bahawa pihak Y.A.B MB ada mengganggu ibu saya kerana saya telah hadir program tersebut.


Saya ingin menegaskan disini, bahawa pihak yang dijemput adalah saya dan bukannya ibu saya. Tindakan Y.A.B MB menganggu ibu saya adalah tindakan kebudak-budakan dan sangat tidak matang. Saya seorang dewasa yang mana saya boleh berfikir sendiri dan seharusnya Y.A.B MB boleh menghubungi saya secara terus.


7. Yang Amat Berhormat MB, saya dengan rasa rendah diri dan hina, memohon Y.A.B MB memohon maaf secara terbuka atau tertutup kepada saya dan ibu saya. Ibu saya bukanlah orang politik tetapi dia hanyalah isteri orang politik.


Kedua, saya memohon Y.A.B MB menasihatkan pimpinan PAS Kedah khususnya Pesuruhjaya Ustaz Ahmad Yahya untuk memohon maaf kepada saya secara terbuka kerana telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di Harakah pada 27 September 2020, “Pas Kedah kesal dengan sikap individu tertentu yang cuba mengambil kesempatan di atas ketokohan Ustaz Azizan walhal ketika hayatnya pihak berkenaan menjadi penentangnya.”


https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/27/dulu-lawan-perjuangan-ustaz-azizan-ahmad-yahaya/


Seharusnya pimpinan-pimpinan PAS Kedah datang berjumpa dan bertanya kepada saya sendiri, bukan dengan cara menyerang saya secara fitnah dan memalukan parti yang mendakwa membawa perjuangan Islam. Saya ingin menegaskan disini, saya hanya menyertai forum mengenai arwah ayah saya, bukanlah saya meninggalkan agama Islam.


8. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk memberi teguran dan peringatan kerana itu adalah hak saya sebagai rakyat Kedah, sebagai anak Ustaz Azizan dan saya masih sayangkan ahli-ahli PAS yang sanggup menghabiskan masa, harta dan tenaga untuk memperjuangkan parti, tetapi malangnya bagi ahli-ahli tersebut kerana mempunyai pimpinan-pimpinan atasan PAS Kedah yang seolah-olah riak dan bongkak setelah menjadi kerajaan negeri hasil rampasan kuasa. Semasa ayah saya menjadi MB, pelbagai lapisan masyarakat termasuklah orang UMNO datang menziarahi arwah ayah saya dan beliau cuba sedaya upaya untuk melayani mereka. Sikap Y.A.B MB sebegini membuatkan Y.A.B MB tidak layak digelar anak didik Ustaz Azizan. 


9. Kepada rakyat Kedah, sekiranya saya sekeluarga waris arwah Ustaz Azizan telah dilayan oleh Y.A.B MB sebagai “paria”,  saya yakin Y.A.B MB hanya akan melayan dan membantu rakyat sekiranya dapat memberi kepentingan politik kepada Y.A.B MB.


10. Saya memohon maaf sekiranya warkah ini kasar dan mengguris hati Y.A.B MB, tetapi saya mengambil prinsip berani kerana benar dan saya tidak mahu sikap dan tindak tanduk Y.A.B MB merosakkan nama baik arwah ayah saya.


11. Yang Amat Berhormat MB, ingatlah ayat ini; Surah Al-Imran ayat 26 yang bermaksud “Say: ‘O Allah, Lord of all dominion! You give dominion to whom You will, and take away dominion from whom You will, and You exalt whom You will, and abase whom You will. In Your Hand is all good. Surely You are All-Power-ful.”

    

Sekian, terima kasih. Semoga pihak Y.A.B MB bertaubatlah sebelum bertemu dengan Maha Pencipta.


Ahmad Faiq bin Azizan


#FaiqAzizan



SETELAH KES DIBAWA KE MAHKAMAH, KINI GILIRAN DR AKMAL TUNJUK ISLAM ITU PEMAAF


Pelbagai pihak kini mula bersuara agar Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh menghentikan kecaman dan pemboikoitan terhadap KK Mart.


Ini berikutan pihak berkuasa sudah bertindak terhadap mereka yang terbabit menghina kalimah Allah, termasuk mendakwa di mahkamah tauke KK Mart dan pembekal stoking bertulis kalimah Allah itu.


Saya sendiri sebelum ini menyokong tindakan Dr Akmal dalam isu kalimah Allah ini atas sandaran itulah yang sepatutnya dilakukan oleh orang Islam dalam mempertahankan kesucian agama Islam daripada sebarang penghinaan.


Tetapi kini, setelah semua tindakan yang wajar telah diambil oleh pihak berkuasa, saya juga ridak terkecuali merasakan kecaman dan pemboikotan tidak wajar diteruskan lagi rerhadap KK Mart.


Dr Akmal harus berhenti mengecam dan menyeru pemboikotan yang berpanjangan terhadap KK Mart.


Meneruskan kecaman dan menyeru pemboikoitan diteruskan terhadap KK Mart lebih menunjukkan Dr Akmal ingin memperlihatkan Islam itu agama yang tidak pemaaf dan ingin bermusuhan dengan bukan Islam sampai ke liang kubur.


Saya yakin bukan begitu ajaran Islam dan keindahannya yang diajar kepada kita kerana salah satu ciri penting dalam agama itu sendiri saling maaf-memaafkan.


Lagi pula, setelah tauke KK Mart dan pembekal stoking itu didakwa di mahkamah, manakala sebelum ini mereka sudah pun meminta maaf, apa lagi yang dimahukan oleh Dr Akmal daripada mereka itu?


Kalau berterusan mengecam dan memboikot KK Mart, apa untungnya kepada kepada agama Islam?


Apa juga untungnya kepada UMNO?


Sekarang Dr Akmal harus lebih berjiwa besar dengan turut memikirkan nasih lebih 60 peratus pekerja beragama Islam yang bekerja dan mencari rezeki dengan KK Mart.


Isu stoking kalimah Allah ini sudah dikira selesai sekarang apabila beberapa tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa, khususnya mendakwa tauke KK Mart dan pembekal stoking kalimah Allah di mahkamah.


Tiada tindakan lebih daripada itu boleh dilakukan ke atas KK Mart, pembekal dan mereka yang terlibat dalam menghina kalimah Allah.


Memanjangkannya lagi hanya akan memburukkan hubungan antara Islam dengan bukan Islam dan Melayu dengan bukan Melayu di negara ini.


Yang penting, untuk terus ke depan, Islam itu mesti diperlihatkan bersifat pemaaf dan Dr Akmal kini berfanggungjawab memuliakan semula kedudukan Islam dengan menunjukkan sikap pemaaf dan menghentikan semua kecaman serta pemboikotan terhadap KK Mart.


Dr Akmal sudah dikira berjaya dalam perjuangannya, malah kita bangga dengan ketegasannya sebelum ini.


Tetapi kini masa untuk berhenti sudah tiba dan jangan dutangguhkan lagi.


Semua kita, termasuk bukan Islam sudah belajar daripada isu ini dan kini kita semua perlu membina semula negara ini melalui kepelbagaian yang sedia ada dengan penuh harmoni seperti sebelumnya. – ShahbudinHusin 27/03/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/03/27/setelah-kes-dibawa-ke-mahkamah-kini-giliran-dr-akmal-tunjuk-islam-itu-pemaaf.html



KEH.. KEH.. KEH.. MAN LOMPAT



 Ooo..MP PN rupanya jadi pengarah Kedah Agro Holding..padan lah lingkup...

Heheheee...

😆😆😆😆



JANGAN PUSING WAHAI NUSI


Najib Bakar




 Bekas staf Head of Finance Kedah Agro Holdings dedahkan hal Sanusi dan gaji yang berbulan tak dibayar.


Dia guna akaun betul, bukannya surat layang atau fake profile.


Dia geram sebab Nusi macam nak lepas tangan, siap kata Kedah Agro tu lintah darat, tak patut dibayar gaji.


Wei, 24 orang dah tak dapat gaji 9 bulan. Zaman hang jadi MB la.


Dia siap kata Nusi memang placing ramai geng-geng dia dalam GLC, gaji besaq, tapi tak reti buat kerja apa.


Daripada overhead syarikat cuma bayar RM20,000 sebulan, mai pulun puak-puak Nusi, overhead syarikat jadi RM100,000.


Perabih beras ja.


Dia sebut juga tentang Nusi balaih balak dan terajang orang walaupun baru balik dari Mekah masa zaman Ustaz Azizan jadi MB.


Sanusi sentap, nak saman.


Teringat kisah Ford Raptor, Nini Siron. 


Lepas dikantoikan Nini Siron yang Sanusi langgar PKP, Sanusi dan Setiausaha Politik dia ketika itu (la ni Ahli Parlimen Alor Setar), kerahkan cytro-cytro depa attack Nini Siron.


Macam-macam makian ugutan. Nini Siron pun sama diugut dengan "see u in court". Depa kata Nini Siron fitnah. Screenshot status depa pun orang masih simpan.


Apa jadi akhirnya?


Nusi kena kompaun lepas polis siasat. Ada bukti CCTV Nusi langgar PKP, dia pi test drive Ford Raptor di Juru, Pulau Pinang.


La ni? Ugut nak saman bekas Head of Finance Kedah Agro pulak.


Heh. Sempoi la sangat.


*Status bekas staf Head of Finance Kedah Agro ada di ruangan komen.



PMX SAMBUT MENTERI LUAR INDIA

 







Hari ini saya menerima kunjungan hormat Menteri Luar India Dr S.Jaishankar yang kini sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia. 


Sambil diapit Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, pertemuan itu antara lain membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pendidikan, pertanian, pelancongan, pertahanan, digital, dan sains dan teknologi.


Saya turut nyatakan komitmen Malaysia untuk memudahkan penubuhan kampus cawangan Indian Institute of Technology (IIT) di sini selain menzahirkan penghargaan kepada rakan sejawat Narendra Modi kerana membantu Malaysia baru-baru ini sewaktu dilanda kekurangan bekalan beras.


India turut berharap agar hubungan dengan ASEAN, terutamanya apabila Malaysia menjadi Pengerusi tahun depan, dapat terus diperkukuh.


Intiha, saya zahirkan penghargaan atas kesudian Dr S.Jaishankar melawat Malaysia dan juga jemputan Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk saya ke sana tidak lama lagi, InsyaAllah.


Moga hubungan Malaysia-India terus berkembang dan mekar demi kepentingan rakyat kedua-dua negara sahabat. 


#MalaysiaMADANI



DERAMA MANA YANG PALING TERBAIK


Pihak pembangkang sekali lagi cuba memberi gambaran kelemahan kerajaan Madani apabila rang undang-undang pindaan Perlembagaan mengenai Kewarganegara tidak dimutamadkan dalam sidang sessi ini. Rang undang-undang tidak dimuktamadkan dalam sidang parlimen sessi ini yang berakhir semalam.


Pembangkang menerusi ketua whipnya Takiyuddin Hassan dalam sidang akhbarnya membuat dakwaan rang undang-undang berkenaan sebagai tidak mendapat perkenaaan daripada Majlis Raja-Raja (MRR). 


Selain itu penangguhan rang undang-undang itu juga cuba diberi terjemahan ia sebagai ada bantahan oleh sesetengah pihak.


Berhubung penangguhan itu, wakil Kota Bharu itu menyifatkan kejadian itu adalah derama terbaik dan kerajaan sebagai takut untuk berdepan dengan 11 pembahas yang disediakan oleh pembangkang. 


Sebenarnya soal penangguhan sesuatu rang undang-undang setelah dibaca kali pertama dan kedua, perkara biasa dalam parlimen. 


Tidak semua urusan kerajaan termasuk rang undang-undang dapat diselesaikan dalam satu sessi persidangan. Apabila kerajaan merasakan rang undang-undang itu cacat dan perlu ditambah baik, maka ia akan dibentangkan untuk sessi seterusnya.  


Pembangkang khasnya, Takiyuddin harus faham mengenai kelaziman atau kejadian ini, dan jangan mudah membuat terjemaahan ia tidak mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja atau ada bantahan daripada mana-mana pihak bermotif politik, atau kerajaan pengecut. 


Setelah bacaan kali pertama dibuat dan ada berbagai reaksi mengenai rang undang undang berkenaan, adalah menjadi tanggungjawa kerajaan, dalam kes ini Menteri Dalam Negeri Siafuddin Nasution Ismail untuk menangguhkan bagi diperbaiki dan menyempurnakan lagi rang undang undang berkenaan. 


Saifuddin sebagai menteri tentu tidak mahu sesuatu yang cacat diteruskan juga. Itulah tanggungjawab Saifuddin sebagai menteri. Beliau lebih menjaga kredibiliti dan integriti kerajaan daripada populis. Saifuddin terkenal seorang ahli politik yang bercakap berasaskan fakta dan data.


Takiyuddin tidak perlu cuba membina naratif bagi memperbetulkan kesilapan yang pernah beliau sendiri lakukan semasa menjadi menteri dahulu, dimana bertindak mendahului Yang diPertuan Agong mengumumkan sesuatu yang menjadi hak mutlak Yang diPertuan Agong. Kita tidak fikir Saifuddin jadi sebodoh beliau. 


Jika beliau masih ingat sejarah yang dilalui oleh Pas, beliau tidak akan menjadikan penangguhan rang undang-undang itu sebagai modal politik murahan dan sampah. 


Pas semasa "kahwin tanpa akad nikah" dengan Umo selama lima hari dahulu, Pas pernah membawa usul persendirian (RUU) Hudud oleh Marang, tetapi ia tidak diteruskan untuk dibahaskan setelah bacaan kali pertama. Kenapa, why? Bakpa? Sebab apa kerana apa?


RUU itu bukan terhenti disitu sahaja, bahkan, tidak dibawa langsung ke parlimen untuk dibahas sedangkan Pas gila-gila dan "gelenyer geledik" mahulkan Hudud. 


Yang jelas rang undang-undang berkenaan awal-awal lagi akan ditolak kerana ia tidak mendapat perkenaan oleh Yang diPertuan Agong yang mana pembentangannya oleh Marang melanggar bidang kuasa Yang diPertuan Agong dan tidak merujuk kepada Agong. 


Sesungguhnya sesuatu rang undang-undang yang dibawa ke parlimen dan dibaca untuk kali pertama ada yang tidak diteruskan atas berbagai sebab, ada kerana kecacatan tertentu dan akan dibawa ke sidang akan datang. Cara itu sebagai memastikan rang undang-undang itu semnpurna dan menempati kehendak perlembagaan. 


Jadi dalam isu rang undang-undang Kewarganegaam ini tidak relevan untuk dijadikan isu dan model politik oleh pembangkang. Carilah isu lain yang sesuai dengannya (Pas) seperti isu "stoking" dan seumpamanya. Trims.



𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗣𝗨𝗔𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝


PMX masih menyantuni puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 meskipun sering dihina, dicaci dan dimaki hamun. Berkenjah dan bertaburan di SocMed PMX dihina semahu2nya dan dituduh dgn pelbagai perkataan jelik. Tapi PMX terus santuni puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝.


𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻, 𝗲𝗹𝗼𝗸 𝗣𝗠𝗫 𝗜𝗚𝗡𝗢𝗥𝗘 𝗷𝗲 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗨𝗙𝗨𝗥 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁 𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟳. 


Firman Allah SWT : 


فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ


𝗠𝗮𝗸𝗮 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁 𝗧𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗱𝘂𝘀𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻?


[Surah Ar Rahman Ayat 13]


𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 BERTERIMA KASIH walau PMX bantu sekalipun. Beerti mereka juga adalah org2 yg Kufur Nikmat, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗬𝗨𝗞𝗨𝗥 dgn nikmat Allah beri melalui pelbagai cara termasuk melalui Kerajaan MADANI. 


𝗔𝗽𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗴 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗶𝗻𝗶 𝗗𝗨𝗦𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡?


Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim Ayat 7 : 


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿, 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 (𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁) 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗺𝘂, 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿𝗶 (𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁-𝗞𝘂), 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗮𝘇𝗮𝗯-𝗞𝘂 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗱𝗶𝗵".


Semua negeri 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 dalam kesusahan sekarang kerana mereka 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿. Sekarang ni Kerajaan nak bantu melalui Data PADU pun mereka banyak songel, maki hamun sana sini, Hasut sana sini tapi 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 jugalah yg 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗞𝗘𝗕𝗨𝗟𝗢𝗤 𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗣𝗔𝗗𝗨 sebab nak bantuan dan subsidi.


𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘂 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗧𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗮𝗹𝘂...𝗠𝗨𝗞𝗔 𝗧𝗘𝗠𝗕𝗢𝗞...!!


- Zus Din 

27032024



𝗡𝘂𝗖 𝗨𝗚𝗨𝗧 𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗘𝗫-𝗦𝗧𝗔𝗙𝗙 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗥𝗢 𝗛𝗢𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔








Kita tengok apa yg akan terdedah kalau jadi kes mahkamah. Firasat saya NuC ni hanya akan terus mencalarkan reputasi dia sendiri. Zuraini got nothing to lose.


Parti KHAWARIJ yg akan rugi. Kes ni akan drag dan kita tengok pengakhirannya beberapa tahun lagi.


- Zsu Din 

27032024



HIDUP SEADANYA

 

 Che Ibrahim




Ambo tak tahu ambo ni B40 atau M40 atau T20... Yang pasti ambo takdak apa apa sumber pendapatan tetap dan tidak menerima apa apa bantuan/sumbangan kerajaan... Dulu dulu pernah sekali dapat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Dari RISDA, kemudian ambo tidak update profail, senyap dengan gitu. 


Ramadan tahun ni alhamdulillah, ambo tak habis duit lagi, sekali pun tak keluar ke Bazar Ramadan, cuma untuk raya ada la tempah ketupat daging 200 biji, tu pun anak yang bayar... Maknanya ambo bakal tak habis pitis pula raya ni. 


Jadi maaf kalau ambo tak terasa apa apa samada barang mahal atau murah kerana ambo tak pernah berbelanja.



DARI POLITIK KEPADA DENDAM PERIBADI


 

WOIII..TEDIA AIHHH


 

NAYA PUNYA PEMBOHONG

Ahmad Mursi


Dalam Islam, nak lantik pemimpin, mesti Kompiten No1, bukan siapa pandai baca kitab.


 قَالَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا يَـٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُ‌ۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ


Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat (kompiten) lagi amanah.” Ayat 26 Surah al-Qasas




KISAH MAN KATAK


 

USAHA PMX DAN SUARA RAKYAT MALAYSIA

 




Apabila saya memuji langkah PMX dalam menegur barat secara konsisten, dan bagi saya itu adalah sumbangan besar sehingga usul gencatan senjata di UN diluluskan. 


Ada juga yang menutup mata akan usaha PMX.


Malah lebih awal di peringkat Asean dan kemudianya di Asia Barat, PMX secara solo berjumpa Putra Mahkota Arab Saudi, Presiden Turki dan Presiden Mesir.


Semua ini untuk membantu Palestine. Malaysia bukan negara jiran dan bukan negara yang kuat ketenteraannya.


PMX bantu dengan diplomasi iaitu hujah dan memujuk.


Setakat ini media barat gagal untuk spinning kenyataan PMX.


PMX terus disambut didunia barat walaupun tahu ketegasan beliau.


Nyata yang mampu spin malah tuduh pula PMX bersekongkol dengan Israel ialah Pas dan walaun.


Alhamdulillah di dewan Negara, YB Menteri luar dalam ucapannya jelas mengatakan usaha berterusan Malaysia adalah antara penyebab kejayaan usul keselamatan di UN untuk Palestine. 


Malah USA sendiri tak berani menggunakan kuasa veto menghalang usul tersebut walaupun telah menggunakan lebih 80x dalam usaha mereka membantu Israel. 


Tahniah PMX.

Tahniah Malaysia. 


Hanya walaun yang masih buta hati.


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka




PMX JAWAB SOALAN BEEKAITAN...




 Pagi ini di Dewan Rakyat semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), saya bangun dan menjawab dua soalan mengenai: 


Soalan 1: 


💵 Dampak kepada kos sara hidup dan industri sesudah kenaikan SST, dan jangkaan hasil dari pengenalan cukai baharu pada 2024. 


➡️ Dalam soal ini, Kerajaan mengambil pendekatan yang progresif di mana ia tidak melibatkan sejumlah besar rakyat dan perubahan dasar yang ketara HANYA melibatkan cukai perkhidmatan dan cukai jualan KEKAL dengan skop dan cukai sedia ada. 


➡️ Kerajaan mengenakan serta menumpukan penambahan hasil dari kumpulan yang berkemampuan sambil Kerajaan berusaha memampan dan mengelak dampaknya kepada rakyat. 


➡️ Justeru, perubahan dasar cukai perkhidmatan ini tidak memberi dampak yang ketara dengan anggaran sekitar 0.2 mata peratus. Kerajaan turut mengecualikan perkhidmatan asas seperti makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kenderaan, pendidikan, kesihatan, pengangkutan penumpang darat dan laut, pengangkutan penumpang udara bagi Rural Air Services di Sabah dan Sarawak, logistik makan minum, bekalan air, bekalan elektrik di bawah 600kWj bagi rumah kediaman, dan bekalan elektrik kepada premis perniagaan. 


Kerajaan menjangkakan penambahan hasil berjumlah RM3 bilion ringgit.  


Soalan 2: 


🏭 Nama syarikat-syarikat dari Australia dan Jerman serta sektor-sektor industri yang akan dibangunkan; dan perencanaan Kerajaan bagi mempertingkat nilai dagangan khususnya eksport bagi tahun 2024.  


➡️ Antara syarikat-syarikat Australia yang telah memberikan komitmen pelaburan di Malaysia: AirTrunk, NextDC, LaTrobe Magnesium, Arnott’s, dan Cochlear Ltd yang merangkumi sektor pusat data, alat peranti perubatan, industri keluli dan pembuatan makanan dengan potensi pelaburan dijana sebanyak RM24.5 bilion. 


➡️ Potensi pelaburan daru Jerman meliputi industri tenaga, pelbagai industri pembuatan termasuk semikonduktor, aeroangkasa, produk kimia, peranti perubatan dan sektor automotif. Syarikat-syarikat tersebut adalah Siemens Energy, Infineon Technologies, Airbus, B-Braun, BMW, Nexperia dan Delo Chemical dengan potensi pelaburan berjumlah RM45.4 bilion.  


📈 Prestasi Perdagangan Januari-Februari 2024 


➡️ Trend peningkatan untuk dua bulan pertama tahun 2024 dengan pertumbuhan yang dicatatkan pada 8.3% kepada RM446.43 bilion ketimbang tempoh sama pada 2023. 


➡️ Import meningkat 13.6% kepada RM212.69 bilion, menghasilkan surplus dagangan sebanyak RM21.04 bilion. 


♟️Strategi bagi mempertingkat nilai dagangan khususnya eksport dan daya saing negara


➡️ Langkah intervensi akan diteruskan oleh MATRADE bagi memperkukuh promosi eksport dagangan 


➡️ Mengarusperdanakan peralihan sektor tenaga ke arah mencapai sasaran pelepasan gas rumah hijau sifar bersih melalui NETR 


➡️ Mewujudkan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (Invest Malaysia Facilitation Centre-IMFC) 


#MalaysiaMADANI




𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗔𝗚𝗥𝗢 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗜𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛?





Walaun kata Kedah Agro sejak dulu bermasalah? Tapi yg GAGAL bayar gaji tu sejak 9 bulan yg lepas. Ertinya, sejak PNunggang Agama memerintah bertambah teruk lah masalah bukan? 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗹𝗲 𝗹𝗼𝗴𝗶𝗰. 𝗖𝗼𝗺𝗺𝗼𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘀𝗲 𝗹𝗮.


Ada ex-staff dedahkan masalah dibuat geng KHAWARIJ dlm Kedah Agro. Kalau tak saman pun, sure walaun & untit akan maki hamun dia. 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗶𝘁𝘂 𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 dan ia dikatakan tempat puak PNjahat berbahagi ghanimah, tapi tak reti buat kerja, logik la jd masalah. Jika begini keadaannya, Kedah ada masalah tatakelola. 


Sebelum ni desas desus Kedah Tourism pun dikatakan bermasalah khabarnya ada ofis yg ditutup. Siap lelong perabut? Betul ke? JIKA begini caranya pengurusan, habis jahanamlah Kedah ni di bawah puak KHAWARIJ.


Tunggu menjelang tahun 2027 tengok Kedah makin baik atau makin teruk? Saya jangka jika ini perangai puak PNjahat dan berterusan, lama-lama nak bayaq gaji kakitangan Kerajaan Negeri pun harapkan income Kulim Hi-Tech dan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan shjlah. 


Kita perhatikan sehingga tahun 2027 apa akan berlaku pd Kedah. Majoriti Rakyat Kedah jd walaun & untit jenis taknak Tabayyun, tak percaya org habag lama-lama tinggai kain gebag. Tu pilihan depa. Terima lah akibat.


𝗣𝗘𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 :


Hadis daripada Abu Hurairah RA katanya: Sewaktu Nabi SAW berbicara dalam suatu majlis, tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi, lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat itu?" Jawab Baginda: "𝗔𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘀𝗶𝗮-𝘀𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻, 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗮𝘁 𝗸𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘁𝗶𝗯𝗮." Lalu seseorang bertanya: "Bagaimanakah ia dipersia-siakan?" Jawab Baginda: "𝗔𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗵𝗹𝗶𝗻𝘆𝗮, 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗮𝘁 𝗸𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘁𝗶𝗯𝗮." 


(Riwayat al-Bukhari)


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :


“𝗞𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗶𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸, 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁, 𝗻𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁”


Riwayat al-Bukhari (676)


Puak PNjahat tuduh dan fitnah KUNUNnya PMX dan Kerajaan MADANI GAGAL, tapi 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗰𝗮𝘀𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗴 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟. Nampaknya Rakyat Kedah sedang menunggu masa.


Wallahualam.


- Zus Din 

27032024

************

Dari FB Page Najib Bakar : 


Bekas staf Head of Finance Kedah Agro Holdings dedahkan hal Sanusi dan gaji yang berbulan tak dibayar.


Dia guna akaun betul, bukannya surat layang atau fake profile.


Dia geram sebab Nusi macam nak lepas tangan, siap kata Kedah Agro tu lintah darat, tak patut dibayar gaji.


Wei, 24 orang dah tak dapat gaji 9 bulan. Zaman hang jadi MB la.


Dia siap kata Nusi memang placing ramai geng-geng dia dalam GLC, gaji besaq, tapi tak reti buat kerja apa.


Daripada overhead syarikat cuma bayar RM20,000 sebulan, mai pulun puak-puak Nusi, overhead syarikat jadi RM100,000.


Perabih beras ja.


Dia sebut juga tentang Nusi balaih balak dan terajang orang walaupun baru balik dari Mekah masa zaman Ustaz Azizan jadi MB.


Sanusi sentap, nak saman.


Teringat kisah Ford Raptor, Nini Siron. 


Lepas dikantoikan Nini Siron yang Sanusi langgar PKP, Sanusi dan Setiausaha Politik dia ketika itu (la ni Ahli Parlimen Alor Setar), kerahkan cytro-cytro depa attack Nini Siron.


Macam-macam makian ugutan. Nini Siron pun sama diugut dengan "see u in court". Depa kata Nini Siron fitnah. Screenshot status depa pun orang masih simpan.


Apa jadi akhirnya?


Nusi kena kompaun lepas polis siasat. Ada bukti CCTV Nusi langgar PKP, dia pi test drive Ford Raptor di Juru, Pulau Pinang.


La ni? Ugut nak saman bekas Head of Finance Kedah Agro pulak.


Heh. Sempoi la sangat.


*Status bekas staf Head of Finance Kedah Agro ada di ruangan komen.


- Najib Bakar



KERJA DIA ITU LA. DARI DULU ADA KES JUGA DIA NI.


 

MB LAIN TAK SALAH MENTERI PUN. HANG SAJA YANG DOK SALAH SEMUA ORANG..


 

GAJI TAK MAU BAYAQ... BELI KERETA BOLEH PULAK.


 

AKIBAT HASUTAN , MAIN ISU AGAMA, INILAH JADINYA.


 

MACAMANA TANAH REZAB MELAYU BUKAN MELAYU PEGANG. MB BUAT APA ? TAK KAN DIA TAK TAU..


 

CAP AYAM MP NI.




 Ini posting daripada MP yang telah 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 oleh Rafizi baru-baru ini. Kononnya tak mahu jawapan yang dipolitikkan tapi soalan dia pun dah berbaur politik.


Posting berkenaan keputusan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗢𝗺𝗮𝗻. Mungkin dia bubuh gambar padang ni sebab isu padang di 𝗦𝗕𝗡𝗝.


Memang kualiti padang mengecewakan. Sampaikan jurulatih Oman pun 𝗸𝗼𝗻𝗽𝗹𝗲𝗻. Tapi bagi aku, itu lebih kepada alasan Oman je. Sebab susah juga mereka nak makan Malaysia semalam.


Cuma, ada sesetengah pihak laju tuding jari kepada kerajaan. Agak kelakar. Nampaknya kerajaan Malaysia adalah 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 dalam dunia.


Semua benda kerajaan kena kawal. Harga makanan siap pun kerajaan punya salah walaupun 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 dalam senarai barangan yang dikawal harganya.


Ini masalah rumput di SNBJ pun salah kerajaan juga. Tapi tak apalah. Boleh je nak salahkan kerajaan.


Cuma, kalau dah masalah stadium salahkan kerajaan, ada masalah lain yang lebih besar, yang 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶, jangan malu nak salahkan kerajaan negeri pula ya.


Misalnya masalah air yang berbelas tahun tak selesai. Masalah bekalan 𝗮𝗶𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮𝘁, paip 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗮𝗻𝗴𝗶𝗻 pun kena caj, masalah air 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 pun ada.


Juga masalah seperti Loji Rawatan Air 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗮𝗽-𝘀𝗶𝗮𝗽 padahal peruntukan dah diberi. Cakap harga barangan asas naik tapi negeri lain boleh pulak siapkan LRA.


Juga masalah agensi negeri yang 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗴𝗮𝗷𝗶 pekerja sampai 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 lamanya. Semua tu salah kerajaan negeri. Jangan lepas tangan pula.


Yang peliknya, stadium disalahkan kerajaan pusat. Bila gaji tak bayar, walaupun syarikat milik negeri, kerajaan negeri tak bersalah. Berapa besar 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁 la puak ni? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



𝗣𝗔𝗗𝗨 - 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗙𝗕 𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜




Zus Din


Tak mahu daftar PADU kerana risaukan aspek keselamatan?

Setakat ini, terdapat 2 juta cubaan memecah masuk ke sistem PADU secara purata sehari, tetapi semuanya dapat dipatahkan.


Pasukan pembangunan sistem PADU yang diketuai oleh Jabatan Digital Negara (dulu dikenali sebagai MAMPU), bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi keselamatan siber dan privasi data negara.

Agensi-agensi tersebut adalah:


1. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO)

2. Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)

3. CyberSecurity Malaysia (CSM)

4. Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)

5. Kementerian Komunikasi

6. Kementerian Digital


Bagaimana dengan sistem PADU itu sendiri?


Dari segi keselamatan pula, selain data di dalam PADU itu disulitkan (encypted), ciri-ciri keselamatan lain juga turut diwujudkan seperti pematuhan ciri-ciri keselamatan menepati piawaian antarabangsa seperti:


1. OWASP Top 10

2. National Institute of Standard and Technology (NIST)

3. Center for Internet Security (CIS)


Selain keselamatan sistem, tentunya keselamatan rangkaian juga perlu diambil berat. PADU mengawal keselamatan rangkaian dengan mewujudkan:


1. Firewall

2. Sistem pengesanan dan pencegahan pencerobohan

3. audit trail

4. geo-fencing (menghalang akses luar negara)


Sebarang kenyataan tentang pencerobohan sistem PADU (Pangkalan Data Utama) adalah tidak benar dan tidak berfakta.

Jangan percaya sebarang khabar angin. Dapatkan maklumat sahih menerusi laman media sosial Kementerian Ekonomi - Laman Rasmi atau di PADU Official.


Tarikh tutup mendaftar dan mengemas kini PADU adalah 31 Mac 2024. Jangan tunggu hingga saat akhir.


Layari padu.gov.my sekarang.



MARI FAHAMI SUAPAN SUAPAN JANA WIBAWA!


            Zunar Cartoonist Fan Club


Skandal Jana Wibawa lebih besar dari ini, tetapi yang dipaparkan adalah yang dibawa ke mahkamah, termasuk yang sedang dibicara di mahkamah sekarang. SELAMAT MEMAHAMI...

#janawibawa



KEH.. KEH.. KEH..


Nasrul Hishcamp


Beli kicap 4 ringgit kat melayu, Projek juta bagi kat cina. Sakau wibawa.




NAK LIHAT NEGARA KITA HANCUR DENGAN API PERKAUMAN?








 Setelah gagal menebuk atap, mereka cuba karamkan kapal.


Mereka cuba tebuk lantai supaya bocor.


Komen-komen tiga belas Mei pun dah mula nampak.


Tolong ss share dalam komen ni.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



Alhamdulillah PBB lulus usul gencatan senjata dalam perang Gaza-Israel.







Amerika yang sering membela Israel dan memveto segala keputusan PBB kali ini tidak bertindak begitu.


Saya melihat ini sebagai salah satu usaha PMX Anwar Ibrahim yang secara berterusan dengan lantang dan lancar bercakap kepada pemimpin dunia seperti di persidangan agung PBB, dihadapan Presiden Amerika dan Canselor German.


Kelebihan Anwar ialah mampu berhujah dengan baik sehingga media barat tidak mampu untuk memutarbelitkan kenyataan tersebut.


Alhamdulillah tahniah kepada semua pihak terlibat dan kita tunggu pula perlaksanaan kepada usul PBB ini.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 (Pasir Mas) kena 𝗸𝗶𝘁𝗮𝗶 macam tu je dengan 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶.


Konon nak tunjuk bijak la. Dia cakap tak ramai orang bukan Melayu yang berdaftar dengan 𝗣𝗔𝗗𝗨. Maka dia kata itu menunjukkan ada 𝘵𝘳𝘶𝘴𝘵 𝘥𝘦𝘧𝘪𝘤𝘪𝘵 atau rasa tidak percaya kaum bukan Melayu terhadap kerajaan.


Tapi jawapan Rafizi memang 𝗽𝗮𝗱𝘂 la. Kalau kurangnya orang bukan Melayu mendaftar PADU itu dikira 𝘵𝘳𝘶𝘴𝘵 𝘥𝘦𝘧𝘪𝘤𝘪𝘳, bermakna rakyat negeri-negeri Melayu yang ramai mendaftar itu 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 la kan?


Eh bangun pulak budak mentah tu. Cakap tak ada kena mengena dengan politik. Dah kalau tak kena mengena, kenapa awal-awal dia yang sibuk kata 𝘵𝘳𝘶𝘴𝘵 𝘥𝘦𝘧𝘪𝘤𝘪𝘵 tu? Kan nampak dah dia memang 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝘁 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸.


Masalah lebai ni, dia ingat semua orang bodoh macam walaun dia. Boleh nak putar belit sesuka hati. Alahai 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻. Layaknya jadi 𝗻𝗼𝗷𝗮 je. Langsung tak ada tokoh jadi wakil rakyat. Lemah! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MAHAI BETOI SEPINGGAN NASI

 


Aku tak jumpa berita oleh 𝗕𝗛 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 ni. Tapi bukan berita tu aku nak ulas. Sebaliknya posting ni.


Nampak gaya penulis tu tak setuju bila disebut yang harga sepinggan nasi cuma 38 sen. Alasannya 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸. Jadi memang ada kos-kos lain. Dan tak salah pun hujahnya itu.


Tapi isu yang diutarakan dalam berita ini ialah harga jualan sepinggan nasi mencecah hingga RM3.50! Kan 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗻𝗮𝘀𝗮𝗯𝗮𝗵 tu. Itu masalahnya.


Memanglah masak tu ada kos gas, kos air, gaji pekerja dan lain-lain seperti sewa kedai. Tapi takkanlah ambil untung 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗥𝗠3 𝘀𝗲𝗽𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻?


Kalau jual RM1 tak boleh? Atau RM1.20? Atau paling tinggi pun RM1.50. Masalah di sini bukan sebab harga mahal tapi sebab 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗽𝗮𝘂.


Kalau kata kena jual mahal baru boleh 𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳 kos, takkan meniaga cuma dapat jual 10 𝗽𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶? Kalau begitu, maknanya tak sedap la ko masak. Baik jangan meniaga macam tu.


Bukan nak tolak alasan kos tambahan. Cuma jangan sampai cekik darah begini. Siap ada komen yang kata nak tengok orang yang tulis berita ni berniaga kedai makan. Langsung 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮.


Tapi yang paling seronok, peniaga tamak tapi walaun tetap 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Padahal harga mula mahal masa lebai duduk dalam kerajaan.


Bila Kerajaan Perpaduan ambil alih, harga beberapa barangan asas turun pun tetap peniaga 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 harga barang. Yang itu walaun tak mahu cerita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CIRI CIRI KHAWARIJ


Jamzuri Ardani


Doa laknat sesama muslim atas perkara politik ... ciri-ciri neo khawarij.




Hentikan dan semak semula pindaan undang-undang kewarganegaraan regresif

 


Stateless children in Malaysia - EPA/AL JAZEERA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Aliran mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk pindaan perlembagaan bagi memperbetulkan ketidakadilan jantina yang berlarutan dan memberikan hak sama kepada ibu-ibu Malaysia untuk memberi kewarganegaraan secara automatik kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Kami juga berasa lega bahawa dua daripada lima pindaan kewarganegaraan yang dicadangkan tetapi regresif, yang akan menjejaskan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang dilahirkan di Malaysia, telah dibatalkan.

Walau bagaimanapun, Aliran tetap bimbang dengan tiga pindaan perlembagaan yang masih regresif yang akan menjejaskan anak-anak penduduk tetap, pemohon kewarganegaraan antara 18 hingga 21 tahun, dan isteri-isteri asing.

Penghapusan hak kewarganegaraan automatik bagi anak-anak penduduk tetap akan memberi kesan kepada bayi-bayi yang ditinggalkan dan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, termasuk anak-anak Orang Asli, Orang Asal dan pemegang kad pengenalan merah yang tidak mempunyai tempat lain kecuali Malaysia.

Kami juga bimbang tentang cadangan untuk mengurangkan had umur untuk permohonan kewarganegaraan dari 21 kepada 18, padahal adalah diketahui bahawa cabaran prosedur dan pentadbiran yang menyebabkan kelewatan dan kesukaran dalam kehidupan masyarakat seharusnya diselesaikan terlebih dahulu.

Kami juga bimbang bahawa pindaan ini akan mengikat wanita asing dalam perkahwinan yang menganiaya selama dua tahun dari tarikh kewarganegaraan (berbeza dengan sebelumnya, iaitu dua tahun dari tarikh perkahwinan) kerana takut mereka akan menjadi tanpa kewarganegaraan jika perkahwinan itu berkecai.

Tidak jelas mengapa pindaan yang tidak bermakna ini dicadangkan pada mulanya. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Badan Peguam Malaysia, dan sejumlah kumpulan masyarakat sivil, termasuk Gabungan Hak Kewarganegaraan Malaysia (MCRA), dan individu telah menyoroti kembali pindaan-pindaan ini sebagai pindaan yang sangat regresif apabila niat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi jelas.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

READ MORE:  Government must not table regressive amendments to citizenship laws

 

Mengapa kerajaan Madani memulakan langkah pindaan yang regresif, walhal moto “Madani” kerajaan bertujuan untuk menegakkan nilai-nilai murni seperti belas kasihan dan kesantunan? Apakah sebenarnya motif di sebalik agenda ini?

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa pindaan yang dicadangkan kepada Perlembagaan perlu difikirkan dengan baik. Yang paling penting, ia harus memastikan bahawa pindaan-pindaan ini tidak akan menimbulkan lebih banyak kesukaran kepada golongan yang rentan, terutamanya kanak-kanak.

Aliran menyeru kerajaan untuk hanya membawa pindaan kewarganegaraan yang progresif yang akan membenarkan anak-anak yang dilahirkan di luar negara daripada wanita Malaysia dengan pasangan asing untuk layak mendapat kewarganegaraan, sementara menangguhkan dan meneliti semula pindaan-pindaan regresif lain.

Kami menggesa kerajaan untuk melakukan kajian yang teliti, mendalam dan berasaskan bukti dengan semua pihak berkepentingan berkenaan bahagian-bahagian regresif pindaan-pindaan ini.

Hentikan dan semak semula pindaan-pindaan regresif ini.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
25 Mac 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.