𝗣𝗔𝗗𝗨 - 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗙𝗕 𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜




Zus Din


Tak mahu daftar PADU kerana risaukan aspek keselamatan?

Setakat ini, terdapat 2 juta cubaan memecah masuk ke sistem PADU secara purata sehari, tetapi semuanya dapat dipatahkan.


Pasukan pembangunan sistem PADU yang diketuai oleh Jabatan Digital Negara (dulu dikenali sebagai MAMPU), bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi keselamatan siber dan privasi data negara.

Agensi-agensi tersebut adalah:


1. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO)

2. Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA)

3. CyberSecurity Malaysia (CSM)

4. Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)

5. Kementerian Komunikasi

6. Kementerian Digital


Bagaimana dengan sistem PADU itu sendiri?


Dari segi keselamatan pula, selain data di dalam PADU itu disulitkan (encypted), ciri-ciri keselamatan lain juga turut diwujudkan seperti pematuhan ciri-ciri keselamatan menepati piawaian antarabangsa seperti:


1. OWASP Top 10

2. National Institute of Standard and Technology (NIST)

3. Center for Internet Security (CIS)


Selain keselamatan sistem, tentunya keselamatan rangkaian juga perlu diambil berat. PADU mengawal keselamatan rangkaian dengan mewujudkan:


1. Firewall

2. Sistem pengesanan dan pencegahan pencerobohan

3. audit trail

4. geo-fencing (menghalang akses luar negara)


Sebarang kenyataan tentang pencerobohan sistem PADU (Pangkalan Data Utama) adalah tidak benar dan tidak berfakta.

Jangan percaya sebarang khabar angin. Dapatkan maklumat sahih menerusi laman media sosial Kementerian Ekonomi - Laman Rasmi atau di PADU Official.


Tarikh tutup mendaftar dan mengemas kini PADU adalah 31 Mac 2024. Jangan tunggu hingga saat akhir.


Layari padu.gov.my sekarang.



No comments: