Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda

 

Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda

57.1% anak muda menjawab dengan betul mengenai bilangan kerusi Parlimen Malaysia sebanyak 222.

Saluran media paling utama anak muda untuk berkongsi dan mendapat input berkaitan politik ialah: (Arahan: Pilih 2 saluran media paling utama)

a) Instagram – 54.5%

b) Twitter – 52.3%

c) TikTok – 42.3%

d) Facebook – 34.1%

e) Youtube – 17.1%

f) Lain-lain: TV, Google, Whatsapp

Akhbar terpenting yang menjadi sumber utama anak muda untuk mengetahui isu- isu politik Malaysia:

a) AstroAwani – 24.5%

b) Berita Harian – 23%

c) Malaysiakini – 15.3%

d) Tiada kerana tidak berminat dengan politik – 13.8%

e) Utusan Malaysia – 6.7%

f) New Straits Times – 6.4%

g) Free Malaysia Today – 5.3%

h) Lain-lain bacaan – 4.1%

i) HarakahDaily – 0.9%

Sikap anak muda pada hari pengundian:

a) 67.5% akan turun mengundi walau dalam apa jua keadaan

b) 11% tidak turun mengundi jika hari pengudian pada hari kuliah/pembelajaran

c) 9.1% tidak turun mengundi jika jarak pusat mengundi jauh

d) 5.7% tidak turun mengundi jika masalah cuaca (banjir/hujan berpanjangan)

e) 4.5% tidak minat mengundi kerana bosan dengan permainan politik,

perebutan kuasa, dan lain-lain

f) 2.3% tidak layak mengundi

———————————————————————————

Naratif Politik Anak Muda

60% anak muda setuju/sangat setuju bahawa mereka tidak wajar terpengaruh dengan mana-mana parti politik veteran di Malaysia. Manakala 40% anak muda kurang setuju/tidak setuju.

46.3% anak muda setuju/sangat setuju bahawa mereka perlu mempunyai parti politik sendiri yang terpisah daripada sayap pemuda parti-parti politik veteran, manakala 53.8% anak muda kurang setuju/tidak setuju.

81.1% anak muda tidak terpengaruh dengan pendirian politik ibu bapa/keluarga mereka, manakala 18.9% adalah sebaliknya.

80.4% anak muda akan meneliti ketepatan sesuatu berita politik terlebih dahulu sebelum mempercayai dan menyebarkan berita tersebut, manakala 17.5% hanya kadang-kadang melakukannya, dan terdapat 2.2% tidak melakukannya.

80.5% undian anak muda lebih berdasarkan kepada calon, manakala 19.5% sahaja berdasarkan parti atau gabungan parti.

Anak muda paling menggemari budaya politik yang menekankan keprihatinan terhadap rakyat (38.5%), disusuli menekankan agenda kestabilan negara (19.6%), mendaulatkan kepentingan agama dan bangsa (16.6%), mendukung suara anak muda (13.5%), membawa agenda reformasi (11.3%), dan lain-lain (0.5%).

Anak muda paling benci calon atau pemimpin politik yang terjebak dengan korupsi dan rasuah (59.3%), sentimen perkauman yang menebal (26.6%), pemimpin yang menghina, memfitnah atau memburukkan pemimpin parti lain (7.3%), yang pilih kasih dan mengamalkan kronisme (3.7%), dan pemimpin lompat parti (3.1%).

96% anak muda setuju/sangat setuju bahawa setiap parti/gabungan parti perlu mengisytiharkan sumber dana politik mereka sebelum PRU-15 bagi menjamin ketelusan dalam berkempen, manakala hanya 4% anak muda berpendirian sebaliknya.

 

BN DAN PN MASIH BELUM MAMPU LETAK CALON

 

BN DAN PN MASIH BELUM MAMPU LETAK CALON


NORMAN RADZUAN


Ketika ini PH mendahalui berbanding BN & PN

MOMENTUM 2018 SUDAH MENCAPAI 70%…

Bila melihat foto2 di seluruh negara kempen PH… jelas PH kini sudah mendapat 70% momentum apa yg berlaku pada 2018. Di mana2 pentas ceramah PH penuh rakyat ingin mendengar apa yg ingin disampaikan oleh pimpinan.

Berbanding dgn BN, mereka masih bergolak dlm menentukan calon. Ugut mengugut berlaku jika tidak dicalonkan. Seperti kata Rafizi BN sebenarnya menyesal meminta perbubaran Parlimen kerana mereka sendiri sebenarnya belum cukup bersedia dan tertipu dgn jumlah peratusan undi di PRN Johor.

PN agak perlahan dan masih berlegar menentukan calon2. Mereka juga masih belum memutuskan bendera parti yg patut digunakan di beberapa negeri. Berbanding Bersatu, PAS nampak jauh lebih bersedia kerana jentera parti mereka yg wala.

Apapun keduanya masih gagal istiharkan calon2 mereka. GTA pula tak perlu dibicarakan, anggaplah mereka sekadar ingin menderma wang kpd SPR.

Berbanding dgn PH telah ke sana sini berkempen. Insyallah jika kita semua bekerja kuat lagi utk mencapai 85% momentum 2018… kita akn mampu mendapat 90 kerusi Parlimen.

Tidak mengapalah jika kalian mungkin kekangan kerja utk bersama sama turun ke lapangan, yg penting memastikan anak2 kalian keluar mengundi.

Jika kita mendapat memastikan 50% daripada 6 juta pengundi muda keluar mengundi peluang kita lebih cerah. Jika kalian memastikan pengundi2 atas pagar keluar mengundi Insyallah PH akn menguasai parlimen di Semenanjung.

Ia bukan sekadar soal menang… ia soal utk menghentikan wang rakyat terus dirompak. Kenapa kita perlu kerahkan anak2 muda. Ia berdasarkan kaji selidik data Mahasiswa UM

Demografi (Terkini)

1. Jantina:

a) Lelaki – 44%, b) Perempuan – 56%

2. Etnik:

a) Melayu – 68.6%, b) Cina – 20.6%, c) India – 6.3%, d) Lain-lain – 4.5%

3. Fakulti:

18 Fakulti/Akademi/Pusat dengan 6%-8% responden

4. Negeri Tempat Mengundi:

14 buah negeri, 3 negeri yang tertinggi: Selangor (25.7%), Johor (12.9%), WP Kuala Lumpur/Putrajaya 9%z

5. Lokaliti Tempat Mengundi:

a) Bandar (61.4%), b) Pinggir Bandar (22.8%), c) Perkampungan (13.7%), d) Pedalaman (2.1%)

 

PARTI YANG TIADA HALA TUJU

 

PEJUANG YANG JIWANG

2 posting sebelum ni saya kritik DAP dan PAS. Posting yang ni untuk Pejuang pula.

Pejuang ni senang cerita, satu parti splinter. Penyokongnya ada 2 jenis. Satu bahagian yang taksub Tun M. Satu lagi set penyokong yang tiada tempat di UMNO dan BERSATU. Mereka cari wadah baru.

Pada saya, tak nampak Pejuang ni ada hala tuju. MP nya ada 4: Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu dan Sri Gading. Dengan hanya berempat mereka tahu mereka tak kuat.

Makanya cadangan bergabung dengan NGO dan profesional dibuat. Dinamakan Gerakan Tanah Air. Tapi disebabkan PRU awal, makanya semua tak sempat. Nak naikkan nama GTA pun tak terbuat.

Tun M memerintah Malaysia 22 tahun dan 22 bulan. Satu tempoh lama dan beliau pemimpin dinosaur paling tua. Pejuang dan GTA pada saya, hanya platform dia memanjangkan karier. Pada dia, dia perlu berjuang hingga hujung nyawa.

Ramai Melayu sentimental dengan beliau. Malaysia berdaya maju sampai digelar Tiger of Asia. Namun banyak juga kesilapan yang dia buat. UMNO mula jatuh masa beliau di atas. Budaya wang dan kronism di bawah hidung. Tak dibendung.

Tun M juga banyak buat kesilapan masa 22 bulan. Letak jawatan tanpa berbincang. Keputusan flip flop dia pasal keluar Kerajaan. Lantikan politik yang dibuat. To me, maaf cakap, he lost it already. Tak seperti dulu lagi.

Kita hormat dia, tapi we have to call spade a spade.

Pejuang adalah personality cult Tun Mahathir Mohamad. Tanpa dia mereka akan tenggelam.

Sekarang hingga saat akhir tiada lagi gabungan yang boleh menerima mereka. Makanya eloklah dipilih lesser evil. Beri sokongan kepada mereka yang sepatutnya memerintah pula. Sebab nak harapkan diri sendiri dah tak punya kuasa.

Kalau betul kisah mengenai negara, itu yang wajar dibuat segera. Kalau tak dibuat, rakyat percaya apa pun percaturan selepas ini, hanya untuk survival.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

NB- selepas ini 2 posting akan menyusul. “PKR YANG BERCAKAR” dan “BERSATU YANG MEMBATU”. Lepas tu, kita buat posting Wrap up. Tunggu…

 

TERBAIK UCAPAN RAFIZI RAMLI YANG SANGAT MENAIKKAN SEMANGAT KEPADA PENDUKUNG REFORMASI!! DAN GELOMBANG RAKYAT BANGKIT SEMAKINMENINGKAT UNTUK MENOLAK UMNO, PAS DAN BERSATU!!

SIAPA SEBENARNYA PENGKIANAT?

 SIAPA SEBENARNYA PENGKIANAT?


Saya tidak suka DAP.

Saya tidak sokong DAP.


Hasrat DAP mahu rampas Malaysia ... Betul

Hasrat DAP mahu hapus melayu Islam ... Betul.


Tetapi ...


✅Siapa yang mula anugerah kerakyatan otomatik kepada 1 juta orang cina?


✅Siapa yang setuju, sokong dan bantu ujudkan sekolah aliran cina untuk ujudkan perpecahan kaum?


✅Siapa yang anugerah tanah-tanah, bukit bukau, pulau dan laut  kepada orang cina?


✅Siapa yang jual projek-projek kerajaan kepada peniaga cina?


✅Siapa yang luluskan beribu2 ekar tanah dan lesen judi di Negeri Genting Highland?


✅Siapa yang luluskan lesen-lesen judi lain yang bersepah di Malaysia?


✅Siapa yang luluskan lesen-lesen arak dan pergi rasmikan kilang?


✅Siapa yang berpakat dengan anak cina tipu kerajaan, hutang berbilion untuk samun guna 1MDB?


✅Siapa yang luluskan segala jenis lesen, AP dan sebagainya dan diserahkan kepada peniaga cina?


✅Siapa yang serah Singapore kepada cina?


SEMUA INI KERJA DAP?

SALAH DAP?


✅Cukup-cukup main isu perkauman.

✅Sudah-sudah lah takut-takutkan kononnya orang melayu dan Islam akan terhapus.

✅ Cukup-cukup lah takut-takutkan orang melayu dengan bayang-bayang DAP.


DAP atau apa bangsa pun tidak boleh rampas negara ini kalau melayu masih bersatu dan "melayu tidak tipu melayu".


Terima lah hakikat bahawa kita perlu hidup bersama-sama dengan semua bangsa. Kita saling memerlukan antara satu sama lain supaya negara aman damai dan maju. 


HAPUSKAN ORANG-ORANG UMNO/BN DAN PAS YANG TERLALU EXTREM SEKARANG INI.

PEMIMPIN DAN MASYARAKAT PERLU DIDIDIK....NAK KATA TAK SEKOLAH...

 MELAYU DAP 


Ada Otai UMNO pernah bgtau saya. Kalau nak masuk politik, masuk DAP. Senang nak menang. Mereka pun nak muka Melayu dalam parti. 


Ada yang lebih wisdom sikit cakap, DAP sekarang ada MP 42 orang, sebagai perbandingan UMNO pula 37. Dalam 42 orang MP DAP tu hanya 1 orang saja Melayu. Makanya kalau DAP nak hilangkan identiti parti untuk kaum Cina saja. Mereka kena lebih terbuka. Terima lebih ramai Melayu. 


Little bird bagtau, line up DAP PRU15 ada banyak muka Melayu. Rara bertanding di Bentong, Syahredzan di Bangi dan Zulhazmi Sharif di Jerai. Ada juga lagi nanti. 


Bagi ramai orang Melayu, DAP ni dah jadi boogeyman sepanjang zaman. Dari kecil kita dengar mereka ni anti Melayu dan Islam. Walhal, banyak je MCA keluarkan kenyataan bukan2. Tapi sebab geng dengan Kerajaan, kita pejam mata maafkan. 


Tapi DAP pun kadang ada pemimpin nya mulut puaka. Tak tahu sensitiviti. Main tembak untuk mileage politik sendiri. Makanya, jadi peluru berpandu untuk pihak lawan. Itu sebab sampai sekarang ramai Melayu allergic. 


Namun, banyak benda yang dibuat dah bukan seperti dulu. Mereka dah umum mengangkat Perlembagaan Persekutuan. Ada ramai pemimpin yang sungguh2 buat kerja untuk rakyat. Setiausaha Agongnya pun fasih berbahasa. Tapi masih ramai lagi yang skeptikal. 


Pada saya, DAP takkan diterima, selagi retorik kaum diguna. Pemimpin mulut takde insurans seperti Ramasamy dan Ronnie Liu perlu didisplinkan. Free2 bagi point pada lawan. 


Satu lagi yang sensitive, iaitu kurang pengiktirafan kepada kaum majoriti dalam parti. Lineup teratasnya hanya satu kaum. Non Chinese hanya ada 2-3. Melayu yang masuk dilihat dari luar hanya boneka. 


Makanya, ngomel saya di atas tunjukkan, saya tak boleh masuk DAP. Akan jadi maverick. Banyak benda nanti akan buat saya tercekik. 


Politik ni kalau nak masuk kena menang, kata mereka. Tapi kalau partinya tak kena dengan jiwa, tak boleh juga. Lebih baik jadi #teamrakyat saja. 


Satu lagi nak tambah, jangan la jolok polemik minority control majority. Macam kejadian Prime Minister di UK. Walaupun kita tahu ada pemimpin DAP guna itu sebagai modal politik semata2. Nak dekat pilihanraya. 


UK tunggu beratus tahun untuk berlaku itu semua. Kita pula baru 65 tahun merdeka. Perlu belajar menerima. Kaum majoriti masih mengawal lanskap politik Malaysia. Kena tahu juga bagaimana nak jaga hati mereka. Bukan semborono sahaja. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



PAS YANG MELEPAS

 PAS YANG MELEPAS


Semalam saya buat posting kritik DAP dan pemimpinnya. Hari ni, posting saya mengenai PAS pula. 


Dulu kalau bercakap mengenai PAS, satu yang saya adore. TG Nik Aziz. Orangnya kental dalam politik. Prinsipnya kekal hingga akhir hayat. Walau pun seteru utamanya UMNO, tapi dia magnanimous. Akhirnya dia puji dan iktiraf Tun M dan DS Anwar. Menunjukkan punya besar jiwa beliau. 


Sampai ke akhir hayat, tiada pengiktirafan Tan Sri / Tun dibuat kepada Tuan Guru. Padahal beliau sgt layak. Lain pula Presiden sekarang. Apa yang dia buat untuk dapat level Tan Sri, saya tak faham. Amanat Haji Hadi masih lagi difatwakan haram.


Itu beza orang nombor satu PAS dulu dan sekarang. PAS sekarang ialah the main political animal dalam lanskap politik negara. Hampir semua parti dalam Malaysia mereka telah jadikan partner sebantal. PAS dah merasa jadi Pembangkang dan Kerajaan. 


Menteri PAS pula adalah Menteri yang paling tak perform dalam Kerajaan Persekutuan. Culture shock dapat jawatan pun ada. Ada yang bangga naik Velfire. Ada yang nikah senyap 2-3. 


Kak Melah naik jadi Menteri pula jadi kucing manja, padahal dulu macam singa betina. Tiada apa pun yang boleh dibanggakan pencapaian mereka. RUU 355 dan Hudud pun kita sedar hanya lip service saja. Nak kasi stim penyokong taksub mereka. 


Tapi PAS di Terengganu lain cerita. Ia dipimpin oleh professional. Menteri Besar dan EXCO nya golongan bijak pandai. Integriti intact lagi. Takde kes rasuah dibunyi. Makanya, lihat pembangunan Terengganu mereka dah pintas banyak negeri lain. 


Tapi PAS di Kedah lain pula. MB yang naik orang pandang seperti joker. Data2 yang diberi bagai dipluck2 saja. Lain betul dengan MB Terengganu. Itu beza negeri yang dipimpin oleh Profesional dan polistisyen. Kita boleh lihat dan nilai. Itu sebab saya cakap tengok calon dulu baru parti.  


Pada saya, PAS hadapi isu yang sama dengan Parti lain. Pemimpin dinosaur masih menguasai. Presiden PAS ni sgt political animal. Apa pun dibuat ialah untuk PAS tambah berkuasa. Kerja dia ialah pastikan setiap tahun PAS tambah pengaruh politically. Bukan saja negeri tapi di peringkat Persekutuan juga. 


Kerana pada saya, taktik dia ialah nak Malaysia ini jadi PAS yang punya. Senang nak convert jadi negara Islam konservatif macam Afghanistan, negara idola dia. Ini sangat bahaya. Kerana hakikatnya kita negara multi racial. 


Di Indonesia, telah dibuat depolitasi agama. Maknanya Pertubuhan Agama tidak boleh masuk arena politik. Tambah guna nama agama sendiri. Di Malaysia, Parti Agamanya makin kuat dengan niat nak memerintah Negara. We are regressing indeed. 


Untuk PAS jadi relevan. Ketahuilah, Hadi Awang ialah liabiliti kepada negara. Tukarlah set yang muda pula. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki


MACAI OH MACAI...MEMANG SUSAH NAK AJAR SEBAB LEMAH MINDA.

 

Ada sorang tadi komen di post aku sebelum ini. Katanya DS Anwar pernah kata Mahathir boleh jadi PM selama mana Mahathir hendak. Itu bermakna yang DS Anwar pak turut.


Aku pasti yang tulis tu machai. Tapi tak tahu kalau mahachai pun mungkin juga . Yang pasti orangnya tak matang dan tak cerdik berpolitik.


Itulah yang dinamakan pengorbanan. Aku pernah ulas sebelum ini. DS Anwar rela tak jadi PM waktu itu asalkan PH dapat memelihara kemenangan yang sukar diperolehi itu.


Sepatutnya tindakan DS Anwar itu menutup mulut mereka yang menuduh DS Anwar gila kuasa. Mana mungkin orang gila kuasa rela lepaskan peluang untuk mendapat kuasa.


Yang gila kuasa tu orang yang sanggup mungkir janji, sanggup khianat demi untuk terus memegang kuasa dan menongkat bumi.


Aku juga pernah baca komen di sebuah artikel yang mana DS Anwar menceritakan yang beliau tahu tentang rancangan Langkah Sheraton enam bulan sebelum kejahatan itu berlaku.


Maka ramailah yang persoal kenapa DS Anwar tak berbuat sesuatu kalau dah tahu. Itu, yang DS Anwar kata tak akan tuntut jawatan PM tu, bukan beliau dah lakukan sesuatu ke?


Nak DS Anwar buat apa? Kecoh di media massa? Pergi maki Mahathir? DS Anwar bukan orang yang begitu. Beliau lebih mahu melihat PH dipertahankan daripada menjadi PM.


Itu sebab aku berani kata DS Anwar orang yang paling tepat untuk menyelamatkan Malaysia. Sikap beliau yang tidak mementingkan diri adalah antara nilai paling penting pada seorang pemimpin.


Tiba machai separuh masak ni boleh pusing cerita pulak kata DS Anwar pak turut. Aku tak layan. Terus block & delete komen dia. Tak payah buang masa dengan orang yang tak mahu terima fakta. Guane boh?


Raja Gelap


PH pertaruh bekas pegawai kanan SPRM di kampung Sanusi



Bekas timbalan ketua pesuruhjaya SPRM, Latipah Md Yatim akan
 bertanding di Sik atas tiket Amanah. (Gambar Bernama)

SUNGAI PETANI: Pakatan Harapan (PH) mencalonkan bekas pegawai kanan anti-rasuah, Latipah Md Yatim di kerusi Parlimen Sik, Kedah.

Latipah ialah bekas timbalan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta bekas pengarah badan anti-rasuah itu di Sabah dan Pulau Pinang.

Latipah akan bertanding di bawah tiket Amanah di Sik, yang secara tradisinya menyaksikan saingan sengit antara PAS dan Barisan Nasional.

Sik ialah kampung halaman pemimpin PAS negeri dan menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor.

Calon DAP, Zulhazmi Shariff pula akan bertanding di kerusi Jerai, kubu kuat Umno yang dimenangi PAS pada 2018 dengan majoriti tipis 539 undi.

Ketua PH Kedah, Mahfuz Omar daripada Amanah akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala rakannya dari Amanah, Johari Abdullah diletakkan di Parlimen Baling.

Secara keseluruhan, PKR akan meletakkan sembilan calon seperti yang diumumkan semalam, Amanah (empat) dan DAP (satu).

Calon PH untuk kerusi Parlimen Langkawi akan diumumkan esok.

Berikut senarai penuh calon PH di Kedah:

  • Jerlun – Fadzil Ali (PKR)
  • Kubang Pasu – Aizuddin Ariffin (PKR)
  • Padang Terap – Moaz Abdullah (Amanah)
  • Pokok Sena – Mahfuz Omar (Amanah)
  • Alor Setar – Simon Ooi (PKR)
  • Kuala Kedah – Dr Azman Ismail (PKR)
  • Pendang – Zulkifly Mohamad (PKR)
  • Jerai – Zulhazmi Shariff (DAP)
  • Sik – Latipah Md Yatim (Amanah)
  • Merbok – Azrina Surip (PKR)
  • Sungai Petani – Dr Taufiq Johari (PKR)
  • Baling – Johari Abdullah (Amanah)
  • Padang Serai – M Karupaiya (PKR)
  • Kulim-Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
  • Langkawi – akan diumumkan esok

KALI NI KITA UBAH LAGI.


 

JOM PILIH ANWAR


 

TELOQ PUN TAK MAMPU NAK JAGA


 

PASKENCING


 

PULAU BATU PUTEH

 

PULAU  BATU  PUTEH

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Sabtu  -  22/10/22

( 1 -  26 )

 

 

1.   RUMAH  DAH  

      SIAP ,  PAHAT

      MASEH 

      BERBUNYI  LAGI

 

pepatah  lama  ini  maseh  digunakan  sehingga  kehari  ini

 

2.   Isu Terumbu  Karang  atau  Middle  Rocks  yang  diberikan haknya  kepada  Malaysia  dan  Tubir  Selatan  atau  South  Ledge yang  diputuskan  dibangunkan  bersama , Malaysia dan  Singapura  oleh  Mahkamah  Keadilan  Antarabangsa  atau  International  Court  of Justice  ( ICJ )  tidak  di sentuh  dalam  artikel  ini lagi pun  Kerajaan  sendiri  memilih  untuk  berdiam diri

 

3.  Pasukan  Khas  Pulau  Batu Puteh   yang  diketuai  oleh  Apandi Ali membuat  kesimpulan  KONON NYA   Tun Dr. Mahathir  selaku  Perdana  Menteri  kali ke2  telah  'CUAI'  apabila  Kerajaan  PH pada  masa itu  enggan memohon 'Semakan Semula'  atau  'Review'  kes  tersebut

 

4.  Samada Tun sebagai  Perdana  Menteri seorang  sahaja  yang  dipertanggung jawabkan  atau  Kabinet pada masa itu  dituduh  sedangkan ia   adalah   'Collective  Responsibility'  

 

5.  Samada  Kerajaan  Ismail  Sabri  mempunyai hak  menyuntuh  perkara  tersebut  secara  umum  menjelang  PRU  yang  akan  datang ,  itu  terserahlah  kepada  para  peguam  memberi  pandapat  masing - masing

 

6.  Disertakan  pendapat Peguam  Hanif Khatri  berhubung  isu  tersebut  sebagai  panduan  kita  bersama

 

7.   Oleh kerana  isu ini telah  dibangkitkan  oleh Sultan Johor ketika  meresmikan  Sidang Dewan Negeri Johor , maka  tidak  salah  rakyat  tahu  siapa   sebenarnya   yang  bertanggung jawab  'MENGADAIKAN'   Pulau  Batu  Puteh  atau  lebih  dikenali  di Peringkat  Antarabangsa  sebagai  Pedra Branca  kepada  Singapura

 

8.   Realitinya  pada  21hb September  1953  Dato M  Seth  Saaid  , Pemangku  Setiausaha Kerajaan  Negeri  Johor  atau  Acting  State  Secretary Johor  menghantar surat  kepada  Setiausaha  Koloni ,  Singapura  atau  Colonial  Secretary , Singapore    menyatakan :

 

'this is to inform  you,  the Johore  Government  DOES  NOT  CLAIM  the  ownership  of Pedra  Branca' 

 

dalam Bahasa Melayu  atau bahasa 'Bangsa  Johor' :

 

'adalah  dimaklumkan  Kerajaan  Johor TIDAK  MENUNTUT  kepunyaan  Pedra  Branca'

 

9.  APA  MAKSUD  ISI  KANDUNGAN  SURAT  TERSEBUT ,  DAN  BERANIKAH  PEMANGKU  SETIAUSAHA  KERAJAAN  NEGERI  JOHOR  MENGELUARKAN  SURAT  TERSEBUT  TANPA  PERSETUJUAAN  SULTAN   TERLEBIH  DAHULU

 

10.   Sultan  Johor dan  Seluruh Daerah  TERMASUK  Pulau  Batu  Puteh  ketika itu  ialah  Sir Ibrahim  bin Abu Bakar  ;  salah  seorang  isteri  tersayang  beliau  ialah Lady Marcella  seorang rakyat biasa Inggeris

 

11.  Sebab utama  Malaysia  GAGAL memiliki  Pulau tersebut  yang luasnya  sebesar  padang bola , apabila  Singapura  mengemukakan  surat asal tersebut

 

12.  Pada tahun 1851 Kerajaan  Inggeris  telah  membina Rumah Api  atau Light House  disana yang  dinamakan Rumah Api  Horsburg

 

13.  Perlu dinyatakan  SEBELUM  Perbicaraan  di The Hague kedua - dua  negara , Malaysia  dan Singapura  BERJANJI  menerima  sebarang  keputusan    TANPA  membangkitkan nya lagi

 

14.  Bukan kah kita  kaya  dan  berbangga  dengan  berbagai  pepatah tetapi kita  lupa ?

 

KERBAU  DIPEGANG PADA  TALINYA

MANUSIA  DIPEGANG

PADA  JANJINYA

 

15.  Janji  yang  diucap  MISTI LAH  dikotakan  kerana  harga  diri sesaorang itu  terletak  pada janji nya  lagi pun janji  yang  ditepati  ada lah  kunci  KEPERCAYAAN   DAN  PENGHORMATAN  kepada  yang  menunaikan nya

 

16.  Kadang - kadang  terfikir  apakah  Sultan  Johor  sekarang  yang  membangkitkan  isu tersebut  sedar atau tidak  perbuatan beliau  boleh  membuat  rakyat  khas nya 'Bangsa  Johor'  mencungkil  semula  sejarah

 

17.   Apakah  beliau  sudah  lupa  sejarah  atau  tak tahu cerita  sebenar  yang  dilakukan  oleh  moyang  beliau  yang  kebetulan  punyai  nama serupa ;  beza nya Sultan Ibrahim  dahulu  di beri gelaran  'SIR'  dihadapan nama beliau yang  bertanggung jawab menyerahkan  Pulau  tersebut  kepada  Singapura

 

18.  Umum  yakin  motif utama  beliau  membangkitkan isu ini semula  ialah bagi 'mengenakan'  Tun kerana  mungkin  'membalas  dendam'  keenganan Tun menyembah  dan mencium  tangan beliau  seperti yang  dilakukan  orang  lain  atau /dan  isu  Pindaan Perlembagaan  

 

19.  Perlembagaan TERPAKSA  di pinda ketika itu kerana berbagai  KEKEJAMAN   dilakukan  oleh  bapa Sultan  sekarang TERMASUK  menembak mati  dan  mencederakan  rakyat  yang tidak  dapat mempertahankan  diri

 

20.  Zahid Hamidi  pula beria sangat  mahukan  Ismail  Sabri Yaakub  membuat  pengistiraan berhubung  keputusan Pasukan Khas  Batu Puteh  yang   TIDAK  BERLAKU  ADIL

 

21.  Mungkin Zahid didorong  dengan sogokan  beberapa  biji  motosikal  yang  pernah  dihadiahkan   kepadanya  oleh Sultan Johor  ,  lagi pun ini lah  masa  yang  tepat  'membayar hutang' dan  dalam masa sama  beliau  mendapat  galakan dari sesaorang menyekat  kemaraan  Tun

 

22.   Jalankan lah  siasatan  se adil nya  kerana  kita semua  TIDAK  AKAN  TERLEPAS  DI AKHIRAT   kelak

 

23.  Jika Tun  benar - benar  'lalai'  maka  hukum lah  beliau

 

24.   Jika moyang Ibrahim ,  Sir Ibrahim  Abu  Bakar  salah  MENYERAHKAN  Pulau  tersebut  kepada  Singapura  ,  maka  Parlimen  PERLU  mengisthiarkan  Sir Ibrahim  ada lah seorang  PENGKHIANAT   atau  TRAITOR  yang  memalukan  Negara , Negeri dan 'Bangsa  Johor' 

 

25.    Jangan  cepat  menuding  jari  kerana  akibatnya  bab kata  pepatah :

 

TERLAJAK  PERAHU

BOLEH  BERUNDUR

TERLAJAK  KATA

BURUK  PADAH NYA

 

26.   Semoga kata -  kata  Megat Seri Rama  ,  Laksamana  Bentan  dalam  peristiwa  berdarah  

'Sultan  Mahmud Mangkat Di Julang'  tidak  berulang  lagi :

 

      RAJA  ADIL

      RAJA  DI SEMBAH

      RAJA  ZALIM

      RAJA  

      DI SANGGAH

 

 

Wassalam

Terima Kasih

 

CUBA MOHON PBM DAN SERTAI MEREKA BAGI MELAWAN ARUS

 

Saya tak persoal peluang kepada orang muda, kata Tian Chua





Bekas naib presiden PKR, Tian Chua dalam respons terhadap kenyataan
 Anwar Ibrahim berkata, bekas Ahli Parlimen yang digugurkan
 mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

PETALING JAYA: Bekas naib presiden PKR, Tian Chua menjelaskan beliau bukannya membantah tindakan parti memberi peluang kepada orang muda untuk berkhidmat, sebaliknya mempersoalkan kewajaran menggugurkan Ahli Parlimen mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

“Mereka yang digugurkan sudah lama berkhidmat kepada rakyat dan mempunyai sokongan kukuh akar umbi. Itulah alasan saya. Saya bukannya mengadu mengenai peluang yang diberikan kepada orang muda.

“Saya rasa ada yang mempersoalkan kewajaran menggugurkan mereka yang mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Itu yang dipersoalkan akar umbi,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Anwar Ibrahim terdahulu bahawa keputusan menggugurkan beberapa penyandang kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) perlu bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk bersinar.

Kenyataan Anwar itu bagi menjawab amaran Tian Chua semalam bahawa tindakan PKR menggugurkan beberapa Ahli Parlimen menjelang PRU15 boleh memberi kesan kepada parti itu.

Sebelum ini, Tian Chua dilaporkan berkata, ramai yang kecewa dengan keputusan itu dan “merombak Ahli Parlimen dan kerusi seperti permainan daun terup” boleh memberi kesan kepada akar umbi dan mengecewakan pengundi yang menyokong PKR serta Ahli Parlimen yang dipilih mereka.

Katanya, disebabkan parti tidak mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan berdepan PRU15, muka lama penting untuk meraih kemenangan.

“Apa yang saya katakan tiada kena-mengena dengan tidak memberi golongan muda peluang. Ia juga tiada kaitan dengan menjadi pro-Azmin Ali. Dakwaan mereka yang digugurkan adalah pro-Azmin hanyalah andaian.

“Saya bercakap mengenai rombakan. Muka baharu yang dipilih perlu bekerja keras untuk mengekalkan sokongan akar umbi,” katanya.

ELOK LA CEPAT SIKIT KAU KENA BENAM- CAKAP PANDAI...

 

Isham mungkin tanding di Shah Alam, kerusi ‘tiada orang mahu’




Sumber berkata, Isham Jalil mungkin bertanding di Parlimen Shah Alam, yang disandang Khalid Samad daripada PH sejak 2008.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil mungkin bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam, selepas laporan awal menunjukkan beliau tidak mungkin dicalonkan pada pilihan raya umum ke-15.

Sumber berkata, Isham dipilih untuk bertanding di kerusi yang “tiada orang mahu” kerana ia dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Harapan.

“Ia akan menjadi tugas hampir mustahil untuk memenangi kerusi itu disebabkan majoriti besar pada masa lalu. Ia juga kerusi yang Umno kalah teruk pada PRU lalu,” kata sumber itu.

Parlimen Shah Alam dimenangi Khalid Samad (calon PAS yang kemudian menyertai Amanah) selama tiga penggal sejak 2008, dengan setiap kali menewaskan calon Umno dan PAS dengan majoriti besar.

Kerusi Shah Alam antara 120 kerusi ditandingi Umno dan dianggap antara pertarungan paling sukar yang dihadapi parti itu.

Pada 2018, Khalid meraih 55,949 undi, menewaskan calon Umno (22,100 undi) dan PAS (15,194 undi) dengan majoriti 33,849 undi.

Minggu lalu, Pengerusi BN Selangor, Noh Omar berkata, gabungan itu akan mencalonkan 21 muka baharu di negeri itu.

BN hanya memenangi dua kerusi Parlimen di Selangor pada 2018 – Tanjong Karang (Noh Omar) dan Sabak Bernam (Fasiah Fakeh). Fasiah antara enam Ahli Parlimen Umno yang meninggalkan parti itu pada Disember 2018 untuk menyertai Bersatu.

HARGA MINYAK MASAK MASIH TINGGI BIARPUN TELAH DITURUNKAN


SELEPAS DIKECEWAKAN PH DAN PN, APA KATA MAHATHIR CARI UMNO PULA UNTUK BEKERJASAMA?

 

Kecewa benar Tun Mahathir Mohamad nampaknya bila keinginannya untuk bekerjasama dengan PN ditolak mentah-mentah oleh Mahiaddin Md Yasin.

Sedangkan, Tun Mahathir dipetik sebagai berkata, beliau sanggup melupakan perbuatan khianat Mahiaddin terhadapnya bagi membolehkan GTA dan PN bekerjasama menghadapi PRU15 akan datang.

“Kita fikir takpalah kalau pun dia (pernah) tikam belakang (saya) kerana demi bangsa, negara, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bersama.

“Walaupun dia buat khianat kepada saya, saya boleh lupakan perkara itu.

“Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Mahiaddin tetapi dia jawab dia tak nak kerjasama dengan siapa pun – bukan main sombong,” kata bekas Perdana Menteri itu ketika berucap pada Program Rapat Umum GTA Kedah, di Alor Setar malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi GTA mendakwa, keengganan Mahiaddin bekerjasama itu adalah disebabkan yakin PN boleh memenangi PRU15 tanpa perlu bersama dengan mana-mana pihak dan kerana Pengerusi PN itu masih berminat untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Sebelum penolakan Mahiaddin ini, Anwar lebih awal menolak hasrat dan keinginan Tun Mahathir untuk membawa GTA bekerjasama dengan PH.

Malah, menurut Anwar, tiada keperluan untuk beliau bertemu dengan Tun Mahathir bagi tujuan itu kerana lebih berfaedah baginya berjumpa dengan rakyat pada ketika ini.

Makna kata, malang sungguh perjalanan politik Tun Mahathir bersama GTA dan Pejuang yang dipimpinnya sekarang kerana dua blok utama pencabar BN secara terbuka menolak bekerjasama dengannya.

Maka, apa yang Tun Mahathir perlu lakukan seterusnya?

Oleh kerana PH dan PN sudah menolak untuk bekerjsama dan kalau bergerak sendirian pula tidak mungkin beliau mampu membawa GTA menang walau satu kerusi pun, tiada pilihan lain yang boleh Tun Mahathir lakukan melainkan harus memilih UMNO dan BN sebagai rakan kerjasamanya.

Kalau dengan PH, Tun sanggup menjilat ludah sendiri dan dengan PN pula sanggup melupakan pengkhianatan Mahiaddin, kenapa tidak dengan UMNO dan BN?

Malah jika sebelum PRU14 lalu, Tun Mahathir juga sanggup mencari Anwar hingga ke mahkamah, tentulah tidak mustahil beliau juga boleh tiba-tiba sampai ke WTC untuk mencari Ahmad Zahid Hamidi.

Lagi pun, hanya UMNO dan BN saja pilihan yang tinggal untuk diajak bekerjasama bagi mengelakkan GTA hilang nyawa dalam politik negara.

Tanpa bekerjasama dengan sesiapa, habislah GTA jawabnya, bahkan Langkawi pun mungkin tak mampu dimenangi juga.

Belum terlambat lagi, carilah UMNO dengan segera sebelum tarikh 5 November tiba.

Mana tahu, tiba-tiba UMNO pun turut sedang mencari rakan kerjasama. – ShahbudinHusin 29/10/2022.