PARTI ABAHKAU AKAN MENUNGGING DI MELAKA

 


Mas Ermieyati pilihan baik tapi tak cukup untuk PN menang, kata penganalisis




Imej PN mungkin lebih baik sekiranya pengumuman calon Ketua Menteri Melaka dibuat lebih awal, menurut penganalisis. (Gambar Bernama)

AYER KEROH: Penganalisis melihat keputusan Perikatan Nasional (PN) memilih Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sebagai langkah sia-sia dalam usaha mengubah nasib gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) esok.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura dan Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) memberitahu FMT bahawa mereka percaya PN akan kalah walaupun pemilihan Mas yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan ahli Bersatu sebagai calon terbaik.

Mereka berkata, sesetengah pengundi mungkin menyukai tanggapan bahawa mereka boleh memainkan peranan untuk memilih Ketua Menteri wanita pertama di Malaysia tetapi undi yang diberikan mungkin tidak cukup untuk memberi kemenangan kepada PN.

Oh berkata, Bersatu sendiri tidak “berupaya untuk mendapat banyak undi”.

Oh Ei Sun.

Katanya, imej PN mungkin lebih baik sekiranya pengumuman itu dibuat lebih awal.

“PN sepatutnya mengumumkannya lebih awal kerana ia mungkin membantu gabungan itu mendapat undi daripada pengundi atas pagar di kawasan bandar dan separuh bandar,” katanya.

“Kini mereka sudah terlambat.”

Fauzi berkata, Mas adalah pilihan yang baik dengan mengambil kira rekodnya sebagai timbalan menteri.

Katanya, terdapat lebih banyak sebab untuk pengundi di Tanjung Bidara menyokong beliau dalam pertandingan menentang Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh, yang didakwa menjadi “dalang” di belakang pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

“Ia mungkin memberi sebahagian undi BN kepada PN,” katanya.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

“Keputusan untuk meletakkan calon wanita adalah pilihan baharu untuk Melaka secara keseluruhannya.

“Ini adalah langkah terbaik PN setakat ini menjelang hari penting walaupun saya tidak beranggapan ia cukup untuk menghalang kekalahan PN.”

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Mas semalam. Seorang lagi saingannya ialah Ketua PN Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen.

Pihak lawan mengkritik PN kerana keenganan gabungan itu menamakan calonnya dan ada yang membuat spekulasi bahawa ia disebabkan kebimbangan perkara itu akan mengundang keretakan dalam Bersatu.

KAH..KAH..KAH....CINA DAH KUTUK PAS....KAH..KAH...KAH....KAPIR KUTUK PAS SEBAB PAS MANDOM SOAL ILMU KOMENEH.....

 



Ideologi komunis: Mengata orang, awak yang lebih, Teresa jawab PAS




Teresa Kok berkata, hakikatnya perjudian masih dibenarkan di wilayah dikuasai China iaitu Macau dan kerajaan China hari ini turut menguruskan syarikat loteri.

PETALING JAYA: DAP secara sinis mengucapkan tahniah kepada PAS kerana menggunakan Parti Komunis China sebagai contoh untuk mempertahankan tindakannya menutup kedai nombor ekor di Kedah.

“Baru-baru ini Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menuduh Pakatan Harapan mempromosi ideologi komunis. Sekarang jelas siapa menggunakan ideologi komunis untuk kepentingan diri,” kata Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok.

“Jadi saya ucapkan tahniah kepada PAS, kerana guna langkah Parti Komunis China sebagai rujukan tetapi fakta mereka mengenai perjudian di China tersasar dan tidak kena pada tempat,” kata Teresa.

Kelmarin, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan China mengharamkan perjudian sejak 1949. “Judi dalam China tak boleh, rakyat China berjudi di luar tak boleh,” beliau memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Sanusi membuat kenyataan itu selepas Kamaruzaman memberitahu pengundi Melaka bahawa Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP mempromosi ideologi komunis.

Teresa berkata, memang benar Parti Komunis China melarang perjudian di Tanah Besar China apabila mengambil alih kuasa pada 1949.

“Tetapi hakikatnya, perjudian masih dibenarkan di wilayah dikuasai China, iaitu Macau. Kerajaan China hari ini turut menguruskan syarikat loteri,” katanya.

Beliau berkata, langkah diambil Parti Komunis China pada 1949 itu diambil atas ideologi dipelopori oleh Mao Zedong.

“Pemimpin PAS patut baca dan faham semua dasar dipelopori oleh Mao Zedong dan Parti Komunis China, bukan saja pasal perjudian tetapi semuanya, sebelum menggunakan apa-apa contoh untuk dibandingkan dengan Malaysia, sebuah negara demokrasi berparlimen dengan masyarakat majmuk,” katanya.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Meng, berkata dasar kerajaan PAS di Kedah mencabul hak dan kebebasan masyarakat bukan Islam dan melanggar semangat Keluarga Malaysia yang meraikan kepelbagaian masyarakat, budaya dan agama.

“Kerajaan PAS patut menyekat umat Islam berjudi dan bukan menyekat hak dan kebebasan masyarakat bukan Muslim. Islam melarang paksaan dan oleh itu undang-undang syariah tidak boleh dipaksa terhadap masyarakat bukan Muslim,” katanya.

Beliau berkata, penutupan kedai nombor ekor bukan sahaja memberi impak kepada sumber kewangan negara tetapi menambah gejala perjudian haram yang sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

“Lebih teruk adalah perjudian haram atau ekonomi bawah tanah bakal semakin menjadi-jadi. Oleh demikian, jelas PAS kini bukan saja gagal mendidik umat Islam menjauhi perjudian, mereka juga gagal menguruskan ekonomi rakyat,” katanya.

KALAU TAK DERHAKA LAH..GAMAKNYA NAK MELAWAK ATAU KURANG AJAR ? AKU TANYA SAHAJA

 


Panas! Sanusi nafi derhaka pada TMJ



Panas! Sanusi nafi derhaka pada TMJ


Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan beberapa hantarannya di media sosial dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai kenyataan antara dua pemimpin pasukan bola sepak, bukan antara rakyat dan anak raja.

Kata Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu, di padang, semua orang sama rata, dan oleh itu dia berharap tiada pihak mengambil hati apabila dia berbalas kenyataan dengan Tunku Ismail yang merupakan presiden bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Di padang bola ni, kita sama rata.

“Ini ada orang pertikai kata cakap dengan anak raja macam tu macam ni, saya kata saya bukan bercakap dengan anak raja, saya bercakap dengan pemilik JDT. Saya presiden KFA.

“Jangan kata saya derhaka pula. Main bola apa kira derhaka tak derhaka? Kalau tak, nak score (jaringkan) gol kena angkat sembah dulu, mampuih (mampus) la kita, nak lawan macam mana, kan?

“Main bola cara bolalah. Janganlah ambil hati pula. Padang bola adalah padang bola. Jangan heret bola masuk istana,” katanya pada sidang media selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini, lapor Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita, menjelaskan tentang pemindahan bekas seorang pemain Kedah ke JDT, yang katanya masih belum dibayar sehingga sekarang.

Balas-membalas kenyataan antara kedua-dua mereka bermula dengan sindiran Tunku Ismail berhubung isu tunggakan gaji pasukan Kedah, yang mempersoalkan apakah ia hanya akan dibayar jika bertemu dengan JDT.

Perkara itu dinafikan Sanusi pada sidang media sebelum ini dan berkata, bahawa Kedah akan membayar gaji pemainnya.

Namun isu itu berlarutan di media sosial.

Meskipun Tunku Ismail kemudian mengirimkan belon, bunga dan set makanan segera McDonald’s kepada Sanusi, ia bersama sindiran di Instagram bahawa ini adalah “satu cara untuk memastikan badut gembira”.

Sanusi pula menjawab di Facebook bahawa cekodok pisang dan cekodok bilis kucai tetap menjadi pilihannya berbanding “burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar.”

Kiriman itu diterima Sanusi sehari selepas Kedah Darul Aman (KDA) dan JDT seri tanpa jaringan dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman.

Malam ini, kedua-dua pasukan akan melangsaikan suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim pula.

Sanusi tidak ketinggalan meluahkan harapannya agar KDA akan dapat menumpaskan pasukan JDT di halaman pasukan lawan.

Panas !!! MB Kedah langgar perlembagaan? Peguam ini buka cerita…

 Panas !!! MB Kedah langgar perlembagaan? Peguam ini buka cerita…

Keputusan kerajaan Kedah untuk melarang pengoperasian premis perjudian dengan tidak akan memperbaharui lesen premis adalah tidak berperlembagaan, kata seorang peguam.

Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar berkata ini kerana kerajaan negeri pimpinan PAS itu akan menghalang mata pencarian yang sah bagi ahli perniagaan yang beroperasi melalui pelesenan.

“Tindakan tidak memperbaharui lesen mereka sebenarnya bercanggah dengan Perkara 5 (hak untuk sara hidup) dan Perkara 13 (hak kepada harta) dalam perlembagaan,” katanya kepada FMT, sambil menambah perlembagaan adalah tertinggi kerana Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Peguam itu berkata ahli perniagaan yang terjejas teruk boleh memfailkan semakan kehakiman selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini (Anwar Ibrahim lwn Majlis Keselamatan Negara).

Majoriti berpendapat bahawa tiada tindakan boleh dikenakan terhadap negeri — kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri — atas dasar perlembagaan melainkan dia adalah pihak yang terkesan.

Syed Iskandar berkata demikian sebagai respons kepada pengumuman Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini bahawa negeri itu akan melarang operasi semua premis perjudian di negeri itu dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sanusi berkata negeri itu juga akan memperkenalkan sekatan terhadap penjualan arak di kawasan luar bandar Kedah.

Syed Iskandar berkata negeri itu boleh menggunakan enakmen jenayah syariahnya untuk memantau orang Islam yang mengunjungi kedai judi dan membeli serta meminum arak.

“Malah dalam perkara itu, penguatkuasaan mesti mengikut parameter Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya.


Adly bukan boneka, dia praktikal, kata Tun Khalil bekas gabenor Melaka

 



Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / November 18, 2021

Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob memuji sikap Pengerusi Pakatan Harapan, Adly Zahari yang dianggap sebagai berintelek dan praktikal.

Menurutnya, Adly sama sekali tidak dilihat sebagai boneka DAP, rakan gabungan dalam PH.

Adly katanya, hanyalah bersifat praktikal bekerjasama dengan DAP yang merupakan blok besar dan mampu memberi sokongan kepada beliau sebagai calon Ketua Menteri.

“Saya secara peribadi sebagai (bekas) Gabenor walaupun tidak berpolitik, saya meminati dengan kualiti yang dia ada. Dia sangat ‘gentleman’.

“Kalau nak tahu sama ada dia boneka atau tidak, jawabnya tidak. Dia seorang pragmatik, kena tukar perkataan tu.

“Kenapa ada ayat mengatakan dia ini boneka kepada DAP? Sebab dia praktikal. Dia kenal DAP ini satu blok yang besar. Sangat unik. Saya pun tahu dari dulu lagi (DAP) sangat bersatu padu.

“Dia sebagai ketua menteri masa itu, dia mesti ‘survey’ di mana terdapat sokongan-sokongan yang kuat kepadanya. Dia sorang pragmatik, dan praktikal dalam apa-apa yang dia lakukan,” katanya dalam satu klip video.

Pada masa sama, Mohd Khalil juga mengakui beliau meminati sifat kepimpinan Adly namun tidak campur tangan dalam politik yang berada di belakang Adly.

“Secara diam-diam saya meminati dia tapi saya tak boleh campur tangan politik di belakang Adly. Dan kali ini dia memimpin satu parti atau organisasi yang saya rasa boleh membantu dia.

Mohd Khalil telah beberapa kali menghadiri program kempen calon PH sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menandakan sebagai satu isyarat positif kepada gagasan politik itu.

Entah apa ilmu yang dipakai hingga lobai-lobai ni lupa, kata Tok Mat

 



Oleh MALAYSIA DATELINE / November 19, 2021

Persetujuan Pas untuk mencalonkan Datuk Mas Ermiyati sebagai calon ketua menteri Melaka jika Perikatan Nasional (PN) menang ditempelak oleh Umno.

Ia dilakukan oleh rakan baik Pas sendiri dalam usahanya untuk berbaik dengan Umno sebelum ini iaitu Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan.

“Saya tak tahu ilmu apa yang dipakai oleh PPBM. Ini lebih dari jolebat jolebu ni.

“Entah apa ilmu yang dipakai sehingga lobai-lobai ni lupa nak bangkit,” kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat itu.

Tok Mat mengulas pemilihan Mas Ermiyati sebagai calon KM bagi PN jika mereka menang dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.

Tok Mat adalah pemimpin yang disebut-sebut oleh Pas sebagai yang layak memimpin negara jika Muafakat nasional (MN) yang kini berkubur berjaya dalam pilihan raya umum nanti.

Tok Mat dipercayai berkata demikian merujuk kepada sikap pemimpin Pas khasnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menolak cadangan agar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor.

Walaupun yang dinyatakan adalah kerana Wan Azizah tidak layak menjadi MB, tetapi sebab sebenarnya adalah dipercayai kerana Wan Azizah adalah wanita yang tidak layak menjadi pemimpin utama sesebuah negeri atau negara.

“Kerana apa, kerana kuasa dan jawatan,” kata Tok Mat dalam satu majlis beliau yang dirakamkan dan kini video itu disebarkan kepada orang ramai.

Semalam, Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mengumumkan pemilihan Mas Ermiyati sebagai calon ketua menteri jika PN menang dalam PRN ini.


MB Pas Terengganu dedah Umno punca kerjasama PRN Melaka gagal

 

Panas! MB Pas Terengganu dedah Umno punca kerjasama PRN Melaka gagal


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu mendedahkan sikap ‘abang long’ yang ditonjolkan oleh pemimpin tertinggi parti menyebabkan tiga parti iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurutnya, ia berdasarkan penglibatan beliau secara langsung di dalam siri rundingan bagi membentuk kerjasama tiga parti tersebut dalam PRN Melaka.

“Perbincangan hampir berjaya menemui penyelesaian apabila tiga parti bertemu selepas mendapat mandat ketua parti masing-masing dalam agihan kerusi.

“Pada 27 Oktober, keputusan agihan kerusi ialah UMNO (lima), Pas (dua), Bersatu (dua) dan kali kedua pada 29 Oktober, UMNO (enam), Pas (dua), Bersatu (tiga), di mana beberapa persetujuan telah dicapai dan cadangan ‘pre-election agreement’ dirangka untuk kerjasama dalam PRN Melaka

“Namun langit tidak selalu cerah, pada 3 November lalu, pasukan perunding kecewa selepas dimaklumkan seorang ketua parti akhirnya tidak bersetuju dan tetap mahukan tiga penjuru. Semua kecewa, tapi apa nak buat, sikap abang long inilah yang mengganggu kerjasama bersama,” katanya ketika ketika sesi penggulungan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu yang dibangkitkan Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) mengenai kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang disifatkan hampir berpecah susulan keputusan Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Melaka.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata, rakyat akan kembali sengsara di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara selama 22 bulan sekiranya Pas, UMNO dan Bersatu gagal merendahkan ego untuk mewujudkan satu kesepakatan.

“Jika tiga parti ini gagal merendahkan egonya, kita akan balik kepada asal iaitu menyaksikan kembali kesengsaraan 22 bulan kerajaan ‘scammer’.

“Adakah kita lupa tempoh 22 bulan dikelirukan oleh mereka yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan mereka menang, walaupun akhirnya mereka mengaku gagal melaksanakan janji pilihan raya,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, kedudukan Melayu Islam turut terancam sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan PH sebelum ini.

“Institusi Islam dan Melayu turut digegarkan dan terancam dengan pelbagai ‘virus’ yang dicampakkan mereka dahulu. Kini ancaman mereka akan kembali jika kita gagal berpakat serta tidak duduk untuk berbincang.

“Adakah kita lupa selama tempoh 22 bulan itu ada pegawai kerajaan, pegawai tadbir diplomatik telah dipinggirkan dalam kementerian tertentu sehingga menyebabkan krisis pentadbiran serius di peringkat Persekutuan,” katanya, menurut Sinar Harian.

Menurut beliau, semua hiruk pikuk yang berlaku di peringkat Persekutuan disebabkan cita-cita individu tertentu sejak akhir 1990-an yang mengheret rakyat untuk menjayakan cita-cita peribadi ingin menjadi Perdana Menteri dengan menjalinkan kesepakatan dengan sesiapa sahaja demi mencapai hasrat peribadi.

“Saya percaya semua kita yang ada dalam Dewan ini mempunyai hasrat yang sama dengan rakyat Terengganu dan rakyat Melayu-Islam yang ada dalam negara kita untuk melihat kerjasama dan persefahaman memasuki fasa yang lebih baik.

“Kitalah yang perlu memastikan ketua-ketua kita di peringkat Pusat, tidak menjadi orang yang turut sama menaikkan mereka itu, walau apa jua janji individu berkenaan kepada ketua kita,” katanya.




PH menang jika undi Cina, Melayu sub bandar bersatu

 

Oleh: Redzuan Shamsudin



Analisis: Hari ini merupakan hari terakhir parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berkempen.

Bagaimanapun berbanding pilihan raya yang lain, arah sokongan telah boleh dijangka dan pemenang boleh diramal beberapa hari sebelum mengundi, PRN kali ini kelihatan sukar.

Ramalan awam yang biasa dibuat berdasarkan banyaknya orang menghadiri ceramah umum atau berdasarkan mood pengundi yang ditemui rumah ke rumah tidak lagi boleh dilakukan.

Begitu juga corak kempen di tempat tumpuan umum tidak mungkin berlaku dengan Prosedur Operasi Piawai yang ketat.



Ramalan agensi tinjauan sokongan



Namun agensi tinjauan pendapat masih melakukan beberapa kajian dan mengeluarkan fakta-fakta yang dijangka menghampiri keputusan sebenar pada malam esok.

Antaranya CEO Ilham Centre, Hisomudin Bakar sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian menyebut Umno mungkin mengekalkan 13 kerusi yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan berupaya mendapat beberapa kerusi lagi termasuk milik KEADILAN seperti di DUN Klebang dan Rembia. Dasar ramalan yang dilakukan Hisomudin adalah pemboleh ubah pengundi luar yang tidak pulang sebagaimana PRU ke 14 lalu dan faktor pengundi Cina yang mungkin tidak sebanyak PRU 14 membuang undi.

Bagaimanapun jentera PH di beberapa kawasan yang diramal jatuh tersebut menafikan hal itu boleh berlaku.

Menurut seorang pemerhati yang rapat dengan jentera kempen KEADILAN, Zulkifly Othman, faktor keluar mengundi yang rendah dalam kalangan pengundi Cina di Klebang atau Rembia tidak mungkin berlaku.

Katanya, di kedua-dua kawasan jentera telah mendekati pengundi Cina sejak minggu pertama kempen, begitu juga pengundi Melayu. Malah katanya media seperti akhbar berbahasa Cina juga telah melaporkan situasi yang positif di kawasan berkenaan.

Begitu juga jentera DAP, katanya, yang berhempas pulas menghantar risalah beberapa kali rumah ke rumah pengundi di sana. Kubu KEADILAN katanya tidak akan robek.

Di kawasan lain yang berpotensi untuk menang seperti DUN Paya Rumput walaupun jentera kurang ampuh kerana kawasan kubu BN sejak sekian lama namun pengundi perlu berubah, terutama Melayu sub bandar. Terlalu banyak masalah daripada kemudahan awam, peparitan, capaian internet dan sebagainya yang tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan BN.

Perubahan perlu dilakukan walau dengan berat hati demi menyelesaikan masalah yang tidak mungkin selesai sekiranya BN dibenarkan terus memerintah.



Jangkaan positif



Cuma dalam 24 jam terakhir terdapat ramalan positif daripada culaan yang dibuat oleh agensi tertentu yang menyebut Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari berpotensi kembali sebagai Ketua Menteri berdasarkan kemenangan tipis PH ke atas BN dan PN.

Khabar ini perlu digunakan untuk melonjakkan sokongan pengundi Cina dan Melayu bandar serta sub bandar. Untuk KEADILAN, pengundi Cina dan Melayu sub bandar di taman-taman perumahan di DUN Machap Jaya, Klebang, Rembia, Asahan dan Paya Rumput perlu memastikan mereka keluar mengundi dan memangkah PH.

Sekiranya Amanah kali ini menang 4 kerusi dan DAP bertahan di 7 kerusi maka 20 November akan menguntungkan rakyat Melaka apabila tawaran-tawaran komprehensif dijanjikan PH akan dilaksanakan untuk 5 tahun akan datang.

Kepada jentera PH, PRN kali ini sekiranya berjaya menumbangkan BN yang angkuh menggunakan media arus perdana berkempen dalam siaran-siaran berita dan slot khas maka ia akan menjadi permulaan kepada goyangnya sekutu BN iaitu Gabungan Parti Sarawak dalam PRN pertengahan Disember ini.

Rakyat Sarawak biasanya akan mengikuti perkembangan di Semenanjung. Parti yang bertaring di Malaysia Barat akan diraikan di Malaysia Timur.

Jika berlaku keruntuhan BN di Melaka dan kegoyahan di Sarawak maka gelombang tsunami akan menunggu PRU 15 untuk membenamkan BN sekali lagi dan PN juga akan turut hanyut dirempuh badai yang sama.



______________________________________________________________________________

Artikel ini disediakan oleh pengarang berita Suara Keadilan berdasarkan situasi kempen di beberapa DUN yang sempat ditinjau dan mendapat maklum balas

 



VIDEO PENDEK PRN MELAKA : TENGKU ZAFRUL DEDAH PERKARA SEBENAR


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : CALON TERMUDA PH PANDAI BERBAHASA MANDERIN


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA :KAH..KAH...MAMAT NI PERLI NAJIB


 

VIDEO PENDEK KEMPEN PILIHANRAYA MELAKA: PETUGAS PN DAH CABUT KHEMAH- SEKOLAH SRI RAMBAI -TANDA TANDA NAK BUNGKUS HABIS


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA: YB GOBIN PERSOAL NAJIB DUIT 100 JUTA




 

BERAPA BANYAK RUMAH UNTUK MARHAEN DAPAT DIBINA...


 

ULANGSIAR BERITA KESUKAAN RAMAI BOSSLU...KAH..KAH..KAH ( LIHAT GAMBAR GAMBAR YANG DISIARKAN...KAWASAN TENGAH TENGAH BANDARAYA KUALA LUMPUR

  


Najib bakal dapat rumah percuma bernilai RM100 juta di KL?



Bekas perdana menteri Najib Razak memohon “keistimewaan” daripada kerajaan dalam bentuk sebuah rumah kediaman dengan keluasan 2.8 ekar bernilai RM100 juta yang terletak di kejiranan paling eksklusif Kuala Lumpur, menerima kelulusan daripada kerajaan namun dibantah menteri dan pegawai kanan, MalaysiaNow boleh mendedahkan.

Difahamkan Najib membuat permohonan tersebut setahun selepas digulingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 dan sekali lagi tahun lalu, beberapa bulan sebelum beliau disabitkan bersalah bagi kes rasuah melibatkan skandal 1MDB.

Ketika dihubungi, satu sumber dalaman Umno mengesahkan Najib membuat permohonan tersebut dari Jabatan Perdana Menteri, memetik satu tindakan yang membolehkan seorang bekas perdana menteri mendapat kelebihan istimewa dan beberapa elaun dan termasuk pemilikan hartanah yang dimiliki kerajaan.

“Beliau buat permohonan itu berdasarkan amalan kerajaan yang mentadbir dijangka memberikan penghargaan kepada pentadbiran sebelumnya di atas perkhidmatan mereka dan sumbangan kepada negara,” kata sumber itu kepada MalaysiaNow.

MalaysiaNow juga turut difahamkan keputusan untuk meluluskan permohonan Najib tidak disenangi beberapa pegawai kanan dan menteri yang membangkitkan sabitan kes rasuah terhadapnya.

Pemandangan dari udara Bukit Petaling di mana terletaknya kira-kira 2.8 ekar tanah bagi pembinaan rumah bekas perdana menteri Najib Razak yang disabit kesalahan jenayah memakan kos sekitar RM100 juta.

Terdapat beberapa petanda yang menunjukkan beberapa menteri termasuk dari Perikatan Nasional (PN) dan beberapa menteri Umno daripada kem anti-Najib membantah langkah tersebut.

Seorang bekas menteri dan ahli politik Bersatu menyatakan rasa terkejut ketika dimaklumkan mengenai keputusan tersebut, mengatakan ia adalah satu perkara yang pelik berhubung layanan kepada penjawat awam bahkan kepada penjawat awam yang disabitkan kesalahan lebih kecil.

“Ingat tak tentang kes seorang anggota polis yang kehilangan kelebihan pencen walaupun sudah berkhidmat selama 30 tahun dalam pasukan? Dia ambil rasuah tak sampai RM700,” katanya.

“Namun, kini kita dengar orang yang disabitkan kesalahan berhubung dana RM42 bilion (dapat kelebihan),” tambahnya merujuk sabitan kes Najib berkait dana SRC International.

“Keistimewaan” kepada Najib turut termasuk penganugerahan pemilikan sebuah tanah premium dengan keluasan lebih 120,000 meter persegi di Bukit Petaling, kawasan kejiranan eksklusif di tengah-tengah Kuala Lumpur, selain pembinaan banglo di kawasan itu melibatkan kos RM100 juta.

Di bawah undang-undang yang diperkenalkan pada awal 80-an, bekas perdana menteri itu berhak untuk memilih tiga jenis elaun perumahan dalam bentuk penghargaan daripada kerajaan.

Kemudahan tersebut tersenarai di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) dan boleh dipilih sama ada dalam bentuk rumah kerajaan lengkap dengan segala keperluan, elaun RM10,000 sebulan jika beliau memilih untuk tinggal di kediaman sendiri atau pemilikan sebuah rumah yang dihadiahkan oleh kerajaan.

Beberapa pemeriksaan mendapati Dr Mahathir Mohamad, yang mengetuai kerajaan sebanyak dua kali termasuk 23 tahun pada penggal pentadbiran pertamanya menerima elaun RM10,000 sebulan sementara penggantinya Abdullah Ahmad Badawi menerima rumah daripada kerajaan berdekatan kawasan bersejarah, Carcosa Seri Negara.

Sejak pentadbirannya tumbang dari tampuk kuasa, Najib tinggal di rumah kediaman peribadinya di Taman Duta, menerima elaun sebanyak RM10,000, namun kini memilih untuk mendapatkan rumah percuma daripada kerajaan.

Pemandangan bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur menjadi latar suasana Bukit Petaling, di mana sekitar 2.8 ekar tanah dikhususkan untuk pembinaan sebuah rumah untuk bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan rasuah.

Difahamkan Najib membuat permohonan rasmi kepada kerajaan awal tahun ini susulan lawatan ke tanah kosong tersebut.

“Hartanah itu mempunyai nilai pasaran sebanyak RM20 juta lebih daripada apa yang diberikan kepada Abdullah,” kata agen hartanah yang memiliki kepakaran dalam hartanah eksklusif di ibu negara.

Sejak ditumbangkan daripada kuasa dan berdepan puluhan pertuduhan rasuah, Najib menjenamakan semula dirinya sebagai jaguh rakyat biasa menggunakan slogan “Bossku” yang digunakan secara meluas di platform media sosial.

Beberapa serbuan susulan kejatuhannya, pihak berkuasa menyita senarai panjang barangan mewah termasuk barangan kemas, jam tangan, beg tangan mewah yang bernilai ratusan juta ringgit di mana penyiasat mempercayai ia berkait dengan skandal 1MDB.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.

Rayuan Najib bagi sabitan kes tersebut masih berjalan ketika ini.

Beliau juga dilarang untuk melakukan perjalanan ke luar negara sejak 2018 namun berjaya mendapatkan pasport untuk ke Singapura akhir bulan ini.

Bulan lalu, beliau juga memenangi permohonannya terhadap tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bulan lalu bagi menangguhkan pembayaran kira-kira RM1.7 bilion cukai tertunggak.




KAH..KAH..KAH...APA MACAM PERGI NOREH ATAU TIDAK PAGI INI ? CAI APA KHABAR...ANAK ANAK MACAMANA ?

 

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/biar-betul-najibdapat-rumah-bernilai.html



Blog ini telah menyiarkan isu ini  minggu lepas. Mungkin masa itu ramai yang tidak menyangka lagi perkara ini benar atau tidak....berita ini disiarkan pada 13 november lepas.



May be an image of ‎3 people and ‎text that says "‎Berita Seksyer ilיור Tengku Zafrul sahkan Najib minta rumah RM100 juta Chan Kok Leong Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Nov 2021 4:52PM 0 Komen MALAYSIA INSIGHT MALA Seth Akmal Bekas perdana menteri Najib Razak baru-baru meminta "keistimewaan" 'daripada kerajaan dalam bentuk harta kediaman seluas 2.8 ekar bernilai RM100 juta di Kuala Lumpur. Gambar fail The Malaysian Insight, 18 November,‎"‎‎



MINTA RUMAH RM100 JUTA, NAJIB LAKUKAN TIGA SALAH BESAR

 

Disahkan akhirnya di Parlimen oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tentang permohonan Najib Razak untuk mendapatkan kediaman bernilai RM100 juta baginya atas kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri.

Tengku Zafrul berkata, permohonan itu dibuat selepas Belanjawan 2022 dibentangkan, baru-baru ini.

“Jika terdapat sebarang dana tambahan, ia akan ditambah bawah peruntukan tambahan,” ujar Tengku Zafrul lagi.

Beliau seterusnya berkata, permohonan itu di bawah Jabatan Perdana Menteri dan sebarang pertanyaan di Parlimen akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Isu permohonan rumah kediaman oleh Najib itu kemudian menimbulkan perdebatan hangat di kalangan Ahli-Ahli Parlimen memandangkan bekas Perdana Menteri itu sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah atas sabitan pecah amanah, menyalahguna kedudukan dan penggubahan wang haram dana SRC International.

Beliau dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, tetapi kesnya kini sedang menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dengan pengesahan berkaitan permohonan Najib itu, kerajaan ditempelak kerana seolah-olah bermurah hati menyediakan sebuah kediaman mewah untuk seorang yang telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah.

Persoalan utama di sini, walaupun mungkin ada peruntukan untuk kerajaan menyediakan sebuah kediaman untuk Najib sebagai bekas Perdana Menteri bagi mengenang jasa serta sumbangannya, apakah peruntukannya memang setinggi RM100 juta?

Jika begitu, apakah Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi sebelum ini juga diperuntukkan kediaman bernilai RM100 juta setiap seorang?

Andai kata kediaman yang diberi kepada Tun Mahathir dan Tun Abdullah tidak sampai RM100 juta, mengapa pula Najib memohon kediaman setinggi nilai RM100 juta?

Begitu pun, sekiranya memang hak beliau diberikan kediaman sebegitu sebagai bekas Perdana Menteri, Najib dalam hal ini sekurang-kurangnya telah melakukan tiga salah besar yang cukup ketara.

Pertama, kenapa beliau memohon kediaman itu ketika kedudukannya sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah?

Mengapa beliau tidak menunggu untuk memohonnya sehingga kes rayuannya selesai di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan?

Dalam apa keadaan sekali pun, tindakan Najib membuat permohonan sedemikian dalam keadaan dirinya sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah adalah tidak kena sama sekali.

Bagaimana jika selepas ini, baik di Mahkamah Rayuan atau di Mahkamah Persekutuan, hukuman bersalah keatasnya terus kekal dan akhirnya ke penjara?

Adakah kediaman itu akan terus diberikan kepadanya atau ditarik balik?

Jika pencen sebagai Perdana Menteri, menteri atau penjawat awam boleh hilang jika seseorang itu dihukum penjara atau didenda pada kadar yang tertentu, apa pula statusnya untuk sebuah kediaman mewah bagi mereka yang menerima hukuman sama?

Sebab itu, paling sesuai bagi Najib ialah membuat permohonan berkenaan kediaman itu hanya setelah beliau benar-benar bebas daripada sebarang sabitan bersalah atau pertuduhan di mahkamah.

Kenapa mesti permohonan dibuat sekarang dan tidak menunggu selesai proses di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan?

Kedua, mengapa Najib mengemukakan permohonan mendapatkan kediaman itu hanya setelah Ismail Sabri Yaakob, seorang pemimpin UMNO berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri?

Kalau benar perkara itu merupakan haknya yang mesti diberikan oleh kerajaan, kenapa Najib tidak memohonnya ketika Tun Mahathir dan Mahiaddin Md Yasin memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini?

Ternampak di mata umum bahawa tindakan Najib ini tidak lebih sebagai cubaannya menuntut balasan daripada Ismail Sabri atas sokongannya kepada Naib Presiden UMNO itu menjadi Perdana Menteri.

Namun demikian, tidakkah Najib sedar bahawa tindakannya ini secara tidak langsung telah meletakkan beban dan menyusahkan Ismail Sabri?

Ketiga dan paling teruk sekali, bersama hujah pertama dan kedua di atas, tindakan Najib memohon kediaman mewah ini dengan sendirinya menjadikan beliau tidak layak lagi dipanggil pemimpin berjiwa rakyat dan selalu mengutamakan kepentingan rakyat sebagaimana kerap diakui dan dilaungkan oleh para penyokongnya.

Mengapa dalam keadaan dirinya sudah dijatuhi hukuman bersalah serta kedudukan kewangan negara yang tenat, ditambah dengan beban wabak Covid19 yang telah memberi kesan kepada semua rakyat, tetapi beliau masih tergamak memohon sebuah kediaman peribadi daripada dana rakyat bernilai RM100 juta untuk sisa-sisa hari tuanya?

Tidak simpatikah Najib kepada ramai rakyat yang sedang susah, tiada kerja, tiada pendapatan, bahkan hilang pekerjaan?

Soalnya, apa yang Najib harus lakukan sekarang?

Tiada pilihan lain dalam hal ini, di samping kempen PRN Melaka sedang menuju garisan akhir, Najib mesti menarik balik permohonan dan membatalkan hasratnya memiliki kediaman mewah itu.

Sebaiknya beliau harus menunggu sehingga semua proses rayuan dan perbicaraannya selesai barulah soal kepentingan peribadi seperti memiliki kediaman mewah ini menjadi pertimbangannya.

Lagi pun, takkan Najib sekarang ini tiada rumah langsung dan hanya duduk menyewa saja? – ShahbudinHusin 18/11/2021