Hanya 15 media buat liputan Parlimen satu diskriminasi - Fahmi

 


Langkah mengejutkan yang diambil Parlimen Malaysia melalui sepucuk surat bertarikh 16 Oktober 2020 yang dihantar Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia kepada ketua-ketua pengarang media, memaklumkan bahawa hanya 15 media yang dinamakan di dalam surat tersebut akan dibenarkan hadir di Parlimen untuk membuat liputan sepanjang sidang Parlimen dari 2 November ke 23 Disember ini merupakan satu diskriminasi.

 

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil langkah mengundur ke belakang itu hanya akan menyebabkan laporan yang kurang seimbang, sama ada dari seri perbahasan atau sidang media Parlimen, dilaporkan oleh media-media terpilih.

 

"Saya kesal arahan pihak Parlimen menghalang media, terutama media atas talian, dari menghadiri dan membuat liputan sidang Parlimen terutama pada ketika Belanjawan 2021 akan dibentang dan dibahas.

 

"Sebenarnya inilah waktu paling penting untuk lebih banyak media hadir membuat liputan, kerana sidang akan memperlihat perbincangan dan perbahasan penggunaan wang ringgit rakyat bagi tahun akan datang.

 

"Dalam keadaan ekonomi yang suram dan negara dilanda wabak Covid 19, semestinya bagaimana kerajaan mengurus perbelanjaannya akan menjadi perhatian semua.

 

"Perlu diingatkan media adalah estet keempat dan salah satu tiang seri demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.

 

Bagi Fahmi, sekiranya keterbatasan ruang Parlimen menjadi alasan maka terdapat pelbagai cara untuk membenarkan media terus membuat liputan dengan sedikit penyesuaian atau pengubahsuaian ruangan yang sedia ada.

 

"Sekiranya benar pihak Parlimen berpandangan ruang petugas media tidak mencukupi, saya percaya terdapat banyak ruang yang boleh diubahsuai menjadi tempat petugas media.

 

"Sebagai contoh, sekiranya tempat media di aras bawah tidak mencukupi untuk memuatkan semua petugas, bilik-bilik jawatankuasa di bangunan sementara, ruang di Dewan Rakyat sementara, malah juga bangunan pejabat Ahli-Ahli Parlimen boleh diubahsuai dengan mudah untuk membolehkan lebih ramai petugas media hadir tanpa melanggar SOP MKN dan KKM.

 

"Malah jika perlu, khemah khas seperti yang biasa didirikan untuk para VIP sewaktu program-program Kementerian di Parlimen boleh didirikan untuk menempatkan petugas media.

 

"Bak kata pepatah, 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'," sinis Fahmi.

 

Jurucakap KEADILAN bagi Komunikasi, Seni dan Budaya itu sebaliknya memberi amaran, sekiranya Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun tidak mengambil pendirian yang lebih positif dalam hal berkenaan maka rakyat akan hilang kepercayaan terhadap laporan sidang Parlimen. Seterusnya hilang kepercayaan terhadap institusi Parlimen itu sendiri.

 

"Kehadiran media di Parlimen penting, terutama dari sudut kebebasan bersuara. Malah yang saya risau arahan ini bakal menimbulkan salah faham dengan membayangkan Parlimen mengekang kebebasan bersuara dan hanya membenarkan pandangan rasmi sahaja diterbitkan.

 

"Masa masih ada, dan saya lihat Datuk Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, boleh membetulkan keadaan. Saya memohon agar Datuk Speaker mempertimbang semula arahan yang dikeluarkan pentadbiran Parlimen ini, bukan sahaja demi kebebasan bersuara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga demi kemuliaan Dewan Rakyat itu sendiri," katanya lagi.

 

DULU SOKONG SYAFIE.. KONONNYA ADA NUMBERS...SEKARANG GELABAH WALAU TAK PERCAYA

 Image may contain: 2 people, people standing, text that says "malaysiakini BERITA Facebook Anwar Ibrahim Anwar ada sokongan? Dulu saya tak percaya, sekarang pun tak percaya'"

Kalau dulu kita tanya Mahathir kenapa tak sokong Anwar, apa dia jawab? Dia kata Anwar takde nombor. Bila kita tanya Mahathir mengapa sokong Shafie, apa dia jawab? Dia kata Shafie ada nombor. Kita pun tunggu kalau Shafie dapat nombor. Sampai habis PRN Sabah Shafie tak dapat nombor bahkan dia sendiri tumbang di Sabah. Anwar pun tampil beritahu dia ada nombor. Mahathir pula tak percaya walaupun Anwar berani jumpa Agong untuk tunjukkan nombor.

Mungkin dia nak Anwar senaraikan MP-MP yg sokong dia tunjuk kat dia. Dia ingat Anwar bodoh? Paling best, walaupun dia tak percaya Anwar ada nombor, tapi dia yg kelamkabut berpakat dengan Ku Li. Itulah Mahathir sebenarnya.

Smenjak bila dia pcaya kat anwar? Kalau anwar kentut sebelah dia pun, dia tak pcaya anwar kentut dan dia sanggup mengaku dia yg kentut...itulah mahathir.

WFAUZDIN NS

YIDIN HILANG SOKONGAN MP BEBAS, UMNO, TUNGGU APA LAGI?


UMNO MAHU 4 MENTERI PN DIGUGURKAN


TERBUKTI YANG DICARI DARIPADA ANWAR HANYALAH SENARAI NAMA

 

Sebagaimana yang dijangka, tujuan utama Anwar Ibrahim disiasat adalah semata-mata untuk mendapatkan senarai Ahli-Ahli Parlimen PN yang tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin.

Apabila Anwar dalam sidang media selepas mengadap Agong pada Selasa lalu memaklumkan telah menyerahkan dokumen sahih mengenai sokongan 120 Ahli Parlimen terhadapnya kepada Istana Negara untuk membentuk kerajaan baru, ia dengan sendirinya bermakna tentulah ada Ahli Parlimen PN yang sudah mengalihkan sokongan mereka.

Dari segi moralnya, Muhyiddin juga sebenarnya sudah pun hilang sokongan dan jika ada maruah diri, beliau sepatutnya tidak berlengah lagi untuk meletakkan jawatan.

Sebab itu, dalam cubaan untuk terus mempertahankan diri, Anwar telah disiasat dengan tujuan utamanya adalah untuk memperolehi senarai Ahli Parlimen yang sudah beralih arah itu.

Jika senarai itu diperolehi daripada Anwar, senanglah selepas itu pujuk rayu, tekanan atau mungkin tawaran habuan lumayan dilimpahkan kepada mereka yang berkenaan.

Kalau diperhati daripada awal, menyiasat Anwar semata-mata kerana cuba menubuhkan kerajaan baru adalah tidak masuk akal sama sekali kerana ini adalah urusan politik dan semua yang beliau lakukan pula masih dalam ruang lingkung yang dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan.

Senarai 121 Ahli Parlimen yang tersebar di media sosial bukanlah daripada Anwar dan sesiapa pun boleh mencipta senarai tersebut.

Maka itu, pihak yang membuat laporan polis mengenainya macam tidak boleh berfikir dan tidak pernah masuk sekolah saja gaya hidupnya.

Jika senarai palsu itu ingin disiasat, bukan Anwar orangnya yang patut diminta datang ke Bukit Aman, tetapi adalah siapa yang menyebarkannya, termasuk portal dan blog tertentu yang menyiarkannya.

Kalau ketenteraman rakyat terganggu, ia juga bukan disebabkan oleh Anwar, tetapi oleh mereka yang mencipta dan menyebar senarai palsu itu.

Malangnya, mereka yang berkenaan itu tidak pernah disiasat sama sekali.

Dalam siasatan yang dijalankan terhadap Anwar, beliau telah menekankan tiada senarai atau nama Ahli Parlimen yang dipersembahkan kepada Agong, sebaliknya yang ada hanyalah surat dan dokumen yang membuktikan wujud sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan baru.

Selebihnya, senarai itu ada dalam tangan ketua-ketua parti yang telah menyatakan sokongan kepadanya.

Hanya apabila ketua-ketua parti dipanggil mengadap Agong, barulah ia akan dipersembahkan kepada baginda.

Urusan ini tidaklah sukar difahami oleh mereka yang waras dan berakal, malah ia membuktikan Anwar sangat berhati-hati dalam strategi serta perancangan yang diaturnya.

Lebih daripada itu, tentulah turut tidak masuk akal untuk Anwar mendedahkan secara terperinci butir perbualannya dengan Agong kepada pihak polis, walaupun itu antara yang turut diminta dalam siasatan petang semalam.

Dalam hal ini, sangat mudah untuk memahami bahawa bukanlah pihak polis yang ingin mengetahui sangat senarai Ahli Parlimen yang tidak lagi menyokong Muhyiddin atau butir perbincangan Anwar dalam majlis mengadapnya dengan Agong itu.

Pihak polis tiada kepentingan dalam hal ehwal politik, mereka hanya bertanggungjawab dalam urusan keselamatan negara saja.

Pihak lain yang berselindung mempergunakan intrumen kerajaan inilah pendurjana sebenar yang membebankan pihak polis untuk kepentingan mereka.

Begitu pun, dengan tiada apa-apa maklumat berkaitan senarai berjaya diperolehi dalam siasatan terhadap Anwar semalam, pastilah mereka yang berkenaan sedang pening kepala dan mungkin sedang memikir mencari ikhtiar lain pula.

Tambahan lagi, majlis mengadap ketua-ketua parti terhadap Agong ditangguhkan sehingga tempoh PKPB berakhir pada 27 Oktober depan.

Lalu, tambah peninglah mereka mencari-cari siapa dalam kelambu PN yang tidak lagi menyokong Muhyiddin yang dengan tindakan tersebut, yang paling ditakuti sebenarnya ialah ia juga akan menyebabkan mereka bakal kehilangan jawatan dalam kerajaan.

(Shahbudindotcom 17/10/2020)


Boy Tun Mahathir tak payah nak buat cerita temberang boleh tak?


Fakta 👇


1. Tun Mahathir letak jawatan tanpa perbincangan.

2. Tun Mahathir dalang Langkah Sheraton. Uturn saat akhir sebab tolak penyertaan (sokongan) Najib dan UMNO secara enbloc. Yang Tun mahukan sokongan Ahli Parlimen UMNO & PAS. Jika Ahli Parlimen UMNO beramai-ramai lompat ke PPBM dan pertahankan Tun, lagi Tun suka.

3. Takde nyer Muhyiddin dan Azmin nak memandai-mandai khianat jika tak ada endorsement dari Tun. Berhenti propa la.

4. Masa jumpa Agong di Istana Negara tu, Tun ingat dia boleh jadi PM8 dengan sokongan PAS dan UMNO. Tahu-tahu je PAS dan UMNO uturn sebab apa? Sebab Tun takmau jadi PM PN. Tun sibuk nak jadi PM kerajaan perpaduan lak. Jauh dari plan asal Langkah Sheraton. Move kerajaan perpaduan ini disokong dalam bentuk grafik oleh kem kartel dan PPBM di sosial media. Beria2 kem Semburit sebarkan. Tapi PH. BN. Dan PAS tak sokong. Kerana semacam nak buat pemerintahan diktator. Suka hati Tun nak lantik sesiapa dan dia akan halalkan dengan hujah demi negara kononnya.

5. PPBM dan Tun adalah PENGKHIANAT kerana langgar JANJI dan MANDAT RAKYAT. Ingat orang takde RAKAMAN SUARA KAU MENGUTUK-NGUTUK ANWAR? Hanya kerana orang tak sebar je perangai mulut longkang kau tu. Jaga-jaga SPY KIRI KANAN KAU tu Adam.

6. Tun boleh je ajak Wan Azizah dan komponen PH berbincang. Tapi dia tak buat pun.

7. Agong pujuk pun dia tetap resign. Jika tak resign PH boleh dapatkan masa untuk cari sokongan.

8. Dah la masa jadi PM pentadbiran huru hara. Biarkan perkauman. Asyik cakap melayu malas. Manifesto bukan kitab suci.

9. Kenapa sekarang Tun beria nak jatuhkan Muhyiddin lak? Sebab nak halang Anwar.

10. Dari dulu Tun memang anti Anwar yang pertahankan hak rakyat sementara Tun pertahankan hak kapitalis.

11. Masa terdesak nak undi sanggup cari Anwar di penjara.

12. Dah menang, Anwar bagi cadangan sikit terus melenting buat serangan di sosmed.

13. Kalau PKR nak khianat. Bila Najib ajak deal. Bila Agong tawarkan Wan Azizah sebagai PM. Awal-awal lagi dah khianat.

14. Sedar sikit korang tu berjaya atas PENGORBANAN PKR. AHLI PKR. ANWAR. KELUARGA ANWAR. YANG SANGGUP KETEPIKAN DENDAM DAN PERASAAN MARAH.

15. Lepas menang siap pijak dan tikam PKR.

16. Korang memang tak perlu dibantu. Kesilapan PKR kerana percayakan Tun dan PPBM. After this. No more. Tunggulah GE15. PPBM dan kau semua akan masuk arkib sejarah. Penyokong PH akan ajar kau semua. Ingat tu. 

Sekian.

ANWAR IBRAHIM: MENGURUS EKONOMI DENGAN PENUH AKAUNTABILITI



Image may contain: 1 person, glasses, text that says "ANWAR SEBAGAI MENTERI KEWANGAN 1993: Empat Menteri Kewangan TERBAIK di dunia. 1996: Menteri Kewangan TERBAIK di Asia. 1998: Asian Of The Year."


Dengan pengalaman terhad saya selaku Menteri Kewangan, kita mempunyai ramuan preskripsi ekonomi yang agak betul – keprihatinan terhadap pembangunan berimbang, sesuatu yang bukan setulennya saranan ekonomi pasaran waktu itu. Ia menjadi ekonomi pasaran kerana tanpa pertumbuhan, tidak akan berhasil kesaksamaan. Kami ada perdebatan hangat dengan rakan-rakan yang menekankan kesamarataan. Mereka berkata, “Anwar, jangan lupa bahawa kita perlu ada agihan pendapatan yang saksama.

Keadilan pengagihan pendapatan mesti menjadi teras program ekonomi kita. “ Saya berhujah, “Tanpa pertumbuhan, kita tidak akan jana pendapatan. Natijahnya kita hanya mengagihkan kepapaan!”

Jadi, kita sedar kita perlu ada dan memperkenalkan preskripsi ekonomi dan dasar yang mejanakan kekayaan negara. Ini bermakna membawa polisi-polisi yang tidak semestinya kita selesa dengannya- apa lagi dengan banyak kemiskinan dan kesusahan, kita pula memajukan pertumbuhan, mempromosi bisnes dan pembangunan.

Oleh kerana kita ada perasaan, kita mempunyai masalah yang dirasai, bagaimana hendak menyelesaikan keruncingan perumahan dan miskin tegar di tengah-tengah kita?

Kita laksana dasar-dasar yang menggalakkan pertumbuhan. Tidak ada jalan lain. Untuk laksana polisi pertumbuhan, kita mesti ada kedaulatan undang-undang. Kedaulatan undang-undang perlu ditempatkan, berada di posisinya, peraturan-peraturan berjalan, semuanya telus dan semuanya dipertanggungjawabkan – ada akauntabiliti.

Ini mengingatkan saya tentang seorang Ketua Menteri selepas kegagalan dan kerugian teruk penswastaaan empangan mega yang telah diberi kepada kroni-kroninya. Apabila bencana kerugian ini diketahui orang ramai, dia membuat kenyataan umum, “Ya, saya bertanggungjawab tetapi saya tidak boleh dipertanggungjawabkan!” (“Yes, I am responsible but I am not accountable.”) Lihat saja bagaimana pasaran bebas tidak boleh wujud tanpa menghormati kedaulatan undang-undang dan prinsip akauntabiliti. Tanpa media bebas, bagaimana kita hendak dedahkan penyelewengan, rasuah dan salahguna?

Media bebas adalah prasyarat ekonomi pasaran dan dasar pertumbuhan yang sihat. Kita perlu ada institusi-institusi madani – civil society ditempatkan. Jika kita gagal lakukan ini maka preskripsi dasar-dasar yang dibawa akan jauh tersasar.

Bagaimana kita hendak menghalang anak-anak pemimpin yang korup daripada mengaut laba dan menjadi bilionair segera? Mereka ini hanya berumur sekitar 20’an. Apa boleh dilakukan untuk mencegahnya atau sekurang-kurangnya dikawal? Bolehkah kita terus tolak kelayakan dan nafikan penglibatan mereka? Kita lihat zaman Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Bagaimana dia menolak penggunaan harta awam untuk urusan keluarga termasuk meminta isterinya memulangkan barang kemas pemberian ayahnya yang menjadi khalifah sebelumnya. Mesej ini amat penting menunjukkan bagaimana menangani isu ini dan membuktikan bahawa untuk menjadi seorang pemimpin, akauntabiliti itu sangat mustahak.

Masalah kita adalah apabila kita bercakap tentang Islam, tentang kerajaan, tentang demokrasi, kita tidak mengamalkannya. Ini adalah masalah kita selama ini. Saya telah menyatakan perihal ini dengan jelas kepada ahli keluarga saya bahawa tiada seorang pun boleh ada apa-apa kepentingan, kontrak, saham atau urusan dengan Perbendaharaan, kerana saya Menteri Kewangan. Rupa-rupanya sistem di Malaysia ini, semuanya melalui Kementerian Kewangan.

Oleh itu, seluruh keluarga berhimpun pada cuti Eid al Fitr di kampung, bersama dengan ayah saya, sedangkan abang sulung saya menjadi jurucakap. Dia berkata. “Takkanlah hanya kerana Anwar Menteri Kewangan, kami semua tak boleh cari sara hidup?” Ini suatu pengalaman yang sungguh berat kerana saya terpaksa melawan. Azizah pun hadir masa itu. Saya terpaksa berkata, “Maaf banyak-banyak, tetapi keluarga semua perlu mencari alternatif-alternatif lain. Kalau pun telus, saya tidak bersedia berhadapan dengan orang ramai kerana mereka akan kata, ‘kamu pun sama korup macam yang lain’.” Saya tidak bersedia untuk itu dan arahan saya kepada Bank Negara, kepada Perbendaharaan adalah mereka tidak boleh mendapat apa-apa pun.

Itulah sebab apabila ada tuduhan-tuduhan liar berkenaannya, saya katakan, **“Wallahul-adhîm, jika saya dapat satu saham daripada kerajaan selama 8 tahun sebagai Menteri Kewangan, atau se bidang tanah yang saya ambil untuk diri atau keluarga, ia adalah haram, dan saya akan dikutuk jika sesiapa mempunyai bukti yang sahih.”**Tetapi alhamdu-lillah, kita bersabar menanganinya.

Satu lagi adalah jangan kita mudah tertipu dan terpesona dengan gelagat pemimpin yang nampak lantang mengutuk Amerika tetapi melayani rakyat sendiri dengan kezaliman. Jangan biarkan kita menjadi alat atau agen orang-orang korup ini. Kita perlu ada pendirian berprinsip. Kalau kita kutuk keadaan penjara Abu Ghraib di Iraq, kenapa kita diam dan menyepi tentang keadaan penjara di negara-negara kita sendiri?

Saya di serang dan dipukul di dalam penjara. Saya dipukul di pusat tahanan Kuala Lumpur semasa Mahathir Menteri Dalam Negeri. Pakar forensik kerajaan memberi keterangan bahawa pukulan itu bertujuan melumpuh atau menyebabkan kematian. Adakah sebarang pendakwaan? Tidak, sehinggalah tekanan media antarabangsa dan kebangkitan rakyat memaksa ketua polis negara didakwa dan dihukum penjara 1 bulan. Saya pula dikenakan 6 tahun!

Bukanlah saya ingin berdendam...sudahlah.. kita tinggalkanlah ini. Bukanlah memuaskan hati saya untuk melihat bekas ketua polis ini menjalani 6 tahun penjara. Saya harap dia bertaubat dan memperbaiki dirinya. Itu saja. Saya mahu teruskan kehidupan saya tetapi kezaliman ini tidak boleh berulang. Jikalau saya selaku mantan Timbalan Perdana Menteri boleh diperlakukan sebegini, bagaimana pula orang miskin gelandangan? Bagaimana dengan orang kampung? Siapa yang ambil peduli tentang mereka? Inilah hakikat yang perlu ditegaskan, dititikberatkan.

Sahabat saya, al marhum Ustaz Fadzil Noor, rakan di sebelah parti pembangkang waktu itu, juga ketua Parti Islam, apabila saya membawa rang undang-undang anti rasuah ke sidang Parlimen, dia berbisik kepada saya, “Anwar, berjaga-jaga, anta melakukan sesuatu yang sangat berani, untuk bawa rang undang-undang ini.” Dia berkata, “Anta tentu tahu mereka ini tidak bersedia untuk memperagakan harta kekayaan mereka kepada peraturan undang-undang.”

Kemudiannya, saya pula yang didakwa dan dihukum 6 tahun di bawah ordinan darurat atas tuduhan salahguna kuasa.

(Anwar Ibrahim, 2005)

I S L A H M E D I A

Credit : Hamdan Kepala Batas

 

FAKTOR KU LI

 


Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎لرنيم FAKTOR KU LI "Saya yakin beliau sebagai MP paling senior yang lahir di kalangan keluarga Istana, senantiasa dibimbing oleh tanggungjawab dan amanah beliau sebagai pelindung perlembagaan dan pemelihara undang-undang" DATUK SFRI MLLIAHID VUSOF RAWA Naib Presiden AMANAH Ahli Parlimen Parit Buntar DrMujahid Rawa @mujahidrawa f Dr Mujahid Yusof Rawa‎"‎‎


1. Sementara Istana menitahkan tiada pertemuan sehingga tamat PKPB 27hb Okt, bahang politik di luar tidak memperlihatkan suhu menurun. Sosok Ku Li mendapat perhatian media lebih kurang sama seperti DSAI pada 13 Okt lalu dengan semua orang tertanya-tanya , 'kenapa Ku Li setelah DSAI?'

2. Spekulasi bahawa kemungkinan Ku Li mewakili sokongan MP UMNO yang menyokong DSAI menguasai medan perbualan rakyat pada 13 Okt tetapi Ku Li dengan pantas menepisnya dengan menyatakan kehadiran beliau selepas DSAI mengadap YDPA ialah sebagai sesi biasa.

3. Esoknya 14hb Okt, terdedahlah surat Ku Li bertarikh 25hb Sept yang ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menuntut supaya usul Undi Tidak Percaya sebelum ini kepada kerajaan TSMY selaku PM perlu didahulukan dan dibahaskan. Surat panjang lebar itu juga menetapkan isu keperlembagaan seharusnya menjadi panduan kepada Speaker yang tugasnya adalah memelihara keluhuran undang-undang dalam Aturcara dan Peraturan Parlimen yang diperuntukkan dibawah Perlembagaan Persekutuan.

4. Berserta surat tersebut ialah satu kejutan besar yang dilontarkan umpama bom jangka kepada kerajaan PN tentang kekhuatiran MP Gua Musang itu terhadap kebebasan parlimen yang menurutnya telah dikompromi melalui sogokan jawatan berpendapatan di kalangan MP. Keadaan ini tegas beliau boleh menjejas tujuan pengundian yang cenderong kepada menyokong kerajaan kerana penyogokan tadi. Speaker juga seolah diberi 'warning' bahawa penulis surat akan meneliti samada Speaker Dewan sendiri telah cuai dalam menjalankan tugasnya memelihara peruntukan perlembagaan dalam Perkara 62 dan 43 Perlembagaan Persekutuan ketika menolak usul tidak percaya ini yang pernah dibawa 2 kali.

5. Saya berpendapat, jikalaulah Ku Li layak mendapat perhatian, maka ia adalah kerana surat ini dan isinya yang sangat menyengat! Surat ini memungkinkan kita menoleh kepada medan baru polemik pasca 13 Oktober dengan timbulnya berbagai persoalan menarik yang mendesak. Apa kaitannya dengan dakwaan majoriti DSAI? Apakah tarikh 25 Sept surat Ku Li dan pengumuman pertama DSAI pada 23hb Sept disusun secara sedar? Kenapa isu sogokan atas alasan menjejaskan kewibawaan parlimen dan kebebasannya dibangkitkan? Kenapa keras amaran Ku Li kepada Speaker kerana gagal mengutamakan Usul Tidak Percaya ini? Apakah ia 'Langkah Ku Li' vs 'Langkah DSAI?' ataukah gabungan dan sinergi Ku Li & DSAI untuk jatuhkan kerajaan 'penyogokan' TSMY?

6. Saya memilih untuk melihat persoalan di atas secara zahir dalam memahami faktor Ku Li dalam sifir ini. Ini adalah kerana saya yakin beliau sebagai MP paling senior yang lahir di kalangan keluarga Istana, senantiasa dibimbing oleh tanggungjawab dan amanah beliau sebagai pelindung perlembagaan dan pemelihara undang-undang. Ku Li bertindak demikian supaya;

a. Untuk melunaskan tanggung jawabnya terhadap kenyataan awal DSAI yang mendakwa ada majoriti. Dakwaan ini sangat serius kepada sistem berparlimen kerana DSAI mengisyaratkan TSMY sudah tidak lagi menjadi PM (berpandukan kepada Perkara 43, yang dibangkitkan oleh Ku Li). Ini dikuatkan lagi bahawa usul Tidak Percaya pernah dibawa sebelum ini oleh Langkawi yang menerima layanan hambar Speaker.

b. Mengingatkan TSMY bahawa beliau perlu membuktikan sebaliknya jika beliau mahu meneruskan memimpin pentadbiran negara kerana dakwaan DSAI menjadikan TSMY sudah tidak ada kuasa lagi untuk mentadbir negara dan justeru itu hanya Usul Undi Tidak Percaya yang akan dapat mengesahkan kebenaran dakwaan DSAI atau sebaliknya.

c. Menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan PN sudah hilang tapak moralnya dan telah menodai kebebasan institusi parlimen dengan 'penyogokan' jawatan berpendapatan di kalangan MP sekaligus menjejaskan tujuan undian yang bebas di parlimen (48 (1l (c)) Amaran keras kepada Speaker pula bertujuan supaya Speaker meletakkan kesedaran dhamirnya bahawa setiap urusan kerajaan melalui kelulusan parlimen menjadi tidak relevan selagi keabsahan ketua eksekutif negara iaitu PM tidak ditentukan kedudukannya sedari awal.

7. Sementara itu, hubungan tegang UMNO dan Bersatu menekan kerajaan PN ke arah kejatuhannya. Orang bertanya kepada saya bolehkah PN jatuh? Saya menjawab bukan soalan samada PN boleh jatuh atau tidak, tetapi ia lebih kepada soalan bila PN akan jatuh?

8. Ketika Istana menutup pintunya selama 2 minggu, mata rakyat kini tertumpu kepada arena baru iaitu gelanggang Parlimen. Jangan lupa bahawa YDPA melantik PM di atas kuasanya yang pada pandangan Baginda meyakini calon tersebut ada majoriti, tetapi soal samada benar atau tidak seorang PM ada majoriti atau tidak hanya akan diuji kesahihannya di kalangan 222 MP di parlimen. Inilah satu hakikat yang TSMY gagal lunaskan sejak 1 March yang lalu apabila beliau angkat sumpah sebagai PM ke 8. Dengan kata lain samada dalam Istana atau Parlimen kedua-dua gelanggang ini boleh menentukan keabsahan seseorang PM dan kerajaannya apabila dipertikaikan.

9. Kerajaan PN sudah pun runtuh secara moralnya dengan sidang media DSAI 23hb Sept dan dengan 'surat berbisa' Ku Li pada 25hb Sept. Pasca 13 Okt adalah proses keabsahan yang pada hemat saya dengan faktor Ku Li muncul, dijangkakan institusi parlimen dijadikan sebagai medium kata pemutus krisis kepimpinan negara hari ini. Jika andaian ini benar, proses verifikasi dakwaan DSAI itu akan berlaku mengikut proses di parlimen dan bukan di istana bermula pada 2hb November ini. Jikalau proses Usul Tidak Percaya berjaya dibawa sebelum Bajet 6hb November, ini bermakna Bajet 2021 akan dibentang oleh kerajaan baharu.

10. Masa 2 minggu ini akan menyaksikan tekanan demi tekanan ke atas TSMY dan kerajaannya supaya berundurlah secara terhormat. Pada18hb Okt pula iaitu hari Sabtu, katanya keputusan penting mesyuarat MT UMNO akan dibuat untuk memutuskan nasib hubungan UMNO dan PN. Sebaik saja pengumuman pada petang 18 Oktober, satu lanskap baru dijangka akan terbentuk, ia akan menentukan halatuju kepimpinan negara. Jika penarikan diri 39 MP UMNO dari menyokong TSMY benar-benar berlaku , maka secara fizikalnya kerajaan PN akan runtuh pada Sabtu petang ini.

Walaupun demikian, saya ingin ingatkan pendokong PH khususnya dan rakyat Malaysia amnya supaya kita jangan cepat membuat rumusan secara final lagi, kerana episod PN jatuh hanyalah permulaan kepada keabsahan langkah DSAI, soalnya apakah kejatuhan ini akan berpihak kepada natijah akhir yang mendambakan kerajaan yang kuat dan kukuh majoritinya untuk berhadapan dengan krisis covid? Atau, akan sampaikah kita ke destinasi akhir iaitu terbentuknya kerajaan rakyat yang berintegriti dan berpegang teguh pada prinsip perundangan? Natijah dihujung semua senario ini penting kerana segala proses pasca 13 Oktober akan jadi berbaloi jika tercapai objektif ke arah kerajaan yang kuat dan stabil sejak kita memulakan jalan kembali menamatkan kerajaan tebuk atap.

Seminggu dua ini diharapkan bunga-bunga jawapan akan berputik sementara kita akan menyaksikan pada waktu yang sama kejatuhan PN sebagai kerajaan paling singkat yang pernah memerintah dalam sejarah negara!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden AMANAH

16 Okt 2020

 

DESPERADO

 

Muhyiddin minta Umno perinci syarat baru dengan PN


malaysiakini.com



DESPRADO...

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta Umno memperincikan syarat baru mengenai kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyelamatkan gabungan itu.

Langkah itu diambil ketika Umno mendakwa diketepikan dan mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, sekali gus boleh menyebabkan kejatuhannya.

 

ZUBAIDI SUDIN




KPI MENTERI DARI PAS SELEPAS 6 BULAN MEMERINTAH...(ULANG SIAR ATAS EMAIL YANG DITERIMA)



Image may contain: 8 people, including Meli Ketitir, text

Kegagalan Pemerintahan Kerajaan PN Oleh Menteri PAS :

1. Duta Khas Perdana Menteri ke Negara Timur Tengah/ Asia Barat ( Bertaraf Menteri Penuh ) :

i. Sehingga kini GAGAL menjalankan tanggungjawab sebagai Duta Khas PM. Tiada keuntungan yang kerajaan serta rakyat perolehi daripada jawatan Duta Khas Perdana Menteri yang diwujudkan KHAS ini.

ii. GAGAL untuk menarik pelaburan daripada negara Asia Barat dan Timur Tengah sedangkan dipalu gendang seluruh dunia, katanya Duta Khas ini.

iii Membawa Pas sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai roh perjuangan dan digeruni, tetapi sentiasa diperlekeh rakyat.

iv . Jati diri Pas yang dulunya dohormati, kini dikeji sebagai pak turut demi habuan jawatan dan kedudukan , namun dilihat tidak mampu laksanakan apa-apa pun.

HEBAT

menarik pelaburan daripada tok-tok Arab.

iii. Gaji hasil cukai duit duit rakyat dibayar kepada Duta Khas ini yang masa sehariannya banyak dihanguskan untuk memberikan ceramah di kawasan Parlimennya sahaja. Sedangkan jawatan Duta Khas ini adalah untuk bekerja untuk seluruh rakyat Malaysia.

2. Menteri Undang Undang :

i. Tidak mampu merealisasikan RUU 355 untuk dibentangkan semula di Parlimen walaupun telah menjadi Kerajaan sepertimana gesaan ratusan ribu ahli PAS dilakukan semasa himpunan RUU 355 di Padang Merbok sebelum Pru-14 yang dihadiri bersama wakil Umno dan Mufti Wilayah.

ii. Tidak mampu membawa pesalah kes ADIB ke mahkamah seperti yang diperjuangkan hari hari di media dan jalanan ketika PAS menjadi pembangkang.

iii. Gagal melaksanakan undang-undang LGBT dan undang-undang penghinaan terhadap agama rasmi Malaysia iaitu Agama Islam yang diperjuangkan sebelum PAS menjadi kerajaan memerintah.

iv. Gagal melaksanakan RCI MEMALI walaupun PAS telah menjadi kerajaan memerintah. Dahulu ditekan kerajaan Umno dan PH supaya diadakan RCI supaya ahli ahli PAS percaya perjuangan mereka adalah benar dan SYAHID.

v. Gagal mengadakan siaran langsung selama 1 jam kenapa sebab-sebab PAS mengkafirkan Umno sepertimana PAS minta sebelumnya semasa menjadi pembangkang tegar.

Sedangkan sekarang beratus jam PAS ada masa untuk terangkan kepada rakyat Malaysia kenapa Umno dikafirkan PAS.

3. Menteri MEWA ( Alam Sekitar dan Air ) :

i. Gagal membawa inovasi, pembaharuan serta penguatkuasaan bagaimana untuk menangani masalah pencemaran kepada alam sekitar seperti penebangan hutan balak yang berleluasa di Kelantan dan Pahang. Malah pencemaran merebak sehingga ke kawasan tanah adat Orang Asli.

ii. Gagal menangani isu pencemaran sungai-sungai sebagai kawasan sumber tadahan air minuman. Sedangkan Menteri PAS inilah yang akan menguatkuasakan undang-undang kepada sesiapa sahaja baik perseorangan ataupun pihak swasta yang mencemari alam sekitar dengan pembuangan sisa toksik.

iii. Terbukti GAGAL dalam menangani masalah 38% penduduk Kelantan yang masih ketiadaan sumber bekalan air paip bersih. Malah Menteri MEWA PAS ini mencadangkan selama 40 tahun lagi untuk selesaikan isu-isu bekalan air bersih terawat di Kelantan. Betullah cadangan Menteri MEWA PAS ini kerana kita baru sahaja MERDEKA beberapa tahun daripada penjajah kafir British kerana kita sekarang berada ditahun "1960".

iv. Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi :

i. Menteri PAS ini pada dasarnya tiada tujuan rasmi ke Turki. Disebabkan tiket kapalterbang dan hotel sudah dibeli awal-awal bersama keluarganya untuk melancong mengunakan kuota Percutian Menteri Kabinet dalam setahun maka pergilah Menteri PAS ini ke Turki konon-kononnya untuk urusan rasmi kerajaan, sedangkan hasil urusan rasmi kerajaan tiada 1 pun memorandum persefahaman perusahaan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Malah Menteri PAS ini ke Turki pun tiada sebarang sambutan timbal balas diadakan oleh kerajaan Turki atau pihak menteri Turki yang terlibat. Sehingga kini tiada gambar acara-acara rasmi ditunjukkan oleh Menteri PAS ini di mana-mana media termasuk Harakah Daily atau web rasmi kementerian.

ii. GAGAL membawa perlaburan dalam bidang Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ke dalam negara. Malah hasil minyak sawit negara yang bernilai ratusan billion ringgit dizaman beliau menjadi menteri kabinet telah diharamkan oleh kerajaan USA untuk dieksport keluar. Malah tiada usaha dilakukan Menteri PAS ini untuk tindakan berdiplomasi dengan kerajaan USA dan negara-negara lain yang memboikot sawit Malaysia, sedangkan sawit Indonesia dibenarkan eksport ke USA.

iii. GAGAL memberi ikutkan yang baik kepada rakyat Malaysia dikala wabak covid-19 tengah menggila melanda negara dengan tidak menkuarantin kendiri di rumah sendiri. Adakah janji gaji beliau selama 4 bulan sudah diberikan kepada kerajaan dan digunakan untuk kebaikan rakyat marhean?

iv. Kes Perlanggaran SOP C19 beliau juga masih dalam proses sehingga sukar untuk didakwa di mahkamah, sedangkan jika kes melibatkan antara 2 darjat, pasti keesokannya sudahpun didakwa di mahkamah dan didenda ribuan ribu ringgit.

v . Ketika beliau mengutuk Teressa Kok dari DAP tentang cadangan penanaman buloh yang bernilai billion ringgit, Beliau mengakui bahawa ianya adalah salah satu tanama yang menguntungkan. Beliau gagal menafikan namun meniru idea cina DAP.Amat memalukan dan gagal.

5. Timbalan Menteri Agama :

i. Sehingga kini Agama Islam tidak diperkasakan sepertimana yang diperjuangkan oleh parti dan dasar parti PAS sehingga ada ahli PAS yang menentang kerajaan Malaysia kerana diperbodohkan oleh pimpinan tertinggi PAS. (Diakui sendiri oleh Presiden PAS ramai ahli PAS adalah BODOH)

ii. Timbalan Menteri PAS ini juga mengaku di parlimen secara bertulis bahawa pindaan RUU355 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Negara Malaysia yang diwarisi daripada Penjajah Toghut British.

6. Timbalan Menteri Wanita & Keluarga :

i. GAGAL menangani isu aurat wanita Islam sebagai pramugari syarikat penerbangan dan penyediaan arak dalam penerbangan seperti yang dilaungkannya secara lantang dalam parlimen sebelumnya.

7. Timbalan Menteri Sumber Manusia :

i. GAGAL dalam menangani isu pemberhentian kerja oleh majikan dan masalah pengangguran yang kian parah dalam negara.

ii. GAGAL memberikan solusi

terbaik

antara kedua-dua belah pihak diantara pekerja dan majikan bagaimana untuk menyelesaikan masalah isu pemberhentian tenaga kerja dalam bidang penerbangan semenjak tercetusnya wabak covid-19. Satu-satunya bidang yang cukup terkesan sehingga kini semasa pandemic covid-19 melanda.

8. Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan :

i. Sehingga kini tiada hasil usaha Timbalan Menteri yang membanggakan negara dan rakyat.

8. Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi :

i. Sehingga kini tiada hasil usaha Timbalan Menteri yang membanggakan negara dan rakyat.

Inilah kesimpulannya menteri PAS yang berkerja untuk rakyat.

Jika

hebat

dan cemerlang sudah pasti Kelantan dan Terengganu menjadi negeri Melayu Islam yang lebih maju daripada negeri DAP Pulau Pinang tapi Kelantan selamanya adalah negeri termiskin yang ditadbir melayuISLE…

 

'Polis minta senarai, saya kata itu urusan saya dan Agong'


Image may contain: ‎one or more people, ‎text that says "‎רחOם- "Sengaja aku biarkan nombor tanpa nama. Supaya mereka terus bersyak wasangka sesama mereka. Dan aku biarkan mereka tertanya-tanya supaya sekutuku terus halimunan tanpa jejak. Permainan ini bukan untuk semua orang."‎"‎‎

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata bahawa pihak polis yang menyoal siasatnya selama dua jam hari ini turut memintanya mengemukakan nama-nama ahli parlimen yang menyokongnya dalam pembentukan sebuah kerajaan baru.
Bagaimanapun, anggota parlimen Port Dickson itu berkata, dia menjawap urusan tersebut hanya melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan bukan di bawah bidang kuasa polis.
“Saya dah ditemubual ada enam kes terhadap saya umumnya menjurus kepada mereka memohon supaya nama-nama ahli parlimen sokong saya diberikan.
“Saya berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam semua siasatan ini.
..] dan saya beritahu urusan setakat ini untuk persembahkan kepada Agong bukan urusan pihak polis dan pihak politik kementerian dalam negeri yang arahkan polis untuk mengetahui nama-nama,” katanya.
Anwar ditemui selepas memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua pembangkang itu hadir di ibu pejabat polis pada jam 3 petang dan selesai memberi keterangan pada jam 5 petang.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed mengesahkan Anwar diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.
Katanya. siasatan kes telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selasa lalu, Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi mengemukakan bukti sahih sokonga kukuh ahli Parlimen terhadapnya.
Anwar juga dalam sidang media kemudian mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin telah jatuh.
Sejurus sidang media Anwar, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengesahkan yang ketua pembangkang itu mengemukakan jumlah sokongan diterimanya, tetapi tidak mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya.
Spekulasi kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin bakal tumbang semakin mempunyai asas apabila Biro Politik Umno pada lewat petang Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan berkenaan.




KERETA BAHARU KM MELAKA SEKARANG, ADLY ZAHARI JAWAB FITNAH PEMUDA UMNO KOTA MELAKA



Kenyataan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka bahawa permohonan pembelian kenderaan dibuat dikala saya memegang jawatan Ketua Menteri adalah suatu fitnah.
2. Dikala saya menjawat jawatan Ketua Menteri, saya mewarisi dari kerajaan terdahulu 4 buah kenderaan yang boleh dimanfaatkan bagi kegunaan Ketua Menteri. Tiada keperluan kenderaan baru.
3. Nasihat saya kepada pemuda Umno, jadilah anak muda Melayu Islam yang bertanggungjawab dan jujur dalam menyampaikan maklumat.
4. Belilah apa sahaja kenderaan yang mahu dibeli, tapi harus mengambilkira kemampuan semasa kewangan kerajaan disamping keutamaan kepada rakyat.
5. Mengikut rekod sidang DUN yang lalu, pendapatan kerajaan negeri dilihat merosot, sehingga September 2020 dianggarkan kerajaan negeri mampu mencapai 55% sahaja pendapatan dari yang dibajetkan.
6. Nasihat saya pada semua, utamakan rakyat, kalau boleh berjimat, berjimatlah. Gunakan segala yang ada untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan, hilang pendapatan, gagal melunaskan hutang disamping bebanan pendidikan pada anak-anak.
7. Saya tidaklah berminat membesarkan isu yang kecil, untuk tidak fitnah itu dipanjangkan dan sebagai peringatan kepada anak-anak muda yang baru belajar berbohong.
8. Tumpukan membantu rakyat kerana agama itu ada juga pada anak-anak yang menangis kelaparan dan jiran-jiran yang tertanggung hutang yang tidak dapat melunaskan hutang mereka.
Adly Zahari
16 Oktober 2020

AKHIR ZAMAN

 Image may contain: 1 person, mountain, outdoor and nature, text that says "Mohd Yusof m Bumi Arab sekarang sudah jadi hijau.... Nabi Muhammadan saw bersabda- Antara tanda2 kiamat ialah bumi arab berubah dari tanah yg berpasir kepada menghijau dgn pokok2 maka sedarkah anda? jgn lalai ya ingat Allah Selalu Arab 2016 Arab 2020"

AKIBAT HILANG JAWATAN


Isshh...baru hilang jawatan SU politik abang Mat pun dah jadi gini? Sabar bang...rezeki ada di mana2.. Jgn jual maruah ye bang. Jgn marah kpd Anwar sampai sanggup buat status bodoh mcm ni kalau pun sokong Tun. Jaga nama baik sbg bekas SU politik menteri pertahanan tu ok.

 Image may contain: text that says "Mohd Azhar Mat Dali Yesterday at 11:12 PM Perjalanan PRU PR/PH: 1999 DSAI calon PM 2004 DSAI calon PM 2008 DSAI calon PM 2013 -DSAI calon PM 2018- Tun M calon PM *Menang dan berjaya bentuk kerajaan 22 bulan. 2022- DSAI calon PM 2027 DSAI calon PM 2031- DSAI calon PM 2036- DSAI calon PM Lawan tetap lawan #setiakawan"

Strategy Sorok Nama MP, Apa Hikmah Disebaliknya? Ulasan Dari Zaharin @ S...

BENARKAH AZMIN DIBELAKANG YUSOFF RAWTER ATAS DAKWAAN DILIWAT ANWAR IBRAH...