TAHNIAH ADIK...SELAMAT MENGUNDI..ASAL BUKAN UMPAS.

 



Seorang penuntut Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Ashira Dania Mohd Hairun, 20, sanggup membelanjakan kira-kira RM700 untuk membeli tiket penerbangan pergi dan balik dari Sarawak ke Melaka demi menunaikan tanggungjawab mengundi buat kali pertama.






Pelajar jurusan Sains Sosial itu berkata, pengalaman pertama memilih wakil rakyat mendorongnya pulang ke kampung halaman di Taman Seri Duyong 2 untuk mengundi pada PRN Melaka.


Ashira Dania turut berharap pembangunan di kawasan DUN Duyong terus dipertingkatkan dan lebih banyak peluang diberikan kepada golongan muda untuk menyertai program kemasyarakatan.


Beliau turut mengajak golongan Gen Z supaya tidak melepaskan peluang mengundi dan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing lebih awal.





No comments: