Empat hari. Baru empat hari Najib lewat balik ke rumah, PAS dah mula bising.
Takiyuddin Hassan sampai membangkitkan soal hak kebebasan individu di Parlimen. Katanya, kelewatan empat hari itu merupakan satu pencerobohan terhadap hak seseorang.
Bukan main serius. Empat hari pun dikira satu pencabulan hak yang perlu dipersoalkan.
Tapi cuba tengok satu lagi angka. RM42.5 BILION.
Itulah jumlah yang sudah dibayar kerajaan bagi hutang dan komitmen 1MDB setakat 31 Ogos 2026. Duit yang terpaksa diurus dan dibayar oleh negara akibat skandal kewangan yang berlaku ketika Najib menjadi Perdana Menteri.
Empat hari dibandingkan dengan RM42.5 bilion. Satu soal tempat seorang bekas Perdana Menteri menjalani hukuman. Satu lagi soal beban kewangan negara yang kesannya berpanjangan.
PAS bangkitkan Hak Najib perlu dihormati. Kalau ada kesilapan prosedur, Tak ada siapa patut dinafikan haknya, termasuk seorang banduan.
Tapi hak rakyat bagaimana? Duit berbilion yang digunakan untuk membayar hutang 1MDB itu bukankah mempunyai nilai yang jauh lebih besar kepada kepentingan awam?
Banyak peluang lain rakyat terlepas untuk nikmati hasil negara angkara skandal ni.
PAS dulu kata 'puas hati' bila dijelaskan hal 1MDB ni. Apabila melihat betapa lantangnya isu kelewatan empat hari ini dibangkitkan, rakyat berhak bertanya sama ada perhatian yang sama diberikan kepada beban kewangan skandal tersebut.
Empat hari untuk Najib begitu besar isunya. RM42.5 bilion yang negara sudah bayar, sebesar mana pula pembelaan untuk rakyat?

No comments:
Post a Comment