Singgah ke K2 Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meluangkan masa bersama pemegang Tiket MADANI MotoGP, bertanya khabar dan berkongsi keterujaan mereka menantikan aksi-aksi perlumbaan.
Seronok melihat sambutan para peminat yang turut mengambil kesempatan menikmati pelbagai juadah daripada 30 peniaga tempatan yang berniaga di sini. Selain menambah kemeriahan suasana MotoGP, inisiatif ini juga memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk memperkenalkan jualan mereka kepada lebih ramai pengunjung.
Sekalung penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua pihak yang menjayakan inisiatif ini.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI










No comments:
Post a Comment