PUM
31 Oktober - Setelah majlis perasmian Seminar Kebangsaan Krisis Geopolitik Asia Barat dan dan Impak Masa Depan, serta peluncuran buku Geopolitik yang menghimpunkan kertas kerja seminar, YDP PUM Prof Datuk Dr Luqman Hj Abdullah bergegas pulang ke Kelantan.
Ini kerana Datuk YDP perlu berada di dalam majlis di mana YAB Perdana Menteri mempunyai jadual lawatan di Pondok Lubok Tapah.
Dalam pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, Datuk YDP sempat menyerahkan buku yang baru diluncurkan kepada YAB PM iaitu buku Krisis Geopolitik Asia Barat & Buku Kompas Sirah Nabawiyyah.
YAB Perdana Menteri kelihatan meneliti buku-buku tersebut dan sempat melihat lembaran-lembarannya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudiaan YAB Perdana Menteri menerima buku-buku terbitan PUM. Semoga ianya menjadi bahan bacaan yang bermanfaat kepada semua.



No comments:
Post a Comment