Ada perkongsian dari comment section tadi : "muncung FA-50M lebih panjang dari T-50TH".
Pandangan admin ada satu sebab utama iaitu radar AESA, atau perubahan aerodinamik pesawat ?
Jawapannya bukan aerodinamik semata-mata, tapi sebab radar.
Beza utama adalah 👉
1. T-50TH vs FA-50M berbez generasi
T-50TH yang Thailand pakai tu varian latihan lanjut dari FA-50 Block 10. Ia masih guna radar mekanikal 1zroh3L EL/M-2032.
FA-50M Malaysia ni Block 20, varian paling baru dan paling canggih setakat ni.
2. Muncung panjang sebab AESA PhantomStrike
FA-50M dilengkapi radar AESA PhantomStrike dari Raytheon RTX, bukan lagi EL/M-2032. Radar ni guna semikonduktor Gallium Nitride (GaN), jarak kesan jauh lagi panjang berpuluh peratus dari radar lama. Berapa jauh sebenarnya ? ikut ja spesifikasi syarikat pengeluar 😁
Untuk muatkan radar AESA ni, ditambah pula dengan peralatan IFF (Identification Friend or Foe) canggih untuk pertempuran jarak jauh yang diletak betul-betul di belakang radar dalam muncung, KAI memang kena panjangkan radome.
Sebab tu dalam spesifikasi umum pun disebut, FA-50 memang ada radome yang lebih panjang berbanding T-50 asal kerana avionik dan bahan api dalaman yang lebih.
3. Kesan aerodinamik ?
Ada, tapi kecil. Muncung yang lebih panjang dan sedikit tirus tu bantu kurangkan seretan dan bagi ruang untuk gelombang radar AESA keluar dengan lebih stabil. Ia bukan direka panjang untuk laju, tapi direka panjang sebab nak muatkan perkakasan radar.
Cengitulah yer 😁
Oleh Salman Al Farisy
Photo credit commenter
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG

No comments:
Post a Comment