Ya benar pak, tapi... ngak di nanyak-nanyak, bertanyak-tanyak pak ? bingung pak...
Ya pak, jiran-jiran udah tahu pak, disana tu cakep mesti kenceng pak, eh!? kencang, bagaimana sih? kenceng tau kencang, kencing pun boleh lah asal sama bunyi nya...
Malaysia sejak awal pengoperasian Su-30 MKM juga di SLEP di Malaysia pak...
Ke dua-dua Su-30MKM, MiG 29N di SLEP dalam Malaysia juga pak, tak hantar balik ke negara pengeluar. F/A-18D Hornet juga begtitu pak
F/A-18D Hornet TUDM
Program ini panggil LPM12Y - Local Planned Maintenance 12 Years. Ini kira SLEP / Depot Level Maintenance.
Lokasi proses dilakukan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang - sarang No.18 Skuadron "Hornet's Nest".
Siapa buat ? Cawangan Kejuruteraan Butterworth dan Skuadron 18 sendiri, kerjasama dengan Rosebank Engineering dan syarikat tempatan G7 Global Aerospace.
Mula buat di dalam negara sejak 2021. Sebelum ni upgrade avionik awal-awal dulu je buat di kilang Boeing St Louis, Missouri, lepas tu semua sambung di Butterworth.
Su-30MKM
Program 10th Year SLEP / Service Life Extension Programme. Wajib overhaul setiap 10 tahun / 1500 jam terbang.
Lokasi proses SLEP dilakukan di Pangkalan Udara Gong Kedak. Memang ada pusat MRO khas dalam pangkalan tu.
Siapa buat ? Syarikat tempatan ATSC - Aerospace Technology Systems Corporation (ATSC). ATSC-STC ditubuhkan 2011 memang sebagai One Stop Centre untuk Su-30MKM.
Tujuan buat di sini jimat kos, tak perlu hantar balik ke Rusia.
Yang lama pun sama konsep ja, buat di dalam Malaysia juga, cuma lokasi lain.
MiG-29N Fulcrum
Lokasi proses dilakukan di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Di situ ada MiG Technical Centre (MTC) - ATSC. ATSC ni memang ditubuhkan hasil offset program MiG-29 dengan Rusia tahun 1994.
Bila ? 1997 - Kontrak upgrade Phase III & IV (avionik & senjata) ditandatangani, kerja dibuat di kompleks penyelenggaraan ATSC di Kuantan bermula Januari 1998, target siap 18 bulan.
2005 - 2 buah MiG-29NUB (M43-01 & 02) buat Program Preventive and Restoration Work (PPRW) di ATSC Kuantan.
ATSC servis MiG-29 selama 22 tahun sampai pesawat ditamatkan perkhidmatan tahun 2015/2017.
Masalah-masalah pun 22 tahun rekod servis, masan tu geng budak-budak NATO belum lahir lagi pun 🤭
F-5E/F Tiger II
Lokasi proses dilakukan di Pangkalan Udara Butterworth (Skuadron 12) + depot utama AIROD Sdn Bhd di Subang.
Konsepnya enjin J85 dicabut oleh anggota TUDM di Butterworth, lepas tu masuk kontena tanggungjawab AIROD, baru hantar ke Subang / KL untuk baik pulih.
Upgrade/SLEP - Pernah cadang upgrade besar-besaran, kerja struktur oleh AIROD, avionik oleh AIDC Taiwan. Pada 2000-an, 7 buah F-5 di-upgrade oleh AIROD (lantik 3 sub-kontraktor), 6 buah lagi nak jual.
Ngak perlu baca pak, janji bergendang dulu pak, ngotot ngotot... gewer-gewer... janji mendonia pak...
Begitulah pak, ya...
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG





No comments:
Post a Comment