Saifuddin Nasution
Sejarah telah membuktikan bahawa KEADILAN tidak pernah takut dengan cabaran. Kita bermula sebagai sebuah parti yang serba kekurangan, berdepan pelbagai tekanan dan rintangan, namun semangat perjuangan kita tidak pernah luntur.
Hari ini, ketika mendengar ucapan dasar YAB Presiden sempena perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2026, saya dapat rasakan bahawa api perjuangan yang sama masih hidup dan terus menyala dalam jiwa setiap anggota KEADILAN.
Saya akui, cabaran yang kita hadapi hari ini mungkin berbeza berbanding ketika KEADILAN mula ditubuhkan. Dahulu kita berjuang membawa suara perubahan, hari ini kita memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk menterjemahkan perjuangan itu kepada tindakan.
Sebab itu Kongres bukan sekadar perhimpunan tahunan parti. Inilah ruang untuk kita bermuhasabah, mendengar suara akar umbi, berbeza pandangan secara terbuka dan akhirnya kembali mencari titik temu tentang arah perjuangan yang mahu kita bawa bersama.
Kerana perjalanan ini masih panjang, dan perjuangan ini masih belum selesai.
#MalaysiaMadani
#KEADILAN
#Saifnasution






No comments:
Post a Comment