PRU Johor: Tonjolkan Potensi Besar DUN Endau Hab Eko-Pelancongan – Saiful Nizam

 


Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Endau, Saiful Nizam Samat melawat projek Pertanian Moden (Modern Farming) milik Cikgu Hashim Idris di Kampung Air Tawar, Endau pada 29 Jun 2026.

MERSING, 30 Jun – Potensi besar DUN Endau sebagai hab eko-pelancongan dan agro moden dapat ditonjolkan dengan memperkasakan sektor pelancongan tempatan serta memperkenalkan teknologi terkini dalam bidang pertanian, tegas calon Pakatan Harapan (PH), Saiful Nizam Samat.

Anak muda berwawasan berusia 42 tahun itu menjelaskan, ekosistem Endau memiliki kelebihan semula jadi yang sukar ditandingi, namun sektor pelancongan di kawasan itu masih belum dimanfaatkan sepenuhnya kerana kebanyakan pelancong hanya menjadikannya sebagai lokasi persinggahan sebelum ke pulau-pulau peranginan.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Endau, Saiful Nizam Samat melawat projek Pertanian Moden (Modern Farming) milik Cikgu Hashim Idris di Kampung Air Tawar, Endau pada 29 Jun 2026.

Pun begitu, beliau memberitahu, sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di sini, potensi besar ekonomi berkenaan pasti akan dikembangkan ke tahap yang mampu mengubah ekonomi setempat.

Dengan memanfaatkan pengalaman dalam industri automasi dan Internet of Things (IoT), Saiful Nizam berkata, teknologi boleh membantu petani menguruskan ladang dengan lebih cekap, automatik dan mampan.

“Kita perlu membantu petani menggunakan teknologi moden supaya pengeluaran lebih tinggi, kos lebih terkawal dan pertanian menjadi lebih mampan.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Endau, Saiful Nizam Samat melawat projek Pertanian Moden (Modern Farming) milik Cikgu Hashim Idris di Kampung Air Tawar, Endau pada 29 Jun 2026.

“Saya percaya Endau mempunyai potensi besar untuk membangunkan pertanian berteknologi tinggi.

”Usaha seperti ini wajar diberi sokongan kerana mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi dan membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat.

“Memperkasa sektor Agro Teknologi merupakan antara tekad saya untuk menjadikan Endau sebagai kawasan yang lebih maju, berdaya saing dan mampu melahirkan lebih ramai usahawan tani moden.

“Ramai penduduk sudah mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan di belakang rumah, jadi kita perlu membantu mereka berkembang,” katanya.

Keazamannya jelas terserlah dengan mengadakan pelbagai pertemuan dengan para pengusaha agro-pertanian yang menceburi industri berkenaan termasuk pertanian moden berkonsepkan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) dari semaian hinggalah pembungkusan produk.




No comments: