Norman Daud.
Masalah hutang negara yang dikatakan makin naik tapi tak nampak hasil ni dah ramai orang terangkan.
Tapi tulah.. tetap dijadikan modal politik, tak tahulah sama ada diaorang ni faham atau memang tak nak faham.
Ya.. ada orang kata tulis panjang panjang walaun bukan baca pun. Betul tu.. saya setuju. Tapi saya berpendapat adalah lebih baik menerangkan kepada mereka yang suka membaca, kerana orang yang suka membaca aqal mereka lebih sihat brrbanding dengan orang yang malas membaca. Ayat pertama Al quran yang diturunkan juga bermula dengan Iqra.. bacalah.. disitu menunjukkan betapa hebatnya tabiat membaca ini.
sasaran saya memang bukan kelompok yang bebal tegar atau yang sengaja membutakan mata demi taksub politik. Sasaran kita ialah silent majority, orang atas pagar, anak muda, dan mereka yang mahu berfikir secara rasional.
Dalam sains politik, ada satu istilah dipanggil “Strategic Ignorance” kebebalan yang disengajakan. Pemimpin-pemimpin politik yang ada gelaran Ir. dan Dr. itu, mustahil mereka tidak tahu membezakan antara Pinjaman Bersih dengan Pinjaman Kasar. Mereka tahu...
Tetapi, kenapa mereka tetap canang angka "RM300 Bilion" yang digubah sesuka hati?
Sebab fakta itu membosankan, manakala propaganda dan ketakutan (fear-mongering) adalah komoditi politik yang paling laku dijual.
Negara kita akan tetap terus berhutang selagi belanjawan negara kita terus defisit. Sila faham undang-undang kewangan Malaysia. Semua hasil negara (Cukai Pendapatan, SST, Dividen PETRONAS/GLC/BNM) hanya boleh digunakan untuk membiayai Perbelanjaan Mengurus (OE)—iaitu gaji penjawat awam, pencen pesara, subsidi pukal, dan operasi harian kerajaan.
Berdasarkan data 2025/2026:
Kutipan Hasil (2026): RM343.1 bilion.
Perbelanjaan Mengurus (2026): RM338.2 bilion.
Baki hasil yang tinggal (Baki Semasa) cuma sekitar RM4.9 bilion. Mana cukup untuk bina lebuh raya, hospital, sekolah, atau projek tebatan banjir seluruh Malaysia?
Oleh itu, kerajaan memerlukan Perbelanjaan Pembangunan (DE) sebanyak RM81 bilion. Disebabkan baki hasil tadi tak cukup, di sinilah kerajaan wajib menerbitkan pinjaman baru. Duit hutang inilah yang ditukarkan menjadi struktur fizikal yang rakyat nikmati hari ini.
Satu fakta yang ramai politikus malas nak cerita ialah tentang Bayaran Balik Prinsipal.
Bila kita baca laporan perangkaan persekutuan (Rajah 3: Pinjaman Kerajaan Persekutuan), kita akan nampak ada dua komponen:
Pinjaman Bersih (Bar Kelabu): Duit baru yang dipinjam untuk belanja pembangunan.
Bayaran Balik Prinsipal (Bar Hijau): Duit yang dipinjam khusus untuk bayar balik bon/hutang lama yang dah matang (Refinancing / Roll-over).
Banyak hutang negara yang matang pada tahun 2024–2026 adalah hutang-hutang yang dibuat 10 atau 20 tahun lepas (zaman pentadbiran terdahulu). Kerajaan hari ini terpaksa menerbitkan bon baru semata-mata untuk menebus prinsipal hutang lama tersebut.
Dari RM338.2 bilion Perbelanjaan Mengurus tu kos untuk Subsidi dan Bantuan Sosial secara keseluruhan biasanya memakan belanja antara RM35 bilion hingga RM60 bilion setahun, bergantung kepada turun naik harga minyak mentah dunia (brent crude).
Jika kita ambil purata kos subsidi minyak mentah/petroleum pada tahun-tahun kebelakangan ini yang berlegar sekitar RM25 bilion hingga RM30 bilion setahun Kos subsidi minyak sahaja memakan sekitar 7.4% hingga 9% daripada keseluruhan RM338.2 bilion Perbelanjaan Mengurus negara. Tu kita tak kira lagi kos subsidi minyak yang kerajaan kena tanggung diwaktu krisis tenaga dunia sekarang ni, memang akan lagi tinggi.
Sebab tu kerajaan melaksanakan subsidi bersasar kerana kerajaan sebenarnya sedang berusaha menyelamatkan sebahagian daripada 9% perbelanjaan mengurus tadi daripada terus bocor.
Duit yang dijimatkan daripada subsidi minyak yang tiris itu dipindahkan terus untuk mengecilkan defisit keseluruhan kepada -3.5% pada tahun 2026, sekali gus mengurangkan keperluan kerajaan untuk menambah hutang baru bagi membiayai Perbelanjaan Pembangunan (DE).
Duit yang berjaya dijimatkan daripada disonglap oleh penyeludup haram itu akhirnya dipulangkan semula kepada rakyat melalui bantuan tunai langsung dan peruntukan pembangunan (DE) yang melonjak naik, termasuklah dana RM3.20 bilion untuk Kelantan dan RM2.24 bilion untuk Kedah bagi unjuran tahun 2026.
Sekali lagi, orang yang membaca dengan akal yang sihat akan nampak ini adalah langkah pengurusan kewangan yang bertanggungjawab, manakala golongan yang malas membaca akan terus ditunggang oleh naratif populis yang tidak membawa negara ke mana-mana.
Akhir cerita, DS Anwar Ibrahim ni tak kisah pun kalau dia kalah PRU akan datang.. kalau dia fikir nak menang dia akan buat macam PM sebelum beliau, tabur duit tanpa mengira kesan kepada negara
Tapi beliau tak buat macam tu.. sebab dia sedar amanah yang diletakkan ke bahu beliau bukan untuk terus berkuasa.. tapi untuk menyelamatkan negara dari tenggelam dengan hutang.
Gitulah serba sedikit..






No comments:
Post a Comment