Pelantikan pemimpin Pas sebagai CEO KMI Healthcare Kuala Terengganu cetus kritikan isu lantikan politik


 


Pelantikan pemimpin Pas, Ir Ts Dr Nurul Islam sebagai CEO Pusat Perubatan KMI Kuala Terengganu mencetuskan perdebatan di media sosial.

Kritikan dibuat terbuka terhadap Pas dan kerajaan negeri Terengganu susulan lantikan yang dianggap “lantikan politik” di dalam anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pengkritik menganggap pelantikan tersebut bercanggah dengan pendirian pembangkang yang selama ini lantang menentang amalan lantikan politik dalam GLC kerajaan

Pengkritik menyifatkan tindakan melantik pemimpin Pas ke GLC sebagai amalan ‘double standard’.

“Siang malam melalak kononnya Kerajaan MADANI penuh dengan “lantikan politik” dalam GLC. Macam merekalah paling suci dan paling telus.

“Tapi bila GLC milik kerajaan negeri Terengganu buat pengumuman CEO baharu, terus sunyi sepi. Walaun oi bila pihak sendiri buat, terus cop profesional. Bila orang lain buat, terus cop kroni.

“Prinsip apa macam ni? Bukan lawan lantikan politik, tapi lawan siapa yang buat lantikan. Rakyat dah nampak. Yang kuat sebenarnya bukan prinsip, tetapi hipokrasi,” kata seorang pengguna Facebook, Abdullah Zawawi 




No comments: