KEMPEN PERLU DIALOG.

 



Ahmad Faizuddin



Kalau tanya saya, cara kempen macam mana paling berkesan berbaki 10 hari ni, ceramah kelompok. Betul-betul target pengundi kelabu.


Bukak sesi dialog. Bia mereka tanya apa sahaja soalan. Jawab dengan penuh yakin. 





Ada satu soalan saya terima, PMX gagal, dari jauh jerit. Saya mintak bagi mic, dan bagi ruang pakcik tu bercakap.


Dan beliau kata, PMX gagal kerana masalah pendatang Rohingya, PMX gagal selesaikan.


Saya jawab: Isu Rohingya bukan bermula hari ni, bulan ni, tahun ni. 10 tahun lepas. Masa tu atas prinsip kemanusiaan, kita terima.


Masalahnya, terima tanpa ada perancangan lengkap. Tanpa ada polisi jelas. In Limbo selama 10 tahun.


Yang lagi pedih, ada parti politik jadikan kempen Selamatkan Rohingya 10 tahun lepas. Dari kanser tahap 1 sepuluh tahun lepas, sekarang kanser tahap 4 dah.



Apa tindakan ketika ini?. Beban tidak berfungsinya 10 tahun lepas, in limbo situation, bukan mudah tapi perlu diselesaikan.


4 actions terkini:

a. Enforcment dan law compliance.

b. Tightening national border.

c. Diplomatic solutions.

d. Manage in civilize manners.


Akhirnya pakcik tu faham. Akar masalah. Kompleksiti situasi terkini. Beban semasa. Dan options yang ada.



Soalan ekonomi kos sara hidup pun banyak ditanya. Soalan hutang negara, soalan perkauman dan sebagainya.


Yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Dialog dua hala adalah jalan terbaik.



P/s: Sepatutnya event ni dibuat di dewan orang ramai, tapi dihalang last minute. Permohonan dibatalkan last minute. Terpaksa tumpang kemah orang kampung yang kebetulan ada kenduri esoknya. Tu yang cantik semacam khemah nya.😆😆😆


Setakat kene halang gini, tak de hal. Orang kampung bagi tempat lebih baik!.💪💪💪🔥🔥🔥🔥





No comments: