Malaysia meterai MoU dengan Turkiye, Korea Selatan laksana perolehan aset secara G2G.









Status terkini perolehan G2G Malaysia 👉 


1. Turkiye - SUDAH ada perjanjian

Malaysia kini sudah mempunyai perjanjian perolehan kerajaan dengan kerajaan (G2G) dengan Turkiye. 


2. Korea Selatan - SEDANG dipercepatkan, bakal jadi negara ke-2


Malaysia sedang mempercepatkan satu perjanjian perolehan G2G bersama Korea Selatan, yang dijangka akan dibentangkan untuk kelulusan Jemaah Menteri menjelang Oktober. Sebaik diluluskan, Korea Selatan akan menjadi negara kedua selepas Turkiye yang menandatangani perjanjian eksklusif seumpama itu bersama Malaysia. 


3. Itali - Dalam masa sama pada Mei lepas di Berlin, Malaysia dan Itali juga bersetuju merintis kerjasama strategik termasuk cadangan MoU perolehan aset secara G2G.


Kenapa G2G ni penting ? Menteri Pertahanan Khaled Nordin sebut 3 sebab utama :


> Elak orang tengah - membolehkan negara mengelak campur tangan pihak ketiga. 


> Jaminan kerajaan - kerajaan pembekal boleh beri jaminan terus sekiranya berlaku kelewatan atau kegagalan penghantaran aset. 


> Wajib ada TOT - Malaysia mahu setiap perolehan disertai pemindahan teknologi yang benar-benar memberi manfaat, bukan simbolik, untuk bangunkan industri pertahanan tempatan.


Ini selari dengan pembelian Malaysia dari Turkiye (korvet LMS Batch 2, dron Anka) dan dari Korea Selatan (FA-50M, kapal selam dalam perbincangan) - semua nak dibuat secara terus kerajaan-ke-kerajaan supaya lebih telus, jimat dan ada jaminan jangka panjang.


Itulah apa yang Menteri cakap, admin hanya ulangkan sahaja, Begitulah...

Oleh Salman Al Farisy


#uniformsoriginal

#salmanalfarisy

#aviationnavalarmour

#UOCG





No comments: