TAMPIN – Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak melepaskan peluang merakam kenangan bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garison Gemas, Kem Sirajuddin, hari ini.
Suasana bertukar meriah apabila anggota tentera beratur untuk bersalaman dan bergambar bersama Perdana Menteri yang hadir diiringi isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Kehadiran pasangan itu disambut penuh mesra, sekali gus mencerminkan penghargaan warga ATM terhadap kepimpinan negara serta mengeratkan hubungan antara kerajaan dan anggota keselamatan.
#malaysiagazette




No comments:
Post a Comment