‘Kami sedar kami sedang berpura-pura’, Umno-Pas disindir berkubang di bendang

 


Selepas saling menyerang dan menuduh antara satu sama lain, Umno dan Pas kini kembali menampilkan imej kononnya bersatu apabila kedua-duanya memerlukan undi Melayu untuk menawan Negeri Sembilan.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menggambarkan aksinya berkubang dengan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di bendang sempena Program Santai Ngoca Sawah di Sungai Serai, Semerbok semalam sebagai permulaan kepada penyatuan dan kerjasama jangka panjang antara kedua-dua parti.

“Kami bergelumang di bendang, tetapi akhirnya kami sedar… kami makan beras yang sama,” kata Afnan menerusi catatan di Facebook.




Menurut Afnan, Pas dan Umno memilih untuk mengetepikan perbezaan atas nama penyatuan, persefahaman dan masa depan yang lebih baik untuk golongan muda serta negara.

Bahkan, dia turut menyifatkan kerjasama itu sebagai penyatuan yang sekian lama diimpikan orang Melayu, dengan matlamat awal untuk menawan kembali Negeri Sembilan.

Namun, rata-rata berpendapat penyatuan itu lebih menyerupai kerjasama bermusim menjelang pilihan raya apabila matlamat merebut kuasa dinyatakan secara terbuka tanpa disertakan rancangan dasar yang jelas untuk rakyat.

Di media sosial, orang ramai menempelak dan menyindir aksi lakonan Umno-Pas itu kerana dilihat hanya strategi sementara untuk menggabungkan undi dan merebut pentadbiran negeri.

“Kami sedar kami sedang berpura-pura.

“Alhamdulillah, dapat mandi bersama-sama walaupun dulu kafir-mengkafir sesama sendiri.

“Penyakau dan penunggang satu jiwa satu matlamat.

“Tak lama lagi gaduh lah nanti.

“Jangan spin nanti tiba-tiba orang kafir lagi yang salah pulak.

“Masa ni minta terjun dalam kubang najis pun terjun.

“Selepas PRN Negeri Sembilan ni kita tengok macam mana,” demikian antara deretan sindiran warganet di ruangan komentar Facebook rasmi Pemuda Pas.





No comments: