Gas komersial sahaja naik, tong gas rumah kekal seperti biasa
Portal semakan fakta kerajaan, Dan Sebenarnya, menjelaskan bahawa memo pelarasan harga gas yang tular hanya melibatkan silinder gas komersial dan bukan tong gas domestik bersubsidi untuk kegunaan isi rumah.
Menurut kenyataan itu, pelarasan berkenaan khusus melibatkan produk C14C (14 kilogram komersial) dan C50 (50 kilogram) yang digunakan bagi tujuan perniagaan, sekali gus tidak menjejaskan pengguna domestik.
Jelasnya lagi, tong gas 14 kilogram bersubsidi yang digunakan di rumah kekal tidak terlibat dalam sebarang pelarasan harga seperti yang didakwa pihak tertentu.
Penjelasan tersebut dibuat susulan kekeliruan dalam kalangan masyarakat selepas memo berkaitan harga gas dikongsi secara meluas di media sosial tanpa konteks yang tepat.
Menurut memo daripada Gas Rompin Enterprise yang dikeluarkan semalam itu, harga baharu bagi kedua-dua produk tersebut berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
No comments:
Post a Comment