OWHH FADLI....HANG MEMANG SILAP BACA PARTI ORANG LAIN.KIOK



Norman Daud



 Fadhil shaari menyoal kesetiaan ahli parti keadilan kepada DS Anwar Ibrahim walaupun kononya PMX telah mungkir janji kepada Rafizi mengenai lantikkan jawatan Raman dalam kabinet.




Saya malas nak ulas isu ni, yelah sebab melibatkan nama Rafizi dan Ramanan. Pada saya perseteruan mereka berdua ni biarlah diselesaikan sendiri oleh mereka. 


Tapi bila si Fadhil ni nak mempertikaikan kenapa ahli keadilan masih lagi setia kepada PMX saya perlu jawab ( bagi pihak saya)


Mengenai cerita pasal pemilihan calon parlimen sg buloh pada PRU 15 dulu. Ya.. RR adalah pengarah pilihanraya Keadilan. Beliau bertanggungjawab merangka strategi kempen, termasuk penggunaan data bagi mengenal pasti kerusi-kerusi marginal serta menggerakkan jentera melalui inisiatif seperti "Ayuh Malaysia." 


Kita akui sumbangan beliau amat besar dalam kejayaan PRU yang lalu.


Dalam sistem PKR bagi PRU-15, proses pemilihan dan meletakkan calon dilakukan secara lebih terbuka melalui satu jawatankuasa khas, Ianya dianggota oleh RR selaku pengarah pilihanraya dan naib naib presiden parti


Walaupun Jawatankuasa Calon yang membuat saringan dan mencadangkan nama, mengikut perlembagaan parti dan amalan biasa, Presiden Parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memegang kuasa akhir untuk menentukan dan menandatangani watikah pelantikan calon.


Jadi apa yang berlaku diantara PMX dan RR pada masa tu, itu adalah negosiasi diantara presiden parti bersama pengarah pilihanraya yang biasa berlaku dalam mana mana pilihanraya. 


pelantikan Ramanan kedalam kabinet juga berfungsi untuk memastikan komuniti India mempunyai wakil yang efektif dalam struktur pentadbiran. Ini penting bagi memastikan agenda pembangunan usahawan dalam kalangan masyarakat India dan kumpulan minoriti lain tidak terpinggir, selari dengan konsep Malaysia Madani.

Selari dengan jawatan beliau selaku Naib presiden didalam parti keadilan.


Dan itu juga Hak Prerogatif seorang Perdana Menteri.


Apa yang berlaku diantara PMX dan RR ketika itu adalah satu urusan parti yang dilakukan secara professional berdasarkan keadaan semasa. 

Ini juga menunjukkan walaupun PMX mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa jadi calon tapi beliau masih memilih untuk berunding.


Boleh sahaja beliau menggunakan kuasa veto tapi kerana sifat seorang pemimpin yang bagus adalah mengambil kira pandangan kiri kanan beliau.


Politik ini dinamik, ianya perlu dan terpaksa berubah mengikut keadaan semasa. 


Selaku seorang Perdana Menteri, beliau berhak membuat keputusan yang dirasakan betul tanpa ada pengaruh mana mana pihak.


Jadi anggapan fadhil shaari yang ahli parti keadilan setia buta adalah tak tepat. Kami menghormati institusi presiden parti dan Perdana Menteri. 


Kesetiaan kami ahli bukan bersifat peribadi atau "setia buta" kepada Anwar Ibrahim  sebagai individu, tetapi kepada Institusi Presiden. Dalam mana-mana organisasi yang stabil, keputusan akhir ketua perlu dihormati . 


Jika hari ini kami akur kepada keputusan Anwar, bermakna esok kami juga akan akur jika Rafizi Ramli menjadi presiden . Ini menunjukkan kematangan parti, bukan ketaasuban.


kerana yang kami perjuangkan adalah prinsip parti dan parti itu sendiri bukan mana mana individu.




No comments: