Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan tiada keperluan menaikkan harga minyak di Semenanjung ketika kerajaan MADANI berdepan realiti krisis tenaga global yang semakin meruncing.
Menerusi Minda Presiden pagi ini, Abdul Hadi mendakwa Malaysia tidak terkesan dengan sekatan Iran di Selat Hormuz serta menuding isu kenaikan harga berpunca daripada “banyaknya kebocoran dan salah laku dalam pengurusan”.
Pada masa sama, katanya, Malaysia mempunyai telaga minyak dan gas sendiri serta masih banyak sumber lain yang boleh diselesaikan bersama dalam dunia Islam.
“Tidak ada sebab untuk menaikkan harga minyak kerana sebelum ini pernah membuat kenyataan yang berdegar-degar bahawa isu tersebut boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 24 jam.
“Tetapi hari ini bersikap penakut dan hilang dunianya dengan berperisaikan alasan kenaikan harga minyak bersama Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, yang sebenarnya berpunca daripada sekatan yang dilakukan oleh Iran,” katanya.
Jauh ‘terbabas’
Malah, pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan dilihat jauh ‘terbabas’ apabila mengaitkan sejarah penjajahan ke atas Tanah Melayu.
“Penduduk Melayu dan Bumiputera pernah ditipu oleh penjajah British dahulu melalui perisytiharan darurat untuk menentang komunis dan sebagainya.
“Sebenarnya untuk mengekalkan penjajahan mereka dengan berbagai-bagai helah, termasuk menjadikan negara terus bergantung dengan penjajah selepas kemerdekaan dengan membodohkan rakyat dan melemahkannya,” kata Hadi yang disiarkan menerusi Facebook beliau.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata menempelak kenyataan Hadi memandangkan harga minyak mentah bergantung pada pasaran global.
“Tu dia panjang lebar ulasan dari pakar ekonomi dunia kaki ponteng Parlimen.
“Harga minyak naik bukan sebab ‘ikut Amerika’ atau ‘Iran tak sekat Malaysia’, tapi sebab struktur pasaran global dan kos pemprosesan.
“Kita memang tak disekat, tapi kita tetap perlu membayar harga minyak ikut harga semasa dunia. Kos insurans naik, ada kos depot ke stesen minyak.
“Rakyat yang mencari kesalahan kerajaan lebih teruk daripada kera dan tupai,” demikian antara kata warganet.
No comments:
Post a Comment