Mat Spana
Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa presiden parti, Anwar Ibrahim merayu kepadanya dengan genangan air mata supaya bersetuju membenarkan ahli perniagaan, R Ramanan bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum ke-15 lalu.
Rafizi berkata dia memberitahu Anwar bahawa keputusan akhir terletak di tangan presiden PKR, namun selaku timbalan presiden dia meminta Anwar berjanji untuk tidak melantik Ramanan ke sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan.
“Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa R Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek.
“Akhirnya, Datuk Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon."
Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/771982

No comments:
Post a Comment