KUNJUNG HORMAT PAS PADA PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL YB TAN SRI MUHYIDIN YASIN..6HB JANUARI
Pada 6hb Januari 2026,jam 10.00 pagi bertempat di kediaman TSMY di Bukit Damansara,telah berlangsung kunjungan hormat oleh YAB Menteri Besar Trengganu merangkap Naib Presiden PAS YB DATO SERI SAMSURI MOKHTAR.
Sapertimana kita maklum YB Presiden PAS masih belum pulih sepenuhnya selepas pembedahan mata dan masih berehat di Rusila.Timbalan Presiden Pas pula baru selesai kenduri perkahwinan anaknya di Pahang dan masih sibuk dengan urusan keluarga dan menyambut menantu.
Kehadhiran Dr Sam belum pun 24 jam tibanya TSMY dari luar negara adalah kunjung hormat yang amat bermakna,dan tentunya mewakili PAS itu sendiri.
Malah ada pernyataan hasrat Dr Sam untuk kunjung hormat lebih awal di London,sekiranya TSMY berada lebih lama di luar negara,tetapi TSMY di beritakan akan segera pulang pada 5hb Januari.
Para pembuat spekulasi sudah tentu menulis pelbagai tafsiran tetapi yang pasti ia menggambarkan rasa hormat PAS pada Pengerusi PN,dan memahami prinsip kebersamaan PAS dan BERSATU dalam Perikatan Nasional.
Sebaik tersebar berita tentang hasrat TSMY melepaskan jawatan secara sukarela maka sewajarnyalah PAS segera "mengadap" dan berbincang mengenainya secara "keluarga" PN,dan sudah tentu banyak perkara yang perlu di bincang bersama untuk memperkukuhkan lagi Perikatan Nasional
Banyak yang begitu emosi berikutan beberapa peristiwa baru baru ini.Namun TSMY kekal fokus dan "composed " dalam pendekatannya.Sementara Pas pula kekal utuh dan istiqamah pendiriannya,tidak mudah tersasar dengan pelbagai provokasi yang di lontarkan terhadapnya.
Pas segera "settled" isu di Perlis dan menerima perlantikan MB dari rakan komponen PN dari BERSATU,dan bersedia pula menyambung tugas memimpin PN yang di kosongkan Presiden Bersatu.
Ini satu manifestasi kebersamaan PAS dan BERSATU dalam mendepani pelbagai isu mendatang.Masih banyak lagi isu yang mencabar keberadaan dan perjalanan PN selepas ini.Ia memerlukan kebijaksanaan dan kematangan bertindak oleh PAS dan BERSATU.
Di luar PN sudah tentu ada pelbagai pihak kawan dan lawan.Mereka sudah tentu akan cuba mengatur langkah mereka sendiri.Namun perlu diingat,PN dianggotai parti dan pemimpin yang sudah masak dengan "politik Malaysia".Insyaallah mereka sangat berupaya menangani setiap cabaran yg mendatang.
PN adalah wadah politik yang kuat di dokong rakyat Malaysia.Pasti ia bakal melangkah kehadapan dengan strategi dan kematangan tersendiri.
Pasti musuh akan merasa kecewa dengan kebijaksanaan dan kematangan bertindak pimpinan Perikatan Nasional.
Tapi itulah realitinya

No comments:
Post a Comment