Riuh Malaysia Harini; kononnya peristiwa “Mamali” Berulang apabila di olah oleh Dato Takiyuddin Haji Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu harini di Parlimen.
Faktanya Dato Takiyuddin sengaja melukis naratif palsu “ulang tragedi Memali” untuk menakut-nakutkan rakyat, salahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan APMM untuk tutup pepecahan dalaman pasti BERSATU.
Tapi persoalannya — siapa sebenarnya khianati perjuangan Ustaz Ibrahim Libya? Jawapan di bawah skali bab Mamali (No 3).
2. Balik pada fakta kes selepas saya check dengan kawan-kawan, siap salinan bukti video cctv lagi ni. Faktanya.
i. Takda langsung sebarang serbuan, anggota APMM pakai senjata, pakai uniform dan memakai kasut dalam Masjid Rusila, mereka cuma singgah solat Asar pada 19 September 2025.
ii. Yang tumpang solat tu cuma 6 orang anggota APMM, lepas solat mereka duduk dengar orang ngaji Al Quran skali. Takda bawa senjata, Jika bawa confirm berterabur semua lari dah dalam video ni. Mereka masuk masjid pun elok, kemudian pintu pun elok je, tutup balik sebab aircond.
iii. Jemaah dalam masjid tu pun tak sampai 10 orang. Takda pun sampai beratus orang hingga jadi huru hara seperti digembar gemburkan. Takda rusuhan dan huru hara pun.
iv. Rakaman CCTV menunjukkan suasana biasa. Orang parking kereta nak singgah solat, lepas tu masuk masjid. Tiada jeritan, tiada kekasaran, tiada ‘geledah ruang solat wanita’ seperti dakwaan Takiyuddin.
v. Laporan polis telah pun dibuat oleh Imam Masjid Rusila pada 29 September 2025, selepas mendengar cerita dari petugas kebersihan. Apabila disiasat, Imam sendiri mengakui ia hanyalah SALAH FAHAM dan xdelah mcm latihan komando pun!
vi. Jadi yang tokok tambah cerita ni dah jadi fitnah besar pada KDN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). APMM pun dah siap jawab, ini jawapan mereka: https://www.facebook.com/share/p/1EeF9jSDZU/?mibextid=wwXIfr
vii. Tuduhan bahawa ini latihan “komando menyerbu masjid” seperti peristiwa Mamali adalah pembohongan dan tokok tambah cerita panglipur lara nak tutup cerita yang BERSATU - PN tengah berpecah belah nak hancur je.
3. Inilah wajah sebenar PAS — lidah bercabang, prinsip pun dua ikut perut. Bila sesuai, mereka jerit “Memali”, bila berkuasa melalui “tebuk atap” mereka ‘sujud’ di kaki Mahathir.
▪️Keluarga Ibrahim Libya sendiri masih tidak terbela.
▪️Tapi PAS hari ini melantik Mahathir — orang yang arahkan operasi Memali — sebagai Penasihat 4 Negeri PAS.
▪️Apa perasaan keluarga arwah? Di mana prinsip perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan?
4. Menunggang masjid untuk politik, memfitnah penjawat awam APMM yang berkhidmat mempertahan 87,000km kedaulatan laut Terengganu dan mencipta drama seolah ada serangan — itulah bentuk penyesatan moden yang mudah ditelan pengikut mereka untuk salahkan Kerajaan Madani pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim je.
Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang paling aku takut terhadap umatku ialah pemimpin yang menyesatkan.”
— (Hadis Riwayat Ahmad)
KESIMPULAN: ISU RUSILA SUDAH SELESAI, TAPI PAS TERUS CIPTA FITNAH KEPADA SAIFUDDIN, KDN DAN APMM.
▪️ Polis sahkan tiada kes serbuan atau salah laku.
▪️APMM sahkan tiada latihan komando di masjid
▪️Imam masjid sendiri sahkan salah faham.
Jadi kenapa Takiyuddin dan Dr Azman terus melolong seolah-olah berlaku pencerobohan?
Kerana — mereka perlukan isu baru untuk menutup Isu Wan Saiful dan Wan Fayshal kena pecat, lepas tu mereka londehkan semua kesalahan Muhyiddin, Hamzah dan Hadi Awang.
Rakyat jangan termakan propaganda murahan.
Isu sebenar bukan Masjid Rusila diserbu — tapi politik PAS yang terus menunggang Masjid untuk menutup kegagalan mereka menguruskan Negeri paling ramai orang miskin di Semenanjung Malaysia.
Mrka habis habis berpolitik di Terengganu ni, hasil pendapatan Negeri paling tinggi boleh capai RM280 juta lebih je. Berbillion lebihnya adalah datang hasil dari sumbangan Kerajaan pusat.
Sebab apa hasil Kerajaan Terengganu sikit? sebab semua YB Pas di Terengganu sibuk berpolitik dan jadi tunggul kayu je.
Syam Ghaz



No comments:
Post a Comment