Nazri Hamdan
Amerika Syarikat puji Malaysia sebab berjaya tunjuk kepimpinan yang kuat dan efektif sebagai pengerusi ASEAN tahun ni, terutama dalam urusan kerjasama digital dan keselamatan rantau Indo-Pasifik.
Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan, kata Malaysia memang konsisten jadi “chair” yang cekap sama macam masa 2015 dan 2005 dulu dan kali ni pun terbukti dengan cara kita urus sidang serta bangunkan pelan tindakan serantau.
Menariknya, lawatan Presiden Donald Trump ke Kuala Lumpur hujung minggu ni untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan ASEAN-AS ke-13 dianggap isyarat besar bahawa Washington mula beri semula tumpuan pada Asia Tenggara.
Selain nak bincang isu tarif dan perdagangan, Trump juga dijadual saksikan pemeteraian ‘Kuala Lumpur Accord’, iaitu perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang Malaysia jadi orang tengah sekaligus naikkan imej Malaysia sebagai kuasa diplomasi yang dihormati di rantau ni.

No comments:
Post a Comment