Si Abang Long
Hati mana yang tak tersentuh dengan kisah dari Tamil Nadu ini? Seekor anak gajah berusia baru 5 bulan telah terpisah dari ibunya dan kawanan.
Bayangkan betapa kecilnya dia, tersesat sendirian di belantara yang luas dan dipenuhi dengan bahaya.
Namun, harapan kembali bersinar bila pegawai hutan berusaha keras mengembalikan anak gajah ini kepada ibunya.
Dengan bantuan dron, mereka gigih mencari jejak kawanan gajah itu dan akhirnya berjaya menemukannya kira-kira 2.5 batu jauhnya.
Sebelum mengangkutnya ke dalam trak dalam isi menyatukan semula si kecil dengan ibunya, dengan teliti para pegawai hutan memandikan anak gajah itu dengan lumpur, satu langkah untuk mengurangkan bau manusia.
Kebiasaannya Induk gajah takkan pernah tenang jika anaknya hilang. Naluri keibuan itu kuat, dan mereka biasanya takkan bergerak.
Namun, di kawasan yang berlakunya konflik antara haiwan dan manusia, kadang kala sang ibu diuji. Dilema yang pedih untuk memilih keselamatan kawanan, atau keselamatan anaknya yang hilang.
Beberapa hari yang penuh debaran berlalu, dan akhirnya, sebuah pemandangan yang mengalirkan air mata.
Pegawai hutan menemui si ibu dan si anak sudah bersatu semula, tidur lena, saling berpelukan.
Kisah ini adalah bukti nyata kekuatan cinta yang tak berbelah bahagi antara ibu dan anak.
Ia mengingatkan kita bahawa ikatan suci ini melangkaui batas spesies, sentiasa mencari jalan untuk kembali bersatu.

No comments:
Post a Comment