SERANGAN SEKSUAL DAH JADI KES SIVIL?

Che Ibrahim






Sepanjang yang ambo ingat, kes kes yang melibatkan seksual adalah satu kes jenayah samada atas nama rogol, seks luar tabie, mencabul, gangguan seksual atau lain lain lagi. 


Namun dalam kes Yusoff Rawther vs DSAI ini, setelah gagal dalam kes jenayah, maknanya laporan jenayah seksual yang dibuat oleh Yusoff telah diklafikasikan NFA @ tidak ada pendakwaan kes oleh pihak polis, maka Yusoff Rawther telah memfailkan satu tuntutan sivil supaya DSAI membayar sejumlah pampasan kepadanya kerana telah melakukan "serangan seksual" ke atas tubuh badannya. 


Kes ini tentu menarik perhatian umum bukan sahaja kerana ianya melibatkan DSAI sebagai PMX, tetapi barangkali satu satunya kes serangan seksual yang akan dibicarakan sebagai satu kes sivil jika DSAI gagal menolak saman tersebut melalui rayuan permohonan imunitinya. 


Sebagai satu saman sivil, apakah beban pembuktian yang perlu dikemukakan di mahkamah oleh Yusoff Rawther adalah satu perkara yang amat menarik kerana kes kes seperti ini hampir tidak pernah berlaku. 


Pembangkang tentunya seronok dengan kes ini bukan kerana faktanya, tetapi kerana ianya boleh diguna sebagai satu peluru untuk menembak PMX yang amat mereka benci.



No comments: