Seorang pendakwah berkata, orang yang didapati bersalah kerana memfitnah dan kemudian meminta bantuan orang ramai untuk membayarkan dendanya, tidak seharusnya ditolong.
Pendakwah bebas, Ustadz Muammar Ma’ruf Hafizahullah, berkata Nabi Muhammad SAW amat membenci perbuatan membantu orang yang memfitnah.
Ini kerana katanya, orang yang bersalah itu akan mengulangi lagi fitnahnya di kemudian hari.
“Seandainya dia memfitnah orang lain, kemudian ternyata (dia bersalah) memfitnah sehingga berlaku pencemaran nama baik, akhirnya orang suruh bayar, maka jangan dibantu.
“Kerana apa? Kerana jika dibantu, esok dia berani buat fitnah kedua (dan fitnah) ketiga. Dia akan melampau. Dan membantu perkara ini adalah perkara yang dibenci Nabi Muhammad. Jadi, satu kesalahan fitnah jangan ditolong.
“Allah sebut jangan kemu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan,” katanya dalam satu ceramah dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini.
Harapan Daily mengambil video itu sebagai rujukan kepada kes seorang pemimpin Pas yang didapati memfitnah sehingga terpaksa menggerakkan tabung jihad untuk membiayai saman fitnahnya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad didapati bersalah kerana memfitnah tiga pemimpin DAP dan perlu membayar saman sebanyak RM830,000.
tTerbaru Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pula kemungkinan berdepan tindakan undang-undang selepas memfitnah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang didakwa anak kepada hartawan Cina iaitu pengasas kumpulan YTL.
No comments:
Post a Comment