Norman Radzuan
KETAGIHAN MEMFITNAH KETAGIHAN PALING BAHAYA
Rupa2nya perangai buruk Razman tidak disukai oleh sebilangan penyokong PAS. Bagi mereka ia sgt memalukan agama dan parti PAS
Sebenarnya berulang kali kita sudah beritahu PAS seolah identikan parti mereka sebagai ‘parti kaki fitnah’ oleh sebilangan rakyat Malaysia Semenanjung ini.
Sudah berjuta juta duit penderma PAS membiayai saman tersebut. Yang mana wang tersebut boleh digunakan utk membantu kos kenaikkan gaji Guru Pasti yang pendapatan mereka jauh lebih teruk daripada pekerjaa Bangladesh, Nepal, Indonesia, Filipina dan lain2.
Gaji RM 600 ringgit tidak cukup biayai sewa rumah di era skg ini. Patutnya wang hasil fitnah tersebut yg duit pun berjuta habis dan dosa yang tidak diampun pun dapat digunakan untuk kebajikan ahli PAS.
Razman adalah pemimpin PAS yg paling banyak kes fitnah. Bagaimana orang seperti ini boleh dilantik menjadi Pengerusi PAS negeri? Adakah PAS ketandusan pemimpin hingga sanggup kekalkan Razman.
Apabila ada ahli PAS memberitahu mereka meluat dengan perangai Razman, baru kita faham ahli dan penyokong tidak suka malah membenci.
Hanya pimpinan sahaja mempertahankan jawatannya. Pelikkan adakah tujuan utk melakukan fitnah???
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan Razman dengan menyindir muktahir ni perbuatan memohon maaf seolah olah menjatuhkan maruah dan dianggap keji oleh segelintir pihak.
Isunya TITM bukan sebab terkhilaf… kalau sekali dua boleh diampun, tapi kalau sudah berulang ulang kali itu bukan terkhilaf tapi itu KETAGIH namanya atau dlm dgn erti kata lain sengaja. Pelik ketagih memfitnah sb selalu kuta dengar ketagih rokok, ketagih dadah… ini ketagih fitnah.
No comments:
Post a Comment