PENDEDAHAN MENGEJUTKAN KES PAPAGOMO DAN BEKAS KETUA PENERANGAN BERSATU W...



Polis menahan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo atau Sir Azri kerana disyaki terbabit kes penipuan dalam kutipan dana, hari ini.
Difahamkan, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman kira-kira jam 3 pagi tadi.
Wan Muhammad Azri, 41, dikatakan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasikan nama sebuah syarikat dan melakukan kutipan dana.
Difahamkan, penahanan dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang menteri pada Julai lalu.
Hasil tangkapan itu, polis turut merampas telefon bimbit milik blogger terbabit untuk tujuan siasatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kes tipu.