Muneep Musoddaq.
Sedangkan orang yang bernazar untuk jalan kaki ke Mekkah pun nabi larang dan suruh naik kenderaan.
Kalau bukan nazar? Kalau dariapda tempat yang lebih jauh seperti Malaysia?
Seorang wanita bernazar untuk berjalan kaki ke Baitullah al-Haram, lalu Nabi Allah SAW ditanya tentang hal itu. Maka Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya Allah tidak memerlukan dia berjalan kaki. Suruhlah dia menaiki kenderaan.’ - Riwayat Tirmidzi
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW melihat seorang lelaki yang dipapah oleh dua orang. Baginda bertanya tentang hal itu, lalu mereka berkata: ‘Dia bernazar untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki.’ Maka Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya Allah tidak memerlukan dia menyeksa dirinya sendiri. Suruhlah dia menaiki kenderaan.’ “ - Muttafaq Alaih
Diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir, bahawa saudaranya (perempuan) bernazar untuk berjalan kaki ke Baitullah al-Haram. Maka Rasulullah SAW ditanya tentang hal itu, lalu Baginda bersabda: ‘Suruhlah dia menaiki kenderaan dan membayar kafarah untuk nazarnya.’ - Abu Dawud
Ibnu Abbas radiyallahu anhuma berkata, ‘Penduduk Yaman dahulu melakukan haji tanpa membawa bekal dan mereka berkata, “Kami bertawakkal (berserah) kepada Allah.” Apabila mereka sampai di Makkah, mereka meminta kepada orang ramai. Maka Allah menurunkan ayat: “Dan berbekallah, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.
Jauh lagi perjalanan untuk kita jadi ummah pertengahan.