KESIAN JADI WALAUN DAN WALAUNTIT. IKUT ACUAN PEMIMPIN


Kadang tu kesian juga aku tengok walaun sekarang ni. Bukan apa. Dulu aku 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗔𝗦 juga sampai tahun 2015. Tapi jadi penyokong PAS dulu tak sesusah sekarang.


Dulu nak menyokong PAS ni cukup senang. Apa saja yang 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗹𝗮𝗵𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺, kita lawan. Sebab tu kita lawan Mahathir 𝘀𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 𝘁𝘂𝗮. Sebab tu juga kita sokong DS Anwar.


Sebab kita menentang 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Dua tokoh agung PAS ketika itu, Allahyarham 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗶𝗹 𝗡𝗼𝗼𝗿 dan juga almarhum 𝗧𝗚 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗔𝘇𝗶𝘇 yakin DS Anwar difitnah jadi itulah keyakinan kita. Sebab mereka lebih kenal DS Anwar.


Kita 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳. Kita juga 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘂𝗺𝗮𝗻. Bak kata almarhum TG Nik Aziz, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵? Matlamat kita tegakkan syiar Islam.


Tapi hari ni 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 walaun dah jadi susah. Kalau dulu kami menentang fitnah, walaun sekarang 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Tak setakat tu, walaun sendiri pun kena 𝘀𝗮𝗺𝗮-𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Lengkap dengan pakej 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳 sekali.


Kalau dulu kami menentang perkauman, meletakkan 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘂𝗺 sebagai keutamaan dengan tujuan 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵, hari ini walaun sendiri terpaksa jadi 𝙧𝙖𝙘𝙞𝙨𝙩 𝙗𝙖𝙨𝙩𝙖𝙧𝙙𝙨.


Kalau dulu kami menolak rasuah, membenci perasuah dan penyeleweng hari ni walaun terpaksa berketuakan 𝗦𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮. Terpaksa pula cari dalil halakan kerja sakaunya.


Dulu kami benci 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 yang tuduh 𝗣𝗔𝗦 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 dan 𝗠𝗮𝗵𝗮𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 yang mencela 𝗣𝗔𝗦 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗮𝘁. Tapi sekarang walaun terpaksa pula memuliakan dua orang yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗲𝗯𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗣𝗔𝗦 dulu.


Aku bersyukur sangat Allah ﷻ selamatkan aku dari 𝗸𝗲𝗴𝗲𝗹𝗶𝗻𝗰𝗶𝗿𝗮𝗻 ini dan istiqamah atas jalan kebenaran.


Sebab tu aku kata kerja walaun sekarang susah. Ye la. Kena lawan 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 yang bencikan 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴 demi nak menunjukkan 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗷𝗮𝘁𝗶. Kesian, kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.