Che Ibarahim
Perjalanan menunaikan haji adalah satu ibadat yang dikaitkan dengan kemampuan @ istito'ah. Kalau tidak mampu, haji tidak wajib ditunaikan dan tidak perlu "dibadalkan" kalau tidak sempat dikerjakan semasa hayatnya.
Antara elemen elemen "istito'ah ialah:
1. Kemampuan kewangan yang cukup termasuk untuk keperluan keluarga di rumah.
2. Kemampuan jasmani, yakni ada keupayaan yang cukup dari segi kesihatan dan tenaga/anggota untuk melakukan ibadat haji.
3. Tidak ada halangan untuk pergi/perjalanan untuk menunaikan ibadat haji.
Isunya dalam situasi dan tempat yang terhad, bukan semua mereka yang ada "istito'ah" wajib menunaikan haji. Ianya tetap tertakluk kepada syarat syarat Penjaga Haramaini yakni Kerajaan Saudi. Visa Haji hanya dikeluarkan mengikut kouta tertentu atas budicara Kerajaan Saudi.
Jika kos yang dikenakan oleh TH dianggap tinggi, sesiapa yang berminat untuk mengerjakan haji boleh mencari alternatif lain. Undang Undang setakat ini tidak menghalang mana mana rakyat Malaysia yang ingin menunaikan haji tidak melalui TH.
Walaubagaimana pun, sesiapa yang tidak mampu mengcukupkan kos seperti yang ditetapkan olehTH, atau namanya tercicir dari senarai bakal jemaah haji, maka biarlah pihak Kerajaan dan TH yang menanggung dosa tersebut, usah gundah gulana kerana syarat "istito'ah" telah tiada.