HARAM


 Menurut polis, GISBH mengamalkan Aurad Muhammadiyyah sama seperti al-Arqam. 




Di Selangor, aurad itu sudah diwartakan (bukan sekadar difatwa) menyeleweng daripada aqidah Islam semenjak 1993.


Aurad ini adalah inti pegangan al-Arqam dan GISBH sebagai lanjutan daripada al-Arqam.


Daripada aurad inilah bertunasnya pelbagai penyelewengan termasuk penyelewengan aqidah.


Justeru, mungkin atas alasan inilah maka semua negeri di Malaysia (kecuali satu) tidak mengeluarkan lagi fatwa khusus untuk GISBH.


Tak perlu fatwa baru sebab sudah ada fatwa yang berkuatkuasa.